Sahabat Que 'Silent Readers'

TIPS: I'm NewBie BLOGGER - 2 Bulan 11 Hari... (Tips Untuk Blogger Baru)

7/15/2012 08:34:00 pm

Salam...

Pengalaman & Pembelajaran telah mengajar Abe banyak perkara... Abe kutip, Abe hayati, Abe bertanya, Abe mencari, Abe belajar, Abe hargai, Abe menilai, Abe pelajari, Abe kongsi, Abe rajinkan diri, Abe bekerjasama, Abe join segmen, Abe join 'Contest'..... Macam2 lagi lah.... Semua tu Abe lakukan sepanjang 2 Bulan 11 Hari ni... Sedikit sebanyak, banyak benda yang Abe dapat dari Dunia Maya ni... Benda baik yang kita kongsi, InsyaAllah ALLAH TAALA akan bantu kita... Sepanjang tempoh ni, Abe lihat sahabat yang terdekat dengan Abe pun telah mula menyokong penglibatan Abe dalam Dunia Maya ni... Tq KakiSembang.com & RonyAnuar.com. Harapan Abe agar semua Sahabat2 Abe, jadilah juga Sahabat2 mereka berdua...

Untuk itu, hasil daripada pembelajaran Abe dalam masa yang singkat ni, kali ini Abe sediakan satu kajian titipan khas buat blogger-blogger yang baru sahaja memiliki blog sendiri. Kita bantu sama2 kita ye... 'Support Each Other', bersaing cara sihat... InsyaAllah akan diRedhaiNYA... Harap2, TIPS2 kat bawah ni dapat membantu, sepertimana dulu Abe telah DI BANTU... Tq kepada Ben Ashaari, Abg Nan Mat Gebu (www.tiffinbiru.com), Geng Whatsapp Alamanda SPA & Resort (Ben, Fiza, Qaseh, Sue, Yanty, Mieza, Mk Syahir, Sis Lin & Cikali), Sahabat Que di www.queachmad.com ni (korang semua la ye, hehehhehe), Bloglist Sahabat Que di Putrajaya & Bloglist Inspirasi Que (korang semua jugak)... Okey, kita teruskan dengan TIPS dari Abe... Harap2 agar ianya dapat membantu korang semua...

1) Mulakan dengan Pengenalan

Nasihat Abe buat blogger baharu, mulakan blog korang dengan entri pengenalan. Ceritakan tentang misi korang untuk blog tersebut. Kenapa korang memilih medium blog, dan siapakah inspirasi korang dalam dunia blog ini? Macam Abe, korang semua dah tahu dah kan? hehhehehe... Ben Ashaari Abe jadikan Idola & Inspirasi Abe dalam dunia maya ni... Pengenalan kena Ringkas dan padat, semua suka dan mesti baca punya.

2) Selaraskan Penggunaan Bahasa

Gunakan bahasa yang korang rasakan sesuai dengan cara penyampaian korang. macam Abe, Abe biasakan diri Abe sebagai 'Abe'. Kekalkan stail bahasa korang. Jika korang menggunakan tatabahasa yang betul, itu lebih baik. :)

3) Sertai Segmen dan Pertandingan

Banyakkan menyertai segmen-segmen dan pertandingan (contest) untuk mempromosikan blog korang. Jika korang menyertainya, sekaligus secara tak langsung korang cuba membiasakan diri korang dalam dunia blog. :)

lagi TIPS, KLIK SINI...
4) Bina Artikel Hebat dan Mantap

Cabar diri korang ! Tulis sebuah rencana yang mempunyai penggunaan ayat yang teratur dan menarik. Jangan lupa untuk masukkan nilai-nilai kemanusiaan sebagai mesej penceritaan korang. :) Penulisan adalah satu satu jihad yang besar.

5) Mesra Facebook dan Shoutbox

Biasakan diri korang mempromosikan blog korang dalam Facebook. Juga biasakan diri korang untuk blogwalking ke blog-blog lain. Mesra Shoutbox / ruangan chat. Sekaligus blog korang akan dikunjungi orang lain.

6) Penggunaan Widget yang Moderate.

Kawal widget korang. Jangan terlalu banyak dan nampak canggih. Widget yang terlalu banyak akan memberatkan blog korang. Biasanya, blogger baru memang akan memasukkan sebanyak yang boleh dalam blog mereka. ini secara tidak langsung, akan memberatkan sekaligus membosankan pengunjung. Jadkan blog korang mesra pengunjung

7) Bina produk sendiri

Produk di sini bermaksud korang cabar diri untuk membuat segmen dan pertandingan sendiri. Sebagai contoh, segmen Bloglist, Giveaway, Cabutan Bertuah, Pertandingan Blog jejaka dan jelita dan macam-macam lagi.

Ini sahaja tips-tips buat blogger baru. Moga ia bermanfaat. Bagi mereka yang mengikut tips di atas, tinggalkan link korang di ruangan 'post a comment' ya.... Untuk komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen...

*Abe harap agar KORANG semua akan kongsikan seramai mungkin TIPS2 ini dengan semua orang... ILMU jangan kedekut... Pada Abe, penulisan adalah sebuah JIHAD... Ganjaran pahala menanti kita kalau kita IKHLAS berkongsi benda yang baik, InsyaALLAH.... Jangan LUPA SHARE YE entri ni.... LIKE skali.. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

You Might Also Like

22 comments

  1. Terima kasih bg info ni... Kena buat semua tips ni baru boleh maju.. Hehehe

    ReplyDelete
  2. sama2... benda yg baik harus dikongsi..... takmo kedekut kedekut :)

    ReplyDelete
  3. Ramai juga yang berkongsi, kita je nak taknak buat... Malas je la alasan yang ade.. Hehehe buat setakat ni, alhamdulillah, masih ikut tips tips gini

    ReplyDelete
  4. terima kasih abe atas nasihat & infomasi tu.. saya pun blogger baru yg baru belajar bertatih dlm dunia blog ni..

    ReplyDelete
  5. tq for info bro, saya budak baru belajar..

    ReplyDelete
  6. ohh gitu. leeza kategori baharu juga tau. sbb byk tak tahu.

    ReplyDelete
  7. first time msuk blog nie...sblu nie xpnh nmpk pn??
    papn salam perkenalan :)

    http://bakul2011.blogspot.com/2012/07/mael-lambong-full-movie-2012.html

    ReplyDelete
  8. bagus info ini ... perlu ada ilmu agar dapat berblog dengan baik, bukan mudah tetapi dalam apa jua benda yang kita suka buat, pasti ilmu itu akan jadi pedamping agar blog lebih maju.

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  9. Assalam.. tq for the info.. sgt2 membantu nie..

    www.ayuhashim.com

    ReplyDelete
  10. thanks for the sharing. im newbie :)

    ReplyDelete
  11. sy pun masih baru dalam berblogging ni... bnyk lg yg perlu sy belajar... tp, dr hari ke hari bnyk ilmu yg saya dapat dlm berblogging... salah satunya apabila terbace entry dalam blog ni...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-kisah-bermula.html

    ReplyDelete
  12. Terima kasih abe.. tips yang berguna juga buat NH yang masih baru.. semoga dengan tips yang diberikan ini dapat memberi semangat buat semua..

    http://blognasirhamzah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Tahniah que..mmg kemah keming

    ReplyDelete
  14. sama2, terima kasih... kita kongsi apa yang petut dalam Dunia Maya ni.... Harap semua dapat berkunjung lagi ke sini...

    ReplyDelete
  15. tq Q atas info di atas..mmm...dah otai tapi saya masih mahu belajar mengenai dunia bog..blog saya agak sunyi kerana kawan2 sebaya saya tak berapa berminat...mungkin sibuk..so, menerawanglah saya di blog adik2 mencari info..ya, yang baik kita kongsi2kn bersama..btw..saya dah masukkan blog Q dlm blog saya...

    ReplyDelete
  16. thanks... cool info..
    berguna sangat... :)

    ReplyDelete
  17. :-) tq sb sama2 support www.queachmad.com

    ReplyDelete
  18. trima kaseh banyak Abe...info yang baik ini bagus bukan sahaja untuk blogger baru...tapi blogger lama mcm kak sya nih pun x tau bender2 nih semua....apa2 pun semua kena belajar kan...sekali lagi terima kasih...:)

    http://danisyakiffli.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. saya kena bca juga ni.......tq abe que

    ReplyDelete
  20. yesss semuaa tips tu sgt bgne utk newbiee.cayok2 jd blogger ngetop.hihihih

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum abe,

    Tips yang sangat berguna, lagi-lagi untuk budak baru macam saya ni.

    http://kisahsigemok.blogspot.com

    Terima Kasih

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad