Monday, 9 July 2012

TERKINI: Amukan Pedang Samurai Di Perkarangan JPM, Putrajaya


Tengah memandu tadi, Abe dapat panggilan daripada rakan2 dari JB & Kelantan bertanyakan pasal amukan di Perkarangan JPM Putrajaya. Pastu pulak, Ben Ashaari juga ada maklumkan pasal ni pada Abe disamping rakan2 Wassap... Terus Abe hubungi kawan kat sana untuk buat pengesahan pasal hal ni... Sumber terkini dari Hospital Putrajaya bagitau yang lelaki yang ditembak tu dah meninggal dunia di Hospital manakala perempuan pasangannya itu masih lagi dirawat di Hospital Putrajaya.

Ni keratan daripada link yang member Wassap Abe bagi. Link daripada Utusan Online:-

PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan cermin sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.

Credit to: KakiSembang yang berada LIVE di Perkarangan JPM Putrajaya. Yang ni pula sumber kemaskini TERKINI daripada Sinar Harian Online:-

[DIKEMAS KINI JAM 5.45 PETANG] PUTRAJAYA - Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia. Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur. Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka. Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri. Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.

Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis. Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan. Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari. Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.

Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya.

6 comments:

roym as at: 7/10/2012 12:08 am said...

akhirnya meninggal jugak...innalillah..

www.QueAchmad.com at: 7/10/2012 12:20 am said...

Ajalnya dah sampai, qada & qadar Allah dah tetapkan dia meninggal dengan cara ni, innalillah

Herma Julianny at: 7/10/2012 6:36 pm said...

owh...
dah meninggal rupanya...

Anonymous at: 8/29/2012 3:55 am said...

Thanks for sharing your info. I truly appreciate your efforts and
I am waiting for your further post thank you once again.
Also visit my web site ... credit repair

Anonymous at: 9/15/2012 5:35 am said...

Everythіng is very open with a гeally clear clarificаtіοn of the challenges.

It was truly іnfoгmatiѵе.
Your site is vеry helpful. Mаny thanks
for sharing!
Feel free to surf my blog post : payday loans Online

Gendku Goku at: 3/02/2013 12:51 pm said...

ciannya dia..apsal amuk smpai gtu, siap nak guling krjaan..mgkn , mgkn la dorg ni insan yg trtndas n traniaya.ole sapa pla/x kan dorg p tindas krjaan n yg brkuasa..

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com