Sahabat Que 'Silent Readers'

Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd - HYUNDAI SHOWROOM 3S di Shah Alam, SELANGOR

7/01/2012 04:57:00 pm

Selepas seminggu asyik sibuk, akhirnya Abe sempat jugak untuk ke Hyundai Showroom 3S - Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd yang lokasinya adalah di Seksyen U6 Shah Alam untuk bersama memeriahkan Hyundai Euro Tour 2012.
Pada Abe, ni adalah antara Pusat Hyundai Showroom 3S yang terbaik yang ada di Selangor ni. Kenapa Abe cakap macam ni ek? Sebab kat sini, Abe dapat lihat Pelawat atau Pengunjung di pusat ini bukan sahaja dapat peluang menguji pandu kereta sanjungan ramai ni tetapi juga di Hyundai Showroom 3S ni, Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd, menawarkan kemudahan yang hebat dan menggalakkan. Antara kemudahan yang hebat termasuk bar kopi di mana anda akan berkhidmat dengan kopi dan teh semasa mengadakan lawatan di bilik pameran, lounge pelanggan perdana dengan televisyen dan skrin komputer yang luas dalam talian kaji selidik (WiFi percuma disediakan), kaca latar belakang pelanggan untuk melihat mereka kereta semasa perkhidmatan, kawasan kanak-kanak untuk kanak-kanak manakala ibu bapa yang melakukan perkhidmatan kereta mereka, suasana besar dan selesa, kawasan selesa bekerja untuk pelanggan untuk bekerja sementara menunggu kereta mereka bagi perkhidmatan, tempat letak kereta yang mencukupi dengan sekitar 20 tempat letak kereta bagi pelanggan.
Kereta buatan Hyundai ini pada Abe sangat seksi dan mempunyai rekabentuk aerodinamik. Kalau korang tak caya, korang boleh tengok gambar model Hyundai Elantra terbaru yang Abe ambil ni... betul kan? CANTIK....... 
Pada Abe, pembeli baru mungkin nak tukar logo daripada logo Inokom kepada logo Hyundai, itu terpulang pada pelanggan itu sendiri. Logo pada Abe tidak penting sangat pun, ia bergantung kepada pilihan individu.
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (9 pagi - 8 malam)
Sabtu – Ahad & Hari Cuti (10 pagi - 6 petang)
Dibuka 7 Hari seminggu termasuk perkhidmatan
Sales no: 03- 7832 4888 / 7832 4444
Sales fax: 03- 7832 4222
Service no: 03- 7832 4333/ 7832 4555
Service fax: 03- 7832 4999

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad