Sahabat Que 'Silent Readers'

EKSKLUSIF: Kontroversi Erra Fazira - Amar Baharin, BERAKHIR

7/10/2012 04:30:00 pm

Amar Baharin berasa bebas sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan gosip hubungan bersama Erra Fazira. 

KUALA LUMPUR: Amar Baharin Bebas Tidak Lagi Dikaitkan Dengan Erra Fazira. Pelakon Amar Baharin berkata dia berasa semakin bebas sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan dakwaan kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Erra Fazira sebelum ini. Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 27, berkata gosip yang timbul kerana salah faham itu berjaya diatasi dengan baik kerana dia tidak pernah melatah atau mengelak ketika diajukan pelbagai pertanyaan berhubung dakwaan tersebut.

“Sudah tentu sebagai orang baru, saya akui agak terkejut ketika mula-mula dikaitkan dengan gosip hubungan saya dengan dia (Erra) tetapi saya cuba hadapinya dengan tenang dan rasional. Dengan bantuan seorang wartawan senior, salah faham yang timbul itu berjaya dileraikan dan cerita itu tidak lagi diperkatakan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya tidak melakukan perkara seperti yang didakwa,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Sebelum ini, Amar didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra dan dituduh menjadi orang ketiga kepada konflik rumah tangga aktres popular itu. Bekas finalis program Anak Wayang (2009) ini berkata, dia bersyukur kerana perjalanan kariernya bertambah baik dan lancar sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan tuduhan itu. “Sebelum ini, saya risau juga apabila orang mengenali saya kerana kontroversi. Padahal saya dan Erra hanya kenalan artis di lokasi penggambaran kerana kami berlakon bersama beberapa kali. “Kami tidak rapat pun seperti didakwa. Alhamdulillah, kini saya berasa semakin bebas dan tidak lagi tertekan dengan gosip itu dan dapat bekerja seperti biasa tanpa tekanan,” katanya.

Mengenai perkembangan karier, Amar berkata sehingga kini dia masih mencari karakter yang bersesuaian bagi menonjolkan bakatnya kepada khalayak umum. “Saya masih terlalu baru, lebih kurang tiga tahun saja pembabitan dalam bidang lakonan. Saya tidak boleh memilih tawaran kerana masih mencari karakter yang bersesuaian. “Saya mahu menjadi pelakon yang versatil. Setakat ini, saya masih belum mendapat watak yang unik atau benar-benar menguji kemampuan bagi menilai prestasi diri ini,” katanya.

Amar yang baru menamatkan penggambaran drama bersiri Geng Surau musim kedua, kini sibuk di lokasi telefilem Aidilfitri berjudul Pontianak Beraya Di Kampung Batu 2 arahan Michael Ang di samping Didie Alias, Erra Fazira dan Yasmin Hani. Aksi lakonannya boleh ditonton dalam drama Nazihah yang kini disiarkan pada setiap Jumaat pukul 9 malam di TV3.

You Might Also Like

2 comments

  1. Takde plak dengar gossip diorg ni.....
    Baguslah kalau semua dah berakhir.. =D

    ReplyDelete
  2. A'aa...
    tak pernah dgr..
    hehe..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad