Sahabat Que 'Silent Readers'

FAKTA: Perjalanan MATI yang PASTI

7/22/2012 10:10:00 pm

Perjalanan menuju kematian telah bermula sebaik kita dilahirkan. Ingat mati adalah penawar untuk kesedihan hati apabila ditimpa ujian. Penghilang rasa nikmat untuk melakukan maksiat. Dan pendorong untuk istiqamah dalam melakukan ketaatan. Ya Allah, bantulah hati Abe untuk sentiasa ingat untuk mengingati kematian. Ramai manusia yang sombong apabila diberi peringatan, sedangkan itulah yang dipertanggungjawabkan kepada kita semasa masih hidup. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada kesombongan. Manusia bebas membuat apa di atas muka bumi ini.. Tapi ingatlah setiap apa yang diperbuatkan, maka diri sendirilah yang akan menjawab dan bertanggunjawab atas apa yang diperbuatkan...

Kematian, itu sesuatu yang pasti. Tidak boleh tidak, setiap hamba Allah akan melaluinya. Memang ramai yang takut mati, terutamanya kepada yang belum bersedia ataupun yang tidak mahu bersedia menghadapinya. Ya, itu adalah perkara yang biasa kita mendengarnya. Apa yang menjadi kekesalan apabila berlakunya keadaan di mana ada yang tahu dan faham, mati itu akan dihadapi pada bila-bila masa tetapi masih boleh menganggapnya sebagai bahan ketawa di dalam perbualan. Andaikan, semasa menuturkan ayat gurauan mengenai ketetapan ALLAH yang misteri itu hanya diketahui oleh Nya, Ketika itu jugalah berakhirnya hayat kita. Bolehkah dijangka ke mana haluan kita seterusnya? 

* Okeylah, untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

You Might Also Like

6 comments

  1. Terima kasih kerana mengingatkan, abe.

    Mati itu pasti.
    Moga kita sentiasa bersedia. ameen.

    ReplyDelete
  2. mengingati mati adalah sunat... dengan ingat akan mati juga akan membuatkan kita untuk tingkatkan amalan kita ini...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/countdown.html

    ReplyDelete
  3. gambar.... emmmm......
    terima kasih krn buat entri ni. sama2 ingat..

    ReplyDelete
  4. msh ada niat yg belum tercapai..=(

    ReplyDelete
  5. Mengingati mati itu sunat :) thx for sharing ye Q :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian..salam ramadan :)

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad