Tuesday, 10 July 2012

TERKINI: Rita Rudaini - Aidil Zafuan dinasihatkan berbincang cara baik


SHAH ALAM: Pelakon Rita Rudaini dan suaminya, pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abd. Radzak dinasihatkan oleh Mahkamah Syariah Daerah Petaling di sini untuk berbincang secara baik bagi menyelesaikan masalah rumah tangga yang sedang dihadapi mereka. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad berkata, pasangan itu sewajarnya berbuat demikian bersempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi. "Bersempena kedatangan bulan Ramadan adalah lebih baik Rita dan Aidil ambil keberkatan itu dengan berbincang secara baik mengenai masalah rumah tangga mereka. "Tambahan pula kedua-dua mereka adalah selebriti terkenal dan patut menjadi contoh baik kepada masyarakat khususnya. "Kalau tidak boleh selesai juga tiada masalah untuk bercerai secara baik," ujarnya.

Dalam pada itu, peguam Syarie defendan (Rita), Datuk Mohd Zaidi Md. Zain menjelaskan kepada mahkamah, anak guamnya bersedia untuk berbincang secara baik dengan plaintif (Aidil) menerusi perintah mahkamah dan dibawah seliaan peguam masing-masing. "Sebelum ini kita juga sudah membuat satu perbincangan menerusi Jawatankuasa Pendamai (JPK) yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak tetapi pihak plaintif menarik balik kerana tidak jadi untuk bercerai dengan defendan. "Bagaimanapun pihak anak guam saya sangat terbuka dengan perbincangan untuk menyelesaikan kemelut ini dan berharap pihak plaintif akan bersetuju dan memberikan komitmen," katanya.

Membalas kenyataan tersebut, Peguam Syarie plaintif, Ahmad Nazib Johari berkata, perbincangan itu boleh dilakukan sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membincangkan masalah mereka secara keseluruhan dan bukannya tertumpu kepada tuntutan yang dibuat sahaja. Sementara itu, pihak defendan telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan plaintif berhubung tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) yang dikemukan. Wan Mahyuddin juga mengarahkan pihak plaintif mengemukakan jawapan terhadap bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak defendan. Peguam Syarie plaintif memohon 14 hari untuk mengemukakan jawapan balas terhadap bantahan awal tersebut.

Aidil bagaimanapun tidak hadir pada sebutan tersebut kerana tidak dapat pelepasan kerana terikat dengan latihan untuk menentang pasukan Arsenal pada 24 Julai depan. Sebutan kes pasangan itu ditangguhkan pada 7 Ogos depan pukul 9.30 pagi. Pada 16 Mei lalu, Aidil telah menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka. Aidil juga dalam mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka ketika ini di Damansara ke rumah yang baru tajaan ATM yang didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini. Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga. Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

3 comments:

Herma Julianny at: 7/10/2012 8:55 pm said...

cantiknya kak rita bertudung..=)
sy harap mrk dapat sambung kembali ikatan tu..
kesian anak2 mereka...

babycomel at: 7/10/2012 9:31 pm said...

doa2 lah semoga kasih sayang kembali terjalin.. jauhkan la cerai berai ni kan

MISS Z BERCELOTEH at: 7/11/2012 8:49 am said...

sepatutnya dari dulu lagi bincang baik2.. bila dah turun naik mahkamah..byk cerita yg spatutnya di rahsiakan orang tahu..

apapun hopem semuanya berjalan dgn lancar dan mereka masih boleh bersatu..anak kecil2 msih tu

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com