Sahabat Que 'Silent Readers'

Kemalangan Ngeri Di Jalan Pantai, Kuala Terengganu

7/07/2012 11:01:00 pm


Dekat sejam Abe terpaksa mengharung 'Jammed'... Abe memang dah dapat agak dah mesti ada 'eksiden' teruk... Bila dah dekat, memang betul 'jammed' ni sebab 'eksiden'... Melibatkan 2 kereta & 1 van.

Difahamkan, yang dalam Van tu penumpangnya semua Jemaah Bakal Haji yang baru balik daripada Kursus Haji kat Kuala Terengganu yang terdiri daripada warga emas.. Ada 4 kehilangan nyawa sebab Abe nampak ada 4 orang mangsa yg bergelimpangan ditutup dengan kertas surat khabar. Mangsa mati tersepit pada Van yang terbalik. Pastu Abe tgk ada sorang mangsa sedang nazak. Abe takla pulak amik gambar dalam zoom dekat sebab tak sampaihati. 2 kereta lagi tu Abe tak tahu macamana keadaan dorang sb kereta tu terPerosok dalam semak. Sebijik Wira & sebijik lagi Kenari..

*Apa2pun, kita semua sedekahkan Al-Fatihah mangsa yang terkorban

Published with Blogger-droid v2.0.6

You Might Also Like

2 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad