Sahabat Que 'Silent Readers'

FENOMENA: Perkahwinan Muda Syafiq (16 Tahun) & Yana (14 tahun)

7/27/2012 07:03:00 am

Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman Youtube. Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.

Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri. Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang. Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton. Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana. Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.
baca lagi & video, KLIK SINI
Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat. Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.
Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda? Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu.

Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga. Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat. Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.

Mengapa berkahwin muda?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram. “Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36.

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

You Might Also Like

12 comments

  1. ada pro dan kontra nya kahwin muda ni... yang pro nya bleh mengelakkan maksiat... yang kontra nya sejauh mana persediaan pasangan muda tu untuk melayari alam rumah tangga...

    ReplyDelete
  2. apabila berumahtangga setiap pasangan perlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal.apa yang penting ilmu agama, kesabaran yang tinggi.mungkin mereka kahwin muda turut mendapat sokongan dan panduan dari parents mereka sehingga mereka betul2 matang menangani dan mecorakkan hidup mereka sendiri.

    ReplyDelete
  3. hehe.. comel je budak dua org nih.. :D semoga hbgn dorg kekal slamanya..

    ReplyDelete
  4. tahniah,smoga berkekalan dan sabar menempuhi alam rumah tangga dengan bimbingan orang tua insyallah walaupun kahwin muda korang akan bkekalan yang penting sabar,jaga solat, dan tuntut ilmu pengetahuan untuk masa hadapan bersama smoga dmurahkan rezeki dan bahagia selamenye..

    ReplyDelete
  5. semoga rumahtangga mereka berkekalan dan menjadi contoh yang baik kepada mereka yang nak berkahwin pd usia muda..
    nak cemuh2 pun takda gunanya juga, mereka dah selamat nikah dah..
    apapun, diharapkan agar mereka sentiasa mengutamakan pelajaran mereka, lbh2 lagi pada zaman ilmu-ilmuan ni.=)

    ReplyDelete
  6. ehh mudanya, baru tau cite nie bila que update dkt entry. cuma nak ckp moga diorg sama2 pelajari ilmu rumahtangga..

    ReplyDelete
  7. dah fren dah...do hit me back..hehehehe

    ReplyDelete
  8. Salam..tak salah kalau nak kawen muda boleh ngelak maksiat malah inilah jln terbaik drp dok berdating kehulu hilir..pasal pikul tanggungjwb..mungkin parents diorang blh support.. kalau pasal anak tu mungkin mereka blh guna family planning kan...

    ReplyDelete
  9. leeza pun dah tgk video ni. tertanya.. tapi kalau berkahwin itu lebih baik.. itulah sebaiknya.

    ReplyDelete
  10. perkahwinan mereka sungguh meriah dan sooo sweeettt.... :)

    ReplyDelete
  11. Hey there! Do you uѕe Twіtter? Ι'd like to follow you if that would be ok. I'm absοlutely
    еnjоying yоur blog and lοοk forward to
    new upԁates.
    Feel free to surf my website : online loans

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad