Sahabat Que 'Silent Readers'

TIPS: Contest & Segmen Di Blog haruslah RELEVAN..

7/18/2012 11:30:00 pm

Salam

Sejak akhir2 ni, Abe perhatikan fenomena segmen anjuran blogger mendapat tempat. Kalau dulu diawal cetusan idea segmen ini ia dipelopori atau selalu dianjurkan oleh sebahagian kecil blogger, sekarang boleh dikatakan dalam 10 blogger, 7 daripadanya mesti buat segmen. Dari satu sudut ia kelihatan memeriahkan komuniti blogger sebab kita boleh kenal ramai orang dan lain-lain tapi dari satu sudut yang lain Abe perhatikan segmen kadang-kadang terlalu susah dan tidak relevan. Kenapa perlunya segmen yang mudah dan relevan? 

1. Mudah Disertai Dan Mendapat Sambutan 

Bila senang nak join segmen tersebut, orang pun tak perlu nak susah payah buat bermacam-macam syarat yang kadangkala tak setimpal dengan usaha yang dilakukan. Kena like segala bagai, subscribe itu ini dan lain-lain. Tak tipulah kan rata-rata orang buat sesuatu mesti nak dapatkan pulangan. Segmen yang biasa dilihat sekarang takde hadiah selain dapat backlink. Jadi nak minta peserta melakukan syarat yang terlalu banyak jadi sebab kenapa segmen tak dapat sambutan, orang malas nak buat. 

2. Relevan. Bezakan Yang Mana Segmen Yang Mana Contest 

Selain daripada mudah untk disertai, tujuan segmen itu seeloknya relevan. Contoh la kan segmen Cegah Kelahiran Bayi Luar Nikah, letak gambar dan letak kata-kata lepas tu ajak orang join sama. Ada manfaat disitu. Contoh segmen yang kurang relevan ialah blog review ataupun segmen uji tahap SEO dengan keyword tertentu. Ia nampak kurang relevan sebab benda-benda teknikal ini memerlukan penilaian yang teliti dan kajian menyeluruh contohnya blog review. Untuk permainan SEO pula memerlukan masa yang agak panjang bagi memastikan entri stabil di search engine. Agak penat weh kalau bab-bab teknikal ni dijadikan segmen. Tapi kalau dibuat pertandingan, contest ia sangat menarik dan biasanya contest SEO atau blog review ramai yang akan join.

baca lagi KLIK SINI

Satu lagi yang Abe perhatikan segmen bloglist bertujuan untuk bertukar-tukar link. Biasanya nak buat segmen bloglist ni trafik blog kena tinggi sebab kita jadikan blog kita sebagai referral kepada blog lain. Bila trafik blog tinggi dan kita minta orang promosikan blog kita lepas tu baru kita letak link dia kat sidebar baru dinamakan win-win situation. Tapi kalau blog yang trafik sedang-sedang, elok buat satu page Exchange Link dan siapa berminat tukar link cuma perlu tinggalkan komen. Bukan maksud Abe  nak diskriminasikan blog yang trafik rendah atau tinggi, tapi dalam blogging atau bila nak buat segmen bloglist ni ada timbal balasnya juga. Harap korang faham maksud Abe.... Apa yang Abe nak sampaikan ye...

Ini serba sedikit pandangan Abe mengenai fenomena segmen yang meluas sekarang ni. Bila selalu join atau buat segmen, ada orang cop blog kita sebagai blog segmen dan takde isi. Ada juga yang label ia merosakkan identiti dunia blogging. Macam-macam dalam dunia blog ni. Lain orang lain cara lain pendapat. Apapun, korang carilah blogger-blogger tahun 2006-2008 dan baca blog diorang. Nanti akan nampak yang blogging ni bukan setakat contest, segmen sahaja tapi ia ada satu nilai........ iaitu PERSAHABATAN.....

* Okeylah, untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

You Might Also Like

12 comments

  1. sy carik segmen & contest yg sng jek. byk2 hal kene buat kirim slm je la. huhu :)

    ReplyDelete
  2. btl tu... sy pernah nmpk 1 blog ni... seluruh blog die adalah berkisarkan contest dan segmen... takde isi... bosan...

    kalau sy nak join contest ni berfikir bnyk2 kali... sbnya sy nak kontest atau segmen yg sy join ni ade isi atau manfaatnya... itupun kalau dapat lah...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-hotel-flemington.html

    ReplyDelete
  3. saya pon cari yang senag jer..tapi serius cakap..xpenah join kontest pon

    ReplyDelete
  4. dah lama xjoin segmen * contest.

    Abe buat r, leh join. HeHeHeHeHe.....
    Abe ty dh update 2 entry yg ty peram... guna HP je ye...terjah2!!
    lol

    ReplyDelete
  5. banyak sgt kan segmen skg.. kat bloglist sy byk tul segmen yg kwn2 join.. stakat ni, sy dh join 2 segmen.. bosan sgt kot kat umah.. huhu.. so join je r segmen yg mudah2..

    ReplyDelete
  6. hahaha. dekt group blogging sume asyid post sal ga, contest,review, cm2 la.. bosan da..

    ReplyDelete
  7. kalau cik siti plak...cik siti cari yang tak suruh tag2 orang...yang senang nak buat....klau susah contoh dia suh tag sampai 5 orang, mmg tak join da....and kalau join segmen pun time tengah2 mlm atau time tuu mmg tak ada benda nak nk tulis.....kalau orang cakap cik siti ni asyik join segmen n GA ja, mmg salah la...sebab setiap hari sekurang kurang nya cik siti akan update 2 entry bukan buat entry segmen or GA...huhu

    ReplyDelete
  8. part tag2x tu yg payah..sbb kdg2 tak tahu nak tag sapa..kang kita tag org ne..yg satu tu terasa lak...hehehe :)

    ReplyDelete
  9. saya hanya join segmen or contest yg mudah2 je.. tu pun tak selalu, kdg2 join tu okey la kan ;)

    ReplyDelete
  10. saya baru ada blog januari tahun lepas..tahun 2006-2007 tu saya tak tau pn pasal blog cenggini.dulu ingat blog utk org yg ada bisnes je..

    ReplyDelete
  11. Bila Abe Q nak buat segmen ? time tak de idea nak update n masa terhad , fiza join segmen , tp segmen yng senang2 je lah . :) . Tapi bab yang buat segmen n contest tp byk plak syaratnya , fiza setuju . susah dan menyusahkan :p

    ReplyDelete
  12. tunggu, tgh nk berguru dulu ni :)

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad