Tuesday, 28 August 2012

NAUZUBILLAH: Amalan 'TEST DARA' Dulu Sebelum Kahwin Kini Jadi Trend?


Salam Petang.

Macam2 manusia zaman sekarang ni.. Orang berkasih, dia nak berkasih. Orang bercinta, dia nak bercinta... Mengenali dan bercinta dengan seseorang perempuan tapi tiada niat untuk memperisterikannya merupakan satu mende yang kurang elok, kata Uztaz Azhar Idrus la, Abe copy je ayat Ustaz Azhar, hehehhehe... Yang ni pulak, Abe terBaca dalam satu artikel. Kisahnya tentang amalan yang telah menjadi 'trend' oleh anak muda zaman sekarang ni... Tak tahulah Abe 'trend' pesen apa namanya ni... Ni semua gara2 Jahil Agama, hurmmmm. Kisah ini khabarnya berlaku di Kuala Lumpur. Ni Abe kongsikan dengan korang semua:

Pertemuan indah diimpikan seorang wanita berusia 32 tahun yang mahu bertemu ‘kekasih SMS’ buat pertama kalinya selepas berkenalan melalui telefon sejak lebih sebulan lalu bertukar tragedi apabila dia dirogol lelaki terbabit di sebuah rumah di Jalan Semarak, di sini. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

NAUZUBILLAH: Gadis Sanggup Melacur Untuk Dapatkan iPhone 4s


Salam awal pagi...

Tak dapat tidurlah... Mungkin badan Abe penat sangat kot, biasalah bila mengalami suatu perjalanan yang sukar, badan akan cepat letih. So, apa lagi, terus capat BroadBand wat 'entri' ni... Ni jelah peneman Abe buat masa ni sebelum Akad, hehhehehe... Godek2 GooGle, jumpa pulak gambar Aweks CUN yang pada Abe tak bermoral ni... Mujurlah BUKAN orang kita... Kalau tak, hurmmmmm tak tahu Abe nak cakap apa... Nak tanya ciket, kenapalah Maruah pada zaman la ni begitu MURAH SANGAT? Hurmmmmm, jawapan pada soklan Abe ni AKAN HANYA dapat dijawab oleh ORANG YANG NAFSUNYA Nafsu MACAM Binatang... Yang HARAM di HALALkan... Orang yang akal dia letakkan No 2 & Nafsu No 1. Mungkinlah kot... Hurmmmm....
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Monday, 27 August 2012

BICARA SYAWAL QUE: ALLAH S.W.T Tak Bagi Kita Bil, Semuanya PERCUMA. Renung & Bersyukurlah...


 
Salam...

Abe kembali menulis petang ni... Biasalah, petang2 segini boring ada, ngantuk pun ada... Abe nak kongsi sikit pasal 'Bersyukur'...

Setiap bulan pelbagai jenis bil akan menghiasi ruang hidup kita. Bil air, elektrik, insurans, kereta, cukai dan sebagainya. Kenapa perlu membayar bil? Bil dibayar kerana kita telah mengunakan sumber atau perkhidmatan daripada pihak tertentu. Setiap perkhidmatan yang kita gunakan sudah tentu perlu dibayar. Pembekal dan pengguna. Kitarannya adalah sama setiap masa. Namun, sedarkah kita bahawa ada suatu perkhidmatan yang kita guna tanpa sebarang bayaran dari pembekalnya?
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

SUBHANALLAH: Muncul Kalimah ALLAH Di Penyodok Sampah Setelah Disambar Petir!


Sebuah penyodok sampah milik Emi Fajareni 48′ berasal dari Mojokerto, Indonesia telah menggemparkan warga setempat. Ini kerana, telah muncul kalimah menyerupai Allah setelah di sambar petir. Kejadian berlaku pada petang 14/2/2012 di mana ketika itu hujan sangat lebat dengan kilat sabung menyabung.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

SUBHANALLAH: Masjid Pertama Di Dasar Air


JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya. Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 26 August 2012

PANAS: Hina Baginda Rasulullah S.A.W, Lelaki Ini Ditikam 15 Kali


SEORANG juru hebah radio dikejarkan ke hospital setelah ditikam dengan pisau sebanyak 15 kali oleh lelaki yang tidak dikenali. Juru hebah itu bernama Sergey Aslanyan (46) itu dibawa ke hospital Moscow, Rusia, dengan luka tikaman di dada, leher, dan lengan. Menurut saksi, Aslanyan dipukul setelah sebelumnya menghina Nabi Mumammad SAW.

Menurut laporan polis, pada Isnin 28/05 yang lalu, pada waktu petang seorang lelaki tak dikenali memanggil Aslanyan keluar dari apartmennya. Ketika juru hebah radio itu keluar dari rumahnya, dia terus dipukul dengan benda keras di bahagian kepala dan ditikam di leher, dada & lengan. Asnyalan menjelaskan, lelaki yang menyerangnya berteriak “kamu adalah musuh Allah” sambil melancarkan serangan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

KISAH BENAR: Benci Bertukar Menjadi CINTA... (Peribadi Baginda Rasulullah S.A.W)



Seorang wanita tua yang sedang melintasi gurun pasir dengan membawa beban yang berat. Walaupun nampak dalam kesusahan, namun dia tetap berusaha membawa barang bawaannya dengan sekuat tenaga. Tak lama kemudian, seorang lelaki muda datang dan menawarkan diri untuk mengangkat bawaannya. Wanitu malang itu menerima tawaran tersebut dengan senang hati. Lelaki itu pun mengangkat bawaannya kemudian mereka berjalan beriringan.

“Mudahnya kamu nak membantu dan menemani, saya sangat menghargainya”, kata wanita itu. Ternyata ia adalah seorang wanita yang mudah mesra. Lelaki itu pun dengan sabar mendengarkan sambil tersenyum. Tiba2 Wanita tua itu bertanya pada Lelaki tersebut, “Anak muda, selama kita berjalan bersama, saya mahu buat satu permintaan. Jangan bercakap apapun tentang Muhammad! Sebab dia, tidak ada lagi rasa damai dan saya sangat terganggu jika menyebut namanya. Jadi sekali lagi, jangan bercakap apapun tentang Muhammad!”.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Saturday, 25 August 2012

TERKINI: Khairul Fahmi Che Mat, Penjaga Gol Kebangsaan Terlibat Dalam Kemalangan?


Tengah belek2 Facebook Abe, Que Achmad, ternampak pulaklah gambar kete eksiden ni... Katanya, kete ni milik Penjaga Gol Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.. pastu terus Abe Google cari maklumat guna Tab ni.. Dapatlah sikit Info berkaitan... 
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

'Segmen: JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG SEBANYAK YANG MUNGKIN!'



Salam

Hari ni Abe terasa nak menulis la... Ni Segmen ke 3 rasanya yang Abe join kot... Korang pun kalu nak join, Klik Jugak kat 'Banner' kat atas ni ye... Untuk makluman, Sahabat Abe kat Blog ni baru 430 orang je...

TELADAN: Memahami Erti ZUHUD, Lagi Gambar Sultan Kelantan Yang Merendah Diri (ZUHUD) & Berjiwa Rakyat


Uniknya, jika dahulu 'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat jelata, harini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di suatu malam di bulan yang penuh mulia. "Allahuakbar". Baginda memandu kereta sendiri ke surau/masjid. Tak ada pemandu pun seperti orang kenamaan lain. Moga Allah lanjutkan usia Sultan Kelantan ini, Sultan Muhammad V...

lagi gambar klik Tajuk Entri ni 

EKSKLUSIF: Inikah Budak Perempuan Yang MENGHINA RASUL, AZAN, ISLAM & MALAYSIA? Siapa Tengku Sophia? Taubatlah...


Nauzubillah...

Adakah ini Tengku Sophia yang sedang heboh diperkatakan dulu? Ini Isu lama dulu, Abe xde niat untuk memfitnah budak perempuan ni. Adakah benar dia ni memang wujud & benar2 menulis di Laman Twitternya @ laman twitternya memang benar2 di hack oleh seseorang? Wallahualam, Abe tak dapat nak pastikan sejauh mana kebenarannya. Kalau benar2 ianya dihack harap 'hacker' tersebut insaflah.. Abe amat kesal dengan tindakan PENULIS yang menghina islam ini. Kalaulah benar PENULIS ini sendiri yang menulis di Twitternya, harap dia INSAF & BERTAUBAT...
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Friday, 24 August 2012

PEDOMAN: Fitnah Bermaharajalela... “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”


http://3.bp.blogspot.com/-2MAG9UoPpBw/TvMbhfolHUI/AAAAAAAACj0/3WzZfGryBpw/s1600/fitnah.jpg
Penyebaran fitnah sangat mudah berleluasa di zaman ini dengan adanya kemudahan telekomunikasi seperti, televisyen, telefon bimbit, komputer berinternet, dll. Fitnah boleh menyebabkan perpecahan di dalam sesuatu masyarakat dan boleh menjurumuskan individu yang mulia ke lembah penghinaan dan begitulah sebaliknya cuba menaikkan taraf orang yang jahil. 

Islam mempunyai kaedah yang sangat ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak mempunyai unsur fitnah. Wajib bagi Muslim yang beriman menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah kontroversi berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penerima amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan penyebar berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
baca lagi klik Tajuk Entri ni

EKSKLUSIF: Gambar Perkahwinan Ustaz Don Daniyal & Husna Zahry



Menjadi wajah rebutan kebanyakan stesen TV sekarang, Rasanya semua kenal dengan Ustaz Don yang sekarang ini telah menjadi penceramah terkenal tak kira peringkat umur terutama dalam rancangan program 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam di TV AlHijrah.
lagi gambar, Klik TAJUK ENTRI ni

INFO: 6 Tanda-Tanda Rumah Berhantu


Hantu, pasti anda sering mendengar kata yang satu ini. Hantu merupakan makhluk halus yang tidak boleh dilihat secara mata kasar oleh sembarangan orang. Pada umumnya, hantu sangat suka berada di tempat-tempat sepi, kotor, lembap, atau rumah kosong dan tidak terurus. Namun apa jadinya jika hantu tersebut singgah dan tinggal di rumah anda? Di bawah ini ada beberapa tanda bahawa rumah anda ada hantu :

1. Perasaan aneh. Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah anda terasa tebal, sempit atau berat.

2. Sering terdengar suara-suara aneh. Yang paling sering adalah suara ketukan-ketukan pada dinding rumah anda, kadang-kadang juga dapat terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di bilik air.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Thursday, 23 August 2012

KISAH BENAR: Pasangan Sedang Oral Seks. Dibelit Ular Ketika Sedang Berzina...



KISAH BENAR: Pasangan Sedang Oral Seks. Dibelit Ular Ketika Sedang Berzina... | Kisah Benar untuk dijadikan pengajaran kepada pemuda atau pemudi yang selalu ke taman rekreasi atau batu hampar buat projek! Contohnya di Kalumpang ada air terjun. Menyertai askar wataniah dan melatih askar wataniah lelaki dan wanita di kawasan batu hampar di Kalumpang. Selalu berpesan kepada mereka jangan buat perkara tak senonoh seperti “projek”. Kawasan hutan adalah tempat habitat liar. Jadi jangan silap langkah. Banyak pantang larang kena ikut. Maklumlah masuk kawasan orang selalu kena hormat. Jangan kencing merata-rata atau terlalu gembira memekik melolong. Yang askar wanita yang datang bulan, pampers jangan buang merata kerana boleh menggangu makhluk halus yang kita tak tahu tinggal disitu. Ada juga orang awam yang datang buat “projek” kat celah-celah batu dan dikawasan semak samun. Ada yang pernah kena gigit lipan atau kala jengking. Tapi kisah kali ini, sepasang kekasih yang buat “projek” ringan-ringan tetapi nafsu mana boleh kawal sehingga terlanjur dan mereka berzina. Jadi teruskan membaca kisah benar ini…… Kisah ini Abe dapat drp 'inbox' oleh Sahabat Abe tadi...
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tuesday, 21 August 2012

KISAH BENAR: Cahaya Dari Kubur Hingga Ke Langit


Kisah benar yang akan Abe ceritakan di bawah ini yang sangat mengharukan dan boleh menitiskan air mata. Semoga ia menjadi suatu iktibar kepada kita semua.

Seorang lelaki telah melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus naik memancar ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kubur yang bercahaya itu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

KISAH BENAR: Ya Allah, Janganlah Engkau Bolak Balikkan Hati-Hati Kami!!!


Salam

"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada Kami, dan kurniakanlah kami rahmat dr sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

"Ya Allah…janganlah Engkau bolak-balikkan hati2 kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami…."

"Ya Allah...matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan keatas kami dengan seburuk-buruk kesudahan"

Alhamdulillah, sempat jugak Abe mencuri sedikit waktu pagi ni untuk mencoret sesuatu. Sebenarnya seperti ada sesuatu mengarahkan Abe untuk menceritakan sesuatu sebagai pengajaran untuk diri Abe dan juga korang semua, Sahabat Setia Abe di Blog ni... Beberapa hari lepas Abe bertemu dengan seorang sahabat lama.. Yang mana dulu Abe mengenalinya dalam Sesi Latihan program beberapa tahun lepas.. Selama Abe mengenalinya, bagi Abe dia adalah seorang kawan yg baik, sangat menjaga waktu solat, menjaga puasanya dengan baik, bertudung labuh, sopan & banyak lagi karekter yang terpuji ada padanya.. Dia juga menjadi bualan rakan-rakan dalam kumpulan Abe ketika itu disebabkan Kelawakan & KeSpontanannya.. Yang mana masing-masing mengagumi kawan Abe ni.. Sungguh Abe katakan dalam program itu dia sangat disegani & mudah didekati.. Apabila dia melontarkan pandangan.. Tiada yg membangkang, apabila dia memberi nasihat, sangat2 terkesan di hati sesiapa yg dinasihatinya..
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

EKSKLUSIF: Gambit Saifullah Sekampung Dengan Khairul Fahmi


Gambit Saifullah Sekampung Dengan Khairul Fahmi
KUALA LUMPUR: Pengarah, pelakon dan produser muda tempatan, Gambit Saifullah akan tampil dengan hasil kerja terbaru melalui syarikat produksinya Eightball Productions Sdn Bhd iaitu program Nusantara Raya yang bakal ditayangkan di Astro, Aidilfitri nanti. Ramai yang ingin mengetahui perkembangan terbaru artis berbakat besar ini namun dia kadangkala seperti tidak kisah tentang publisiti dan lebih mementingkan kerja yang ingin dihasilkannya. Bercakap mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Gambit akan pulang ke Kelantan Syawal ini.

“InsyaAllah tahun ini saya akan pulang beraya ke kampung sebelah ibu saya iaitu di Kelantan. Kesempatan ini mungkin saya akan ambil untuk beraya bersama bintang bagi program Nusantara Raya iaitu Khairul Fahmi Che Mat kerana kami sekampung. “Setelah sama-sama berada dalam dunia glamor barulah kami tahu yang kami sekampung,” ujarnya yang ditemui di majlis tayangan program Aidilfitri Astro di Damansara baru-baru ini.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Monday, 20 August 2012

ZALIM: Bayi Dibuang Di Gigit Kerengga Sampai MATI


Nauzubillah

Mana perikemanusiaan manusia ni hilang... Kalau ye pun nak buang anak, janganlah sampai kena letak merata2 mcm ni. Masa nak buat, tak pikir. bila dah melahirkan, tahu pulak nak sesal. Alik2, Bayi yang tak berdosa ni kena tanggung jadi mangsa keadaan...
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Saturday, 18 August 2012

Ucapan Aidilfitri Dari Abe di www.queachmad.com



Salam Aidilfitri & Salam lebaran juga kepada semua Sahabat Abe yang sedia bertamu di blog Abe yang tak seberapa ni :)

Ada beberapa pesanan dan nasihat dari Abe kepada Sahabat2 semua:

Kurangkan TV dan Internet: Kadang-kadang Abe kasihan tengok orang yang hidupnya asyik dengan internet dan TV sahaja. Semua orang bergembira jalinkan ukhuwah, bergelak tawa, makan-makan dan bersalam-salaman, dia dengan dunianya sendiri. Update status di hp dan bersosial di alam maya. Sepanjang tahun siang malam ada masa untuk itu, apa salahnya berhenti seketika.

Pandu Berhati-hati: Berapa ramai orang yang meninggal dunia akibat kemalangan sebenarnya telah melihat berita kemalangan maut pada tahun sebelumnya? Faktor sikap bagi Abe menyumbang kebanyakkan kemalangan. Cuba belajar bertenang dan istighfar bila perasaan geram dan marah meningkat ketika memandu.

Ziarah saudara mara: Jangan jadi anti-sosial. Kita dah dewasa bukan budak-budak lagi. Bila nak belajar bergaul dengan orang-orang tua dan saudara mara. Eratkan silaturrahim. Rapatkan yang jauh. Banyak dosa-dosa boleh terhapus hanya dengan bersalaman. Kunjungilah juga jiran tetangga dan sahabat-sahabat lama.

Jaga Agama: Selepas sebulan beribadah jangan rosakkannya dengan berbuat perkara dilarang agama ketika hari raya. Elakkan bersalaman dengan orang yang bukan muhrim. Kalau jaga perkara ni insyaallah akan dipelihara Allah. Abe doakan semoga sahabat-sahabat semua selamat pulang ke kampung halaman dan kembali bekerja nanti. Abe akan bercuti beraya di Kuantan, Pahang. Mungkin tahun ni taksempat agaknya balik ke Kelantan. Tahun depan, insyaAllah akan dapat beraya di Rumah Isteri. Jemput datang rumah Abe kat Kuantan...

Esok sudah raya, insyaAllah. Mari kita berdoa supaya raya kita lebih bermakna, insyaallah!!

Daripada Abe, Que Achmad...

Tengku Ahmad Hafiz Bin Engku Mat a.k.a Que Achmad
Email: queachmad@queachmad.com
Facebook : http://www.facebook.com/teukuhaffiey
Twitter : http://www.twitter.com/queachmad
Instagram: http://www.instagram.com/queachmad

Published with Blogger-droid v2.0.6

SUBHANALLAH: Atlet Ini Menangi Emas Walaupun Berpuasa..


Atlet Ini Menangi Emas Walaupun Berpuasa..
baca lagi, KLIK TAJUK ENTRI ni..

AIDILFITRI: Meriahnya Jalan Tunku Abdul Rahman.... Lelong, Lelong, Lelong...



Salam pepagi dari Abe...

Sambil rehat2, sambil minum kopi Tongkat Ali, sempat lah jugak Abe wassap tadi... Info dari Sedara Abe, meriah sungguh Jalan TAR katanya... Memula Abe ingatkan dah lengang, Al Maklumlah semua Warga Kota dah mula balik Kampung... TAPI, Sekali tengok gambar yang dia Wassap tadi...... PERGH! MERIAH.... Katanya, siap lelong lagi... Mesti banyak kot orang reramai MemBorong, lelong lah katakan... Abe pun kalau ade kat situ, alamatnya, memborong boroi jugak :)

Kawan2 Abe sume dah tahu dah perangai Abe, seorang KakiBorong yang Obsessed, hehhehehhe... Itu kata Qie. Mesti Beli punya kalu dah singgah ke mana2, hehhehe

Published with Blogger-droid v2.0.6
Friday, 17 August 2012

BICARA RAMADHAN QUE VI: Enam Perkara Yang ALLAH SWT Sembunyikan


''Bergenang airmata Abe bila baca, meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang baca jangan tak baca. Sebarlah ilmu ini, agar semua kwn-kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. insyaAllah...


 6 perkara Allah sembunyikan 



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni ye...

TERKINI: 'Saat-Saat Aidilfitri', Lima Sekeluarga Mati Serentak Dalam Satu Kemalangan







Abe baca entri ni daripada JIWA LARA (jiwalaraworld). Abe cuma boleh nasihatkan, hati-hati di Jalan Raya. Kata Jiwa:

First tym dalam hidup aku menyaksikan kemalangan yang ngeri yang melibatkan orang kampung aku sendiri... memang teruk giler la kreta yang xcdent tersebut... aku xtau camana nak gambarkan kat korang... aku ada snap beberapa keping gambar... dengan keadaan menggeletar aku snap gambar tu...
baca lagi & lagi gambar, Klik TAJUK ENTRI ni

TERKINI: Lelaki Hilang Dikhuatiri Dibaham Buaya Di TAWAU


TAWAU - Seorang lelaki berumur 54 tahun hilang, dipercayai dibaham buaya, ketika sedang menjala udang bersama anak lelakinya di Sungai Udin, Dumpas, dekat sini, semalam.

Mangsa, Jailani Inderasaya, dari Kampung Jagung, Merotai Besar, dikatakan keluar menangkap udang bersama anaknya Azwan,16, ketika kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni...
Thursday, 16 August 2012

EKSKLUSIF: 'Saat-Saat Aidilfitri', Kemalangan Bas Ekspress Transnasional di Manik Urai, Kelantan



Salam

Abe baru dapat cerita terkini ni dari Bos Abe tentang kemalangan Bas Ekspress Transnasional ni dekat Kelantan. Kejadian ni baru je kejap tadi, PANAS-PANAS lagi... Katanya, dekat Kampung Manik Urai... Khabarnya, Bas Ekspress ni terbabas lalu terbalik... Bila Abe diberitahu, Abe terus bertanyakan detail tentang khabar ni & Alhamdulillah, Abe dah berjaya dapatkan gambar kejadian...

Menurut sumber, 12 orang telah cedera akibat kejadian ni & Abe diberitahu jugak, ada yang parah.. Apa2pun, kita sama2 doakan agar sesiapapun yang terlibat dengan kemalangan ini agar tabah dengan ujian yang menimpa & semoga cepat sembuh...

Yang khabar baiknya setakat ni, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ni akibat kemalangan ini. Alhamdulillah

Published with Blogger-droid v2.0.6

TERKINI: Bayi Melecur 70% Dalam Kebakaran Flat..




Salam....

Sayu hati pepagi ni bila terbaca Uttusan Malaysia muka depan dengan tajuk melibatkan Baby kecik... Dengan 70% tahap kebakaran, xpastilah dapat 'survive' ke x baby tuh, hurmmmmmm
Korang semua ley la dapatkan Utusan Malaysia rini utk berita penuh...

Korang pun mesti sayu jugak nanti... Hurmmm....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Kematian Datuk Punch Gunalan Beri Impak Pada Negara



Mendiang Punch Gunalan menerima Piala Thomas daripada Sultan Azlan Shah ketika membawa Malaysia muncul juara 1992.

KUALA LUMPUR - Dunia badminton negara dikejutkan dengan kematian Datuk Punch Gunalan yang menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya akibat penyakit barah hati semalam.

Legenda badminton Malaysia itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.20 pagi ketika usianya menjengah 68 tahun selepas terlantar sakit sejak dua minggu lepas. Mendiang yang berasal dari Sepang, meninggalkan seorang balu, P. Vijeyakumari, 64, dan seorang anak lelaki, Roshan Gunalan, 36, seorang doktor ortopedik. Jenazah mendiang dibawa ke kediamannya di No. 9, Jalan 12/14B, Petaling Jaya untuk penghormatan terakhir mulai pukul 1 tengah semalam sebelum disemadikan di Pusat Crematorium Kampung Tunku, Petaling Jaya pada 4 petang hari ini.

Umum mengetahui bahawa bintang tangan kanan itu adalah pemain badminton paling berbakat dalam acara perseorangan dan beregu apabila mengharumkan nama negara dengan meraih beberapa kejayaan antarabangsa. Sejak memulakan kariernya pada awal 1960-an dengan muncul juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan dalam acara perseorangan, beregu lelaki dan beregu campuran, Punch tidak lagi menoleh ke belakang. Bersama pasangannya, Ng Boon Bee yang juga legenda badminton negara, mereka berjaya memenangi emas pertama Sukan Komanwel Edinburgh, Scotland pada 1970. Pada tahun yang sama juga pasangan ini meraih pingat emas Sukan Asia di Bangkok, Thailand dalam acara beregu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

EKSKLUSIF: Yang Mana Satu SULTAN KELANTAN, Sultan Muhammad V ni?


Subhanallah. Terkejut Abe tengok gambar ni.. Tercari-cari Abe yang mana satu Sultan Kelantan, DYMM Sultan Muhammad V? Zuhudnya Baginda... Korang mesti jugak tengah tercari-cari kan? Ok, acu cuba try kita sama2 cari yang mana satukah gerangannya Baginda... Cer cari..... Jomm...
lagi gambar DYMM Sultan Kelantan, klik TAJUK ENTRI ni...
Wednesday, 15 August 2012

TELADAN: Sultan Kelantan, SULTAN MUHAMMAD V yang ZUHUD


"Allahuakbar"

Subhanallah, pepagi ni Abe nak kongsikan satu 'Perkongsian' yang Abe rasakan amat Hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim. Abe suka peribadi DYMM Sultan Kelantan ni yang sangat Zuhud (merendah diri)... Peribadi DYMM Sultan Muhammad V ni pada Abe wajar dijadikan ikutan untuk semua. Ni hanya pendapat peribadi Abe je, mungkin korang semua ada pendapat yang berbeza. Kata Wan Ziki lebih kurang macam ni lah:

Suatu hari semasa saya dalam Tingkatan 3 (kalau tak silap la), saya telah ke Masjid Muhammadi Kota Bharu untuk Solat Jumaat. Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang telah dihamparkan di saf betul-betul belakang sejadah Imam.

baca lagi Kisah Zuhudnya DYMM Sultan Muhammad V ni, klik je Tajuk Entri ni..

BICARA RAMADHAN QUE V: Kisah Iblis Bertemu Rasulullah SAW... Dialog IBLIS LAKNATULLAH dengan RASULULLAH SAW


UNTUK MUSLIM SEJATI TOLONG BAGI 10 MINIT JE BACE NIE...!! SILA SHARE..

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku."

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."
baca lagi KLIK TAJUK ENTRI ni
Tuesday, 14 August 2012

TELADAN: 5 Syarat Kalau Ingin Melakukan MAKSIAT


http://3.bp.blogspot.com/_B8jANZ5eYg8/TT5z4dXJ6WI/AAAAAAAAAFQ/PfwOf7FZ8K4/s320/say-no-to-maksiat%2B%25281%2529.jpg
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” 


Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”.

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”. Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”


baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni...

KISAH BENAR: Gambar Jenazah yang tidak reput walaupun dikebumikan selama 17 Tahun


Gambar mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang. Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987 (17 tahun yang lalu). Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil lagi.

Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar) dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan pondok Madrasah Khairiah Islamiah di Pokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu. Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya.
baca lagi KLIK TAJUK ENTRI ye

KISAH BENAR: Kisah Pengajaran Tentang KITA, Subhanallah...


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. 


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni...
Monday, 13 August 2012

WAJIB TENGOK: Pesanan Kepada Yang Memakai 'Contact Lenses'


Pesanan kepada yang memakai kanta sentuh (Contact Lenses)...

Anda dilarang berada di tempat haba yang terlalu panas.. Contohnya.. memakai kanta sentuh (Contact Lenses) semasa sedang membakar BBQ.. dan sebagainya.. Jika anda berdegil.. Anda mungkin akan BUTA buat selama-lamanya... Ini kerana kanta sentuh diperbuat daripada plastik.. Jika anda merasakan maklumat ini berguna untuk orang lain.. Sila klik "Share" dan kongsi di facebook anda.


*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Sila LIKE entri ni jika korang suka & korang rasa entri ni patut dikongsikan untuk kebaikan bersama... Tq, jasamu Dikenang. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

HADIS: Menjual AGAMA Kerana Berpura-pura ALIM di DUNIA?


http://total-success.net/v2/images/stories/persoalan.jpg
MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA?

Ertinya:Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari  keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

H.R Termizi
 
Untuk keterangan bagi Hadith ni, Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 12 August 2012

YA ALLAH: Lagi Gambar Kekejaman di Syria


Ya Allah, sampai hati betul. Kucing yang tak berdosa langsung ini pun menjadi mangsa. Kekejaman ini berlaku di Syria. Sehingga sanggup membunuh muslim muslimin yang tidak berdosa. Kucing pun jadi mangsa. Abe tak dapat lah nak 'imagine' macamanalah keadaan rakyat di Syria ni, Ya Allah... 

Yang Abe dapat bantu setakat ni, cumalah hanya menyedekahkan doa setiap kali Solat... Ya Allah, bebaskan Rakyat Syria dari peperangan ni... 

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Sila LIKE entri ni jika korang suka & korang rasa entri ni patut dikongsikan untuk kebaikan bersama... Tq, jasamu Dikenang. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

KISAH BENAR: Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong


http://4.bp.blogspot.com/_qWgCMjmSatk/TDwhULrpNUI/AAAAAAAAACg/lrAq3Vot0qU/s1600/bohong-puasa.jpg
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."

Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan bercakap bohong?"
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni...

EKSKLUSIF: Betul Ke Lelaki Miskin Ini Ialah Adik Presiden Amerika Barack Obama?


Lelaki miskin ini tinggal di sebuah perkampungan yang serba kekurangan berdinding dan berbumbungkan zink..Dia yang tinggal di sebuah perkampungan miskin dan kotor di Nairobi, Kenya merupakan adik tiri kepada Presiden Amerika Barack Obama yang juga merupakan orang nombor satu di dunia..


Presiden Amerika ini, Barack Obama merupakan adik-beradik yang berkongsi seorang bapa..
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni...

TELADAN: Yang HAQ & BATIL.. Kisah Teladan


http://4.bp.blogspot.com/-DMdmVxb_d-Q/TroL_poJxvI/AAAAAAAAA6E/913pTgyUZV8/s400/GuruDanMurid.jpg
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.

Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!".. Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".
baca lagi Klik Tajuk Entri ni...

Saturday, 11 August 2012

KISAH BENAR: Tergempar, Kisah Perempuan ISLAM di US. Kelebihan AYAT KURSI.Subhanallah!!


Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.
baca lagi KLIK TAJUK ENTRI ni
Friday, 10 August 2012

BICARA RAMADHAN QUE IV: Keistimewaan Al Quran & Malam Lailatul Qadar


Ulama bersetuju al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya. Pada malam itu, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 diturunkan.

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti kitab al-Quran yang ada hari ini. Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.
baca lagi KLIK TAJUK ENTRI ni
Thursday, 9 August 2012

SUBHANALLAH: Gambar Bayi yang SYAHID


SUBHANALLAH...
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

EKSKLUSIF: Pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Kini Sah Bertudung


Pagi ini, agak di Twitter apabila beberapa orang peminat yang menonton Malaysia Hari Ini (MHI) terkejut dengan imej dan penampilan positif Nurul Syuhada Nurul Ain. Nurul Syuhada dilihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi ini dan rata-rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini dengan baik. Rakan sekerja Nurul Syuhada di TV3, Jay Amalina menerusi akaun Twitter beliau menulis “Oh, the MHI host Nurul Syuhada sekarang berimej baru. She looks prettier. Alhamdulillah.”

PANAS: Dihasut supaya MURTAD ketika berbuka Puasa


GEORGETOWN – Ketika sedang berbuka puasa di sebuah pusat membeli belah, Mohd Noor Farid Mohd Alwi, 28, dan tiga lagi rakannya didatangi dua lelaki asing yang juga dipercayai pelancong luar negara. Pada masa itu, dia dan rakan hanya menunggu waktu untuk berbuka puasa, sementara dua lelaki yang dipercayai pelancong itu mendekati mereka secara tiba-tiba. Mohd Noor Farid berkata, pada mulanya dia menyangka lelaki berkenaan mahu bertanya jalan atau tempat. Namun, sangkaannya meleset kerana mereka bertanya tentang ibadah puasa.

“Kami tertarik kerana ada juga pelancong asing yang mahu bertanya tentang puasa sedangkan mereka bukan orang Islam, mereka tanya ‘kamu berpuasa ya?’ dalam Bahasa Inggeris dan kemudiannya kami mengangguk dan bercerita waktu bersahur dan berbuka. “Soalan mereka tidak sampai di situ sahaja kerana mereka bertanya kenapa perlunya umat Islam berpuasa. “Saya dan rakan-rakan jawab dengan penuh keyakinan dan kami saling menyampuk untuk menjawab soalan ‘mat saleh’ berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
baca lagi KLIK TAJUK ENTRI ni ye...
Wednesday, 8 August 2012

TELADAN: Sultan Yang Besederhana, Sultan Kebanggaan Rakyat Malaysia.. Allahu Akhbar!!!


Sultan Yang Besederhana, Sultan Kebanggaan Rakyat Malaysia.. Allahu Akhbar!!!.. Sharing Is Caring. Abe menantikannya utk menggubal undang2 baru yang letakkan Al Quran undang2 paling TINGGI

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....
Published with Blogger-droid v2.0.6

EKSKLUSIF: Akhirnya Jurugambar Ini Membunuh Diri Kerana Mendapat Anugerah Untuk GAMBAR INI...


Tajuk Foto ni ialah "Stricken Child Crowling Towards a Food Camp" yang dirakam pada tahun 1994. Foto ini adalah tentang gambar kanak-kanak yang diambil di Sudan ketika negara tersebut dilanda bencana kebuluran. Ketika itu kanak-kanak berkenaan sedang merangkak menuju ke sebuah pusat bantuan makanan PBB. Sementara itu seekor burung manyar (pemakan bangkai) bersiap menunggunya kanak-kanak tersebut mati.
baca lagi KLIK TAJUK ENTRI ni..

TERKINI: Kerajaan Negeri 'Pulau Pinang' Akan Beri Insentif Bernilai RM100,000 kepada Datuk Lee Chong Wei....



PETALING JAYA, 7 Ogos - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberi insentif sebanyak RM100,000 kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di atas kejayaannya menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi dua pingat perak di Olimpik.
baca lagi KLIK TAJUK ENTRI ye

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com