Saturday, 28 July 2012

CINTA: Tentang Perasaan Que



Aku takkan lelah menunggu
Hingga waktu ajal menjemputku
Takkan pernah sesalku untuk menunggumu

Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku terbaring
Sampai mati aku akan tetap menunggumu

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu


Ku ingin kau tahu Tentang Perasaan Que
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa hidupku sampai mati

Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap
Akan tetap menunggumu

* Untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

EKSKLUSIF: Gambar Anak Zed Zaidi


Comel gambar anak Zed Zaidi baru sahaja di lahirkan kira kira jam 9.30 pagi semalam. Zed Zaidi menerima anak lelaki dan sekali pandang iras seperti wajah isterinya. Zed Zaidi adalah lelaki yang paling gembira hari ini dengan kehadiran anak sulungnya dan pengalaman berada di dalam bilik pembedahan bersama isteri sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sementara itu, Zed menganggap kelahiran Ryan Ziqry pada bulan Ramadan adalah satu keberkatan buat dirinya serta keluarga dan berharap bayi berkenaan akan menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu dan bapanya. Alhamdulillah, Ryan dilahirkan dalam bulan Ramadan yang mulia dan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan dan tarikh dia dilahirkan iaitu 27 Julai sama dengan tarikh lahir saya, cuma saya 27 Jun.

* Untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

EKSKLUSIF: Kenapa Wanita Mudah Menangis?


"Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, aku membuatnya menjadi sangat utama. Ku ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Ku berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

baca lagi KLIK SINI

Friday, 27 July 2012

FENOMENA: Perkahwinan Muda Syafiq (16 Tahun) & Yana (14 tahun)


Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman Youtube. Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.

Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri. Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang. Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton. Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana. Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.
baca lagi & video, KLIK SINI
Thursday, 26 July 2012

Awan Mengikuti Orang Yang Bertaubat..


Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada jirannya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di tempat lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berjaya menjumpai jirannya itu. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati ORAL seks. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa bersalah. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata," Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Ia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

Wednesday, 25 July 2012

KISAH BENAR: Kasih Seorang Anak...


Petang ni Abe kongsi lagi satu Kisah yang khabarnya juga ianya Kisah Benar tapi telah diadaptasi ke dalam bentuk tulisan... Bukan ceritanya yang penting pada Abe, TAPI ikhtibar dari kisah ini tu pokok pangkalnya yang pada Abe lagi penting... Mungkin korang pernah baca Kisah ini... Apa salahnyakan kalu kita baca sekali lagi....  Jom hayati sendiri Kisah ini... 

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah..... 

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. 
baca lagi KLIK SINI
Tuesday, 24 July 2012

KISAH BENAR: Maafkan Ibu Tidak Sempurna




Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni cerita lama. Abe saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi Abe letak dalam blog ni. Cerita ni telah memberikan ilham kepada kumpulan nasyid FarEast untuk dijadikan lagu... lagu yang sangat sedih...

Cerita ni dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu! Abe cuma berkongsi, ini bukan kisah Abe... Tapi Abe diberatahu, IANYA juga Kisah Benar...

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami. Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini  kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.
baca lagi KLIK SINI

KISAH BENAR : Di Azab dalam KOMA di Tanah Suci


Salam

Pagi yang penuh Rahmat ni, Abe kembali menulis.. Ini juga tentang satu Kisah Benar... Bukan niat Abe nak mengaibkan sesiapa, bukan niat Abe nak memalukan sesiapa, jauh sekali nak ambil perhatian korang untuk sama2 mengainkan orang... Mintak Jauhlah bende2 macam tu... Abe bercerita ni HANYA semata2 untuk mengambil IKTIBAR atas apa yang berlaku... Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua sentiasa...AMIN. Ini adalah KISAH BENAR dari seorang Doktor yang baru Abe kenali... Kiranya di telah jadikan Abe sebagai anak angkatnya sebab katanya Abe tekun belajar sesuatu darinya untuk berikhtiar... Kisah ni untuk renungan bersama ......dan mengambil iktibar darinya.... 

 
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut lagi di Universiti. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. 
 
baca lagi KLIK SINI
Monday, 23 July 2012

SESUNGGUHNYA: Abe bicara tentang TENANG...


"Orang zaman dulu sampai nak beli selimut pun tak ada duit. Ada suami isteri yg tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas tapi alhamdulillah sampai ke tua mereka tak pernah berbalah sampai cerai berai.

Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan dah bercerai. Ini menunjukkan bahagia tu bukan pada harta yg banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ni bukan boleh beli di market, tapi ia datang dari Allah s.w.t"

*Okeylah, untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

KISAH BENAR: Maafkan Cikgu...


sekadar gambar hiasan
Semalaman semalam Abe sekadar menyepikan diri dari berkarya. Pagi yang nyaman ni, Abe bangkit balik menulis untuk berkongsi sesuatu yang Abe rasakan amat berguna & perlu Abe kongsikan dengan korang semua. Ia tentang Hosnudzun (Bersangka Baik). Ini kisah benar pengalamannya beberapa tahun yang lalu yang telah diceritakan oleh Sahabat Abe sabtu lepas.. Tak sangka dalam kusyuk Abe mendengar dia bercerita, terus tergenang air mata tanpa sedar... Ini KISAH BENAR, Abe kongsi dengan korang semua... Harap agar kita semua dapat sesuatu hikmah disebalik cerita ni...

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 Bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. 
baca lagi KLIK SINI
Sunday, 22 July 2012

FAKTA: Perjalanan MATI yang PASTI


Perjalanan menuju kematian telah bermula sebaik kita dilahirkan. Ingat mati adalah penawar untuk kesedihan hati apabila ditimpa ujian. Penghilang rasa nikmat untuk melakukan maksiat. Dan pendorong untuk istiqamah dalam melakukan ketaatan. Ya Allah, bantulah hati Abe untuk sentiasa ingat untuk mengingati kematian. Ramai manusia yang sombong apabila diberi peringatan, sedangkan itulah yang dipertanggungjawabkan kepada kita semasa masih hidup. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada kesombongan. Manusia bebas membuat apa di atas muka bumi ini.. Tapi ingatlah setiap apa yang diperbuatkan, maka diri sendirilah yang akan menjawab dan bertanggunjawab atas apa yang diperbuatkan...

Kematian, itu sesuatu yang pasti. Tidak boleh tidak, setiap hamba Allah akan melaluinya. Memang ramai yang takut mati, terutamanya kepada yang belum bersedia ataupun yang tidak mahu bersedia menghadapinya. Ya, itu adalah perkara yang biasa kita mendengarnya. Apa yang menjadi kekesalan apabila berlakunya keadaan di mana ada yang tahu dan faham, mati itu akan dihadapi pada bila-bila masa tetapi masih boleh menganggapnya sebagai bahan ketawa di dalam perbualan. Andaikan, semasa menuturkan ayat gurauan mengenai ketetapan ALLAH yang misteri itu hanya diketahui oleh Nya, Ketika itu jugalah berakhirnya hayat kita. Bolehkah dijangka ke mana haluan kita seterusnya? 

* Okeylah, untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com