Sahabat Que 'Silent Readers'

BICARA RAMADHAN QUE ACHMAD: Adab Memuliakan Tetamu

7/29/2012 01:53:00 pm

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam silaturrahim buat semua Sahabat-Sahabat Abe ini. Terima kasih kerana korang cukup setia Mentaati Suruhan ALLAH. Tiada kata indah yang dapat Abe ucapkan hanyalah “berterima kasih” kerana sudi membaca hasil Nukilan Abe walaupun tak seberapa namun dirimu tetap menjadi sahabat setia Abe selama ini. Pada hari yang damai ini, terdetik dihati Abe ingin berbicara sesuatu yang mungkin ada di antara kita yang pandang remeh tentang satu hal yang sangat dituntut oleh agama kita Islam. Oleh itu, bicara pada petang ini adalah berhubung dengan akhlak dan adab kita ketika melayan tetamu sama ada tetamu itu di rumah, di pejabat dan sebagainya.

“Adakah sebelum ini Abe melayan tetamu-tetamu yang hadir ke rumah Abe dengan baik?”.
“Adakah Abe mengikuti adab-adabnya sepertimana yang dianjurkan oleh agama Abe, Agama Islam?”

Inilah persoalan yang timbul dibenak fikiran Abe ketika ini. Mungkin juga korang berfikir persoalan yang sama. Justeru itu, pada kesempatan ini Abe memohon ampun dan maaf kepada mereka yang pernah bertamu ke rumah Abe seandainya layanan dan sambutan kehadiranmu sebelum ini kurang memuaskan hati dan andainya terguris perasaan.
baca lagi KLIK SINI
Dengan demikian, Abe tuliskan bicara ini adalah sebagai usaha ke arah memperbaiki diri Abe, dirimu dan kita semua agar segala sesuatu yang dilakukan dalam kehidupan seharian kita mengikuti akhlak dan adab yang telah diajar oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW serta mengamalkannya. Makanya terimalah bicara Abe yang berjudul : Adab Memuliakan Tetamu. (Sabda Rasululah S.A.W)

Tetamu ialah orang yang datang menziarahi kita. Sebagai tuan rumah kita hendaklah melayan tetamu dengan baik dan beradab. Antara adab-adab memuliakan tetamu ialah :
  • Kita hendaklah menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka.
  • Sebagai tuan rumah, kita hendaklah menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.
  • Wajib menutup aurat.
  • Menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika bercakap.
  • Menyediakan makanan dan minuman mengikut kemampuan.
  • Memastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas.
  • Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang.
Itulah sebahagian adab-adab yang perlu di amalkan ketika memuliakan tetamu yang hadir mengziarahi kita. Apabila mengamalkan adab-adab tersebut, maka banyak faedah dan manfaat yang kita perolehi. Antaranya ialah :
  • Mendapat rahmat daripada Allah SWT.
  • Dapat mengiratkan hubungan silaturrahim.
  • Orang yang melayan tetamu akan dihormati dan disanjungi oleh orang lain.
  • Disayangi dan dicontohi oleh masyarakat.
Manakala sekiranya tidak mengamalkan adab-adab memulia tetamu sepertimana yang disebut di atas, maka akibatnya adalah :
  • Dibenci oleh Allah SWT dan manusia.
  • Mendapat dosa.
  • Merenggangkan hubungan silaturrahim.
  • Tidak dihormati oleh masyarakat.
  • Menimbulkan fitnah.
Dengan bicara ringkas ini, harapan Abe agar ia dapat menjadi panduan dan pedoman dalam kehidupan kita seharian. Untuk diri Abe, dirimu dan kita semua. Semoga kehidupan kita diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.

Ya Allah…Kami hamba-MU yang lemah lagi daif, ampunilah segala dosa-dosa kami…Kami juga memohon kepada-MU agar ENGKAU kurniakan kepada kami akhlak yang baik sepertimana akhlak para nabi dan para sahabat serta kekasih-MU Ya Allah…Tuhan Semesta Alam….Amin. 

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

You Might Also Like

6 comments

  1. 1. meriahnya gambar.
    2. betul.. adab melayan tetamu tu perlu.

    ReplyDelete
  2. ye btl tu..
    kalau kita muliakan, hormat & sayang tetamu kita pasti org pun akan syg kita sama

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang bagus.. teruskan =)

    Salam kunjungan dari Admin Blogger Selangor.
    www.shahrulhairy.com

    ReplyDelete
  4. wajib meraikan tetamu...
    kunjung balas...
    done folo...

    ReplyDelete
  5. As salam...

    Tetamu itu rezki dr Allah, jd kita layan dgn tutur adab org melayu penuh kesopanan, tak kira yg dtg dr kaum/agama apa, yg penting org dtg cara baik, kita sambut dgn baik...
    Kekurangan atau kelebihan pasti ada, jnji kita dh bt terbaek untuk tetamu kita...
    Kannn....

    Raya nnti dtg rumah ye :)

    ReplyDelete
  6. Kunjung balas....

    TQ follow dan entry ini sesuai sesangat dgn aidulfitri yang bakal menjelang ...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad