Sahabat Que 'Silent Readers'

GEMPAR: Penemuan MAYAT Separuh Badan di DAMANSARA

7/13/2012 10:09:00 am

PETALING JAYA – Penemuan mayat separuh badan yang terkeluar dari longkang berhampiran pasar raya Atria di Jalan SS22/21 di sini, akibat limpahan air hujan menggemparkan penduduk sekitar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat lelaki separuh badan dari paras pinggang hingga ke pergelangan kaki itu ditemui orang ramai pada 12 tengah hari tadi sebelum memaklumkan kepada polis.

“Mangsa dipercayai dihanyutkan ke longkang terdekat berikutan hujan lebat dan terkeluar akibat limpahan air longkang ke jalan,” katanya kepada Bernama melalui sistem pesanan ringkas.

Beliau berkata mangsa memakai seluar jeans berwarna biru dan pihak polis masih mengesan sebahagian lagi mayat dengan menggunakan khidmat unit pengesan anjing K9. Arjunaidi berkata berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai mati lebih dari 24 jam sebelum ditemui dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat. – BERNAMA

mintak tolong sat, tekan SINI pastu LIKE gambar Header Abe ye... Tq, Jasamu Dikenang

Published with Blogger-droid v2.0.6

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad