Sahabat Que 'Silent Readers'

Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Wanita Muslim

7/06/2012 02:19:00 pm


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya. Sayidatina Aisyah bertanya. Mengapa wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah S.A.W; Kerana perempuan tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan. Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan berdosa, Mereka kurang akal dan kurang beragama, sering tertipu dengan pujukan lelaki dan syaitan. Mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dan persekitaran. "Oleh itu wanita harus waspada terhadap sesuatu agar mereka tidak terjerumus ke lembah maksiat yang boleh merugikan diri mereka sendiri. Mereka hendakalah sering bertakwa dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat kepada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki."
(Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:  "Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga kembali ia dan menghulurkan tangan kepada suaminya(meminta maaf)."
(Riwayat dari Hassan)

Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a berkata: "Dunia ini ilah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita(isteri) yang soleh."
(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah lagi: "Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina."
(Riwayat Ahmad , Thabrani dan Hakim)

Sebaik-baik wanita itu adalah tinggal di rumah tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang sering keluar rumah kan dipesonakan oleh iblis. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang akan dia."
(Riwayat Ahmad , Thabrani dan Hakim)

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita, kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli. Diriwayatkan pada suatu hari, ketike Rasulullah s.a.w bersama isteri-isterinya (Ummu Sailmah dan Maimunah) datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum). Rasulullah menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salmah,"Bukankah orang itu tidak melihat kami, ya Rasulullah?"Rasulullah menjawab:"Bukankah kamu dapat melihatnya?"
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Published with Blogger-droid v2.0.6

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad