Sahabat Que 'Silent Readers'

AL FATIHAH: Polis Urus Jenazah Blogger Amukan Pedang Samurai di Putrajaya TANPA Ahli Keluarga

7/13/2012 12:33:00 am

Upacara pengebumian Khalil Afandi Abd Hamid berlangsung dalam keadaan penuh tanda-tanya apabila hanya anggota polis dan ahli jawatnkuasa Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilihat menguruskan jenazahnya di Tanah perkuburan Islam di UPM di sini semalam. Tiada seorang pun kelibat ahli keluarga dan sahabat Allahyarham hadir pada upacara tersebut. Salah seorang ahli keluarga Khalil Afandi memberitahu, isteri lelaki itu tidak membenarkan seseipa pun hadir pada upacara tersebut.

"Isteri dia sudah pesan kepada kami supaya tidak datang termasuk rakan baiknya," dakwanya ketika ditemui di rumahnya Taman Lindungan Jaya, Petaling Jaya.

Jenazah Khalil tiba di Masjid UPM pada waktu Maghrib dan dibawa terus ke tanah perkuburan dengan diiringi 10 anggota polis dan dua buah kereta peronda milik pasukan keselamatan UPM.

Masalah timbul apabila tidak ada sesiapa yang dapat mengangkat jenazah ke liang kubur, namun pihak pengurusan masjid turut meminta bantuan daripada anggota polis dan pengawal keselamatan UPM.

Upacara pengebumian tersebut selesai kira-kira pukul 9.00 malam tadi

You Might Also Like

6 comments

  1. Alfatihah buat arwah :(

    http://blogdearlady.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Alfatihah buat arwah .amalan kebaikan dan kejahatan akan di nilai di sana .semoga roh nya aman di sana amin...

    ReplyDelete
  3. kenapa ya?
    semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua....

    ReplyDelete
  4. sangat menjadi tanda tanya..

    ReplyDelete
  5. semoga arwah tenang disana .. al-fatihah .

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad