Sahabat Que 'Silent Readers'

AL FATIHAH: Tangisan Ibu Lumpuh Yang Pernah Ditinggalkan

7/17/2012 08:26:00 pm


Makcik Faridah Meninggal Dunia Sakit Tua

KUALA LUMPUR – Faridah Maulud (gambar), 66, ibu yang ditinggalkan anaknya di  sebuah hotel bajet di ibu negara Mac lalu, meninggal dunia akibat sakit tua, semalam. Arwah yang uzur sejak kebelakangan ini disahkan meninggal dunia di dalam tidur oleh anak tunggalnya, Amir Mohd Omar, 27, jam 3.15 petang semalam ketika dia mengejutkan ibunya.

Arwah menerima rawatan di Hospital Tanjung Karang minggu lalu akibat keuzuran dan pulang ke rumahnya di Kuala Selangor beberapa hari lalu. Ahli perniagaan, Datuk Jamhuri Abdul Rahman yang juga bekas majikan anaknya berkata, dia menerima panggilan daripada Amir sejurus selepas pemuda itu menyedari ibunya tidak sedarkan diri. “Saya meminta jiran untuk melihat keadaan arwah dan mereka dapati arwah sudah meninggal dunia,” katanya.

Akhbar ini dalam laporan muka depannya 9 Mac lalu mendedahkan, Faridah ditinggalkan berseorangan oleh anaknya di sebuah hotel dan dijaga pekerja di situ yang kemudian membuat laporan polis. Kisah warga emas itu mendapat perhatian segera daripada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), Noormah Abdul Rauf yang kemudiannya menempatkannya di Pusat Sehenti JKM di Sungai Buloh sehari selepas itu.

Simpati dengan keadaannya, Jamhuri tampil memberikan bantuan kepada keluarga berkenaan dengan menyediakan sebuah rumah untuk Faridah di Kuala Selangor selain menawarkan pekerjaan kepada Amir di kilang membuat besi keluli miliknya. Jenazah Faridah dikafankan di rumahnya sebelum dibawa ke kampung halamannya di Pengerang, Johor untuk dikebumikan. (Harian Metro)

Okeylah, untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

You Might Also Like

7 comments

  1. semoga arwah tenang disana.. sayangilah ibu bapa kita sementara mereka masih bersama kita..

    ReplyDelete
  2. Tu pengarah sy tu...hehe

    ReplyDelete
  3. Sedih rasa hati yg membaca sedih lagi hati anak yg ditinggalkanya... Hikmahnya sungguh sementara tapi rahmatnya amat besar...syukur kerana amir sempat berbakti kepada ibunya... Dan syukur kerana ada insan yg mulia memberi mereka peluang untuk menikmati kesenagan bersama... Al fatihah...semoga Allah menempatkan rohnya bersama para solehah...

    ReplyDelete
  4. anak yang tak berguna la zaman la nih!!!!!

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad