Kali ni Abe nak kongsikan dengan korang semua pasal iRehab. Bagi korang yang memang ada sesi rawatan sesi rehabilitasi di hospital tapi korang was-was untuk ke hospital disebabkan penularan pandemic Covid19 ni, disini Abe nak citer pasal iRehab. Korang pernah dengar tak? Apa itu iRehab?
Di iRehab, team mereka berharap agar korang dapat meneruskan sesi rawatan korang seperti yang di syorkan kerana rehabilitasi adalah keperluan terutamanya selepas stroke. Mereka percaya disebabkan pandemic ini, korang mungkin menghadapi kesukaran untuk menghadiri sesi rawatan physiotherapy, occupational therapy dan speech therapy kerana semua hospital terutama hospital kerajaan perlu mengurangkan pesakit yang hadir untuk rawatan pada satu masa.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh iRehab ni merupakan satu penyelesaian yang mungkin boleh membantu korang untuk mengikuti rawatan rehabilitasi sama seperti apa yang dilakukan di hospital, tapi dengan harga yang lebih murah. Kat mana? Mesti la dengan iREHAB.
Disebabkan itu, pihak iREHAB ni menawarkan pakej rawatan dengan harga yang rendah dan mampu dibayar supaya pesakit-pesakit yang memerlukan therapy-theraphy tu masih boleh menghadiri sesi rawatan dengan kerap bagi membantu proses penyembuhan.
Apa yang korang perlu lakukan untuk dapatkan harga diskaun ni?? Senang je, korang cuma perlu tunjukkan kad temujanji hospital korang dengan tarikh yang korang kena hadir atau terus je ke iREHAB bersama dengan kad temujanji tu untuk mendapatkan harga diskaun tersebut. Senang kan? Terma dan syarat digunapakai ya