Tuesday, 7 August 2012

PANAS: Lanyak Anak? Bayi 2 1/2 Tahun ditindih oleh 7 ahli keluarga sehingga Mati...



Kejam! Kejam! Kejam!

Itulah ungkapan pertama yang keluar daripada mulut Abe bila Abe baca Metro pagi ni... Bodoh punya keluarga sampai sanggup buat macam tu kat Bayi kecik 2 setengah tahun yang takBerdosa ni... Grrrrrrrrrr, tak masuk akal betul.. Perbuatan bodoh yang pelik ni kononnya dilakukan untuk menghalau HANTU.. Siap boleh panggil sebagai UPACARA lagi, upacara apa yang sampai tahap sebodoh & sekejam ni... Bayi malang ni, Chuah Wan Xuan dikatakan mengalami sesak nafas selepas ditindih oleh 7 ahli keluarga yang terdiri daripada Ibu, Bapa, Nenek, Ibu & Bapa Saudara, Dua Sepupu dan Seorang Pembantu Rumah... Yang paling dasyat sekali, Ibu Bayi malang ni yang turut sama menindih Bayi malang ni mengandung 3 bulan... BANGANG TUL!!!! Huhuhuhu, kurus pahala puasa Abe tak pasal2.... Zalim, zalim, zalim...

Published with Blogger-droid v2.0.6

NGERI: Gambar Mayat Terbiar di Gunung Everest.....


Umum mengetahui yang Gunung Everest merupakan gunung yang paling tinggi di dunia. Disebabkan ketinggiannya itu dan kecantikan pemandangan di situ ramai pendaki di seluruh dunia cuba untuk menawan puncaknya. Kalau nak suruh Abe gi panjat Gunung Everest, mintak maaflah ye... Tau mauuuuuuuuuu... Setahu Abe, dalam aktiviti penawanan puncak Gunung Everest ini lah, ramai pendaki yang kecundang dan mayat mereka dibiarkan sahaja di sana kerana kesukaran untuk membawa mayat-mayat itu turun. Jom kita lihat gambar mayat-mayat yang terbiar tidak dituntut di Gunung Everest.Menyeramkan!

BICARA RAMADHAN QUE III: Taubat Dosa. MASIHKAH ADA TAUBAT BAGI DOSA YANG BERULANG?


berdoa3.jpg

Setiapkali merasakan diri tergelincir melakukan kesalahan, bersegeralah memperbaiki diri dan menebus kesalahan. Jangan biarkan bertimbun kesalahan sehinggakan terPERANGKAP dalam DOSA yang SUKAR diBERSIHKAN... ALLAH Taala Maha Pengampun


Soalan: Prof Madya Dr MAZA, saya seorang pemuda dan sering melakukan dosa. Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri, saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah? Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr berikan nasihat kepada saya?
Ahmad Hafiz, Kuantan.
baca lagi & jawapan Dr MAZA, KLIK TAJUK ENTRI NI....
Monday, 6 August 2012

CINTA: Mahar Jiwa



Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihati melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiapkan bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lamanya disudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah

Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya....

EKSKLUSIF: I'm Sorry. Bukan Rezeki Malaysia & Datuk Lee Chong Wei Menang Pingat Emas Sukan Olimpik London 2012


Alhamdulillah, sejuk hati Abe tengok rakyat Malaysia bersatu hati menyokong DLCW. tolak fahaman politik, tolak pasal bangsa. semua sokong. Alhamdulillah ! tengok TL twitter, tak henti melaungkan #ThanksLCW sampai trending jadinya. Alangkah indahnya jika kita bersatu untuk islam juga begitu :)

Serius Abe cakap, bila terbaca TWEET pertama DLCW selepas game, sebak jugaklah Abe rasa. Yela, korang pun tengok game malam tadi kan? See, he was did the best! Lin Dan kecut perut jugak nak lawan DLCW malam tadi. Serius kagum. atau lebih tepat lagi, Lin Dan menang hanya nasib. Dan jujur, Abe tak nampak DLCW nak menang sebab RM 1 juta yang ditawarkan. Beliau cuma mahukan emas untuk negara. Untuk kita! Okla, Abe taknak bebel panjang, jom kita layan artikel kat bawah ni...
WEMBLEY Arena masih lagi menghadirkan igauan buruk buat Lee Chong Wei yang terpaksa mengakui hakikat dia tetap kedua terbaik kepada Lin Dan. Selepas tewas di Kejohanan Dunia tahun lalu di gelanggang sama, kekalahan 21-15, 10-21, 19-21 di final perseorangan lelaki Olimpik itu bagaikan ulangan skrip buat Chong Wei apabila tewas buat kali kedua berturut-turut selepas Beijing empat tahun lalu.
baca lagi KLIK SINI

EKSKLUSIF: Budak Perempuan Dapat 5 Hari MC. Seharusnya dinasihati, bukan dipersendakan...


Salam.

Korang tau tak sekarang ni yang duk kecoh dalam 'Facebook' ni, hangat jugak la... Alaaaaa, pasal Budak Pompuan yang dapat MC 5 hari tu sebab sakit mata... Pernah dengar tak? Pernah tengok tak? Abe sempat jugaklah tengok video tu dalam Internet tadi... Ikhlas Abe cakap kat sini, Abe tak paham langsung apa yang nak diberitahu dalam video tu.. TAPI Abe adalah terfikir sesuatu dari sisi lain, disebalik video tersebut, ramai yang telah cuma mencari PUBLISITI dengan cara mengambil kesempatan mempersendakan dengan cara yang sama setelah keluarnya video tersebut kat Internet... Kononnya nak buat lawak video balas tapi sedarkah, pada masa yang sama Abe pikir, WAJARKAH mereka2 tu merasa apa yang mereka2 tu buat adalah lawak @ dalam bahasa yang lain, MEMPERSENDAKAN ORANG? Mungkin ada yang akan cakap, memang patut pun budak tu kena persenda, padan muka.. Abe nak tanya sikit, tugas kita ke nak judge2 orang ni? Jawapan Abe, Abe tak layak nak 'judge' orang sebab Abe pun tak 'perfect'...
baca lagi & lagi video KLIK SINI
Sunday, 5 August 2012

EKSKLUSIF: Habuan RM 4 Juta menanti Datuk Lee Chong Wei untuk Pingat Emas Sukan Olimpik 2012


KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya RM4 juta akan berada dalam genggaman Datuk Lee Chong Wei andai jaguh badminton negara itu meraih pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London. Sebanyak RM2 juta berupa wang tunai dan RM2 juta lagi berbentuk jongkong emas bakal menjadi milik Chong Wei yang kini semakin hampir menjelmakan emas sulung Olimpik buat kontinjen Malaysia. Selain RM1 juta yang diberikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada setiap pemenang pingat emas Olimpik, sebuah syarikat perabot, 3V Holdings Sdn. Bhd. turut menawarkan ganjaran yang sama.

Terbaharu, Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) tampil dengan ganjaran tersendiri apabila menawarkan jongkong emas bernilai RM2 juta hanya kepada pemain badminton negara yang berjaya membawa pulang pingat emas dari London. Inisiatif yang dilakukan oleh 3V Holdings Sdn. Bhd., KLRC serta pihak kementerian itu harus diberi pujian kerana ia secara tidak langsung membakar semangat barisan atlet negara meraih emas Olimpik. Diminta mengulas mengenai ganjaran itu, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, ia bakal melonjakkan lagi semangat atlet Malaysia dalam misi memburu emas Olimpik.
baca lagi KLIK SINI

TERKINI: Padah membeli online Sempena Aidilfitri, akhirnya di tipu....


Salam Ahad

Raya dah nak dekat, mungkin masing2 dah beli baju raya dah kot... Pada Abe, Abe hanya pakai baju tahun lepas je. Abe tak kisah sangat bab berpakaian ni, Abe ok je pakai apa2 pun. Lagipun ada selai lagi baju T-Shirt baru yang Abe dah beli, belum Abe pakai lagi.. Pakai yang tu jelah Raya nanti.. Yang Abe dahulukan, baju raya utk Mak, Ayah & Adik2 Abe... Tu paling penting pada Abe.. Abe nak citer ni, masa Abe belek2 KosmoOnline tadi, Abe adalah terpandang artikel ni, tersentap Abe. Bersimpati pun ada... Dunia sekarang, penipuan berleluasa... Ni Abe kongsikan dengan korang semua...

PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima. Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.
baca lagi KLIK SINI

BIAR BETUL: Avanza 2 Versi? Kemek & Tak Kemek?



Kereta apa ni? Peliks nya.... Sungguh, ni kali pertama Abe tengok kereta sepeliks ni. Siap duk parking sebelah menyebelah lagi tu.... Seiring sejalan... Cit, macam lagu Kak Pah je...

Malam tu, Abe ada tanyalah jugak kat Sahabat Abe, apakah model kereta tu? Kemek semacam je... Memula, igtkan kete yg eksiden... Tapi bila dorg eksplain, rupanya kete tu memang model mcm tu, dibuat designnya segitu... Mungkin bagi orang yang berkenan dengan designnya segitu, dorg beli je. TAPI pada Abe, Abe memang langsung tak berkenan... 

Tepuk dada tanya Hati... Awal2 lagi hati Abe dah jawab, TAKMAU!!!

Published with Blogger-droid v2.0.6
Saturday, 4 August 2012

BICARA RAMADHAN QUE II: Sayang, Janganlah Gesel2... Abang Puasa ni :)


Sempena Bulan Ramadhan yang penuh Barakah ni, Abe nak berpesan kepada semua & terutama sekali diri Abe sendiri supaya sebaik2nya, jagalah perilaku untuk hindarkan diri dari membuat perkara2 yang boleh membatalkan puasa @pun mengKuruskan pahala puasa ye... 

Bab gambar kat atas tu, biarlah HANYA gambar tu yg bercerita, hehehhehe. Abe tak nak ulas lebih ye, hhehehhe. ok la, sekian dulu dari Abe di hari yang tenang ni, jumpa lagi ye satgi..... Selamat Berpuasa.....

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

KISAH BENAR: Baju Raya Jadi Penutup Jenazah Sendiri


Ini cerita kelmarin.. Abe dimaklumkan oleh kawan Abe semalam, kejadian ni berlaku kelmarin.. Bila dapat tahu semalam, cepat2 Abe dapatkan maklumat ttg kejadian ni.. Tak banyak maklumat yang Abe dapat, cuma yang ada gambar & sikit kisah oarang yang memula menyaksikan kejadian ni.. Punca kejadian Abe takdapat nak ceritakan sebab Abe takada maklumat tu... Cuma, di hari baik bulan baik ni, Abe mintak kita semua dapat sedekahkan Al Fatihah buat Jenazah... Al Fatihah.. Ni Abe kongsikan cerita menyayat hati ni dengan korang semua...

semalam aku berbuka dalam keta d highway gurun. lepas berbuka aku drive dlm 100meter aku nampak seseorang dh terbaring atas jalan.. aku berenti tolong tapi ada aku ngn sorang lagi yg terlebih dahulu brenti dari aku.. aku tanya abg t0o sepa dia kta dia nmpak berasap pas2 dia tgok2 ada org terbaring atas jalan.. aku p tengok dia dh meninggal..xda spa pun peduli.. 
baca lagi KLIK SINI
Friday, 3 August 2012

MISTERI: Lagi Kisah Tentang Lagu BERHANTU


Sebenarnya, nilah 'Post' yang pertama yang Abe 'create' tapi terpaksa Abe 'Hibernate' dulu atas sebab tertentu... Abe dahulukan dulu untuk 'published' 'post' SERAM: Lagu Ini BERHANTU?  sikit masa dulu... Korang nak layan cerita yang erm... agak mistik jugaklah... Ni bukan cerita baru... Tapi tak ramai tahu. Korang ingat tak lagu Aku Tak Biasa, yang penyanyinya Alda. Tapi ni bukan pasal lagu Aku Tak Biasa... Ni pasal lagu lain. Lagu ini sangat menakutkan ok.. Abe kompem takkan dengar lagu ni waktu malam lebih-lebih di dalam umah ni dan berseorangan..  

Abe agak tertarik dengan nama Alda ini hanya selepas apa yang berlaku pada kawan abe & selepas Abe mendengar cerita kawan seopis Abe.. (credit to: Ina 'Ratu Enterprem' & Zairin)


Sedikit sejarah mengenai Alda Risma.. Penyanyi dari negara seberang, Indonesia ini popular dengan lagu Aku Tak Biasa pada tahun 1998.. Kemudian ditemui mati dalam keadaan tragik dengan terdapat kesan suntikan jarum di tangan di sebuah hotel di Indonesia pada Disember 2006..

baca lagi KLIK SINI

KISAH BENAR: Syahid Ke Jalan ALLAH Walaupun Tak Pernah Solat


Ini seorang lelaki Kristian bernama Husam Mikhail. Dia membantu tentera Bebas Syria dan akhirnya memeluk Islam. Menemui syahid selepas setengah jam memeluk Islam dan tidak pernah solat walau satu rakaat.

Mikhail memperingatkan kita kepada seorang sahabat Rasulullah yang bernama Al-Asiram (atau namanya 'Amru bin Thabit bin Qais) yang memeluk Islam dalam Perang Uhud lalu menemui syahid dalam perang tersebut dan dikhabarkan oleh Baginda SAW bahawa beliau berada dalam syurga Allah.

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

TERKINI: Kemalangan Di Lebuhraya Sg. Besi - KL berhampiran Desa Petaling



Salam

Semasa Abe nak ke Kuala Lumpur, tetiba je Abe terpaksa lalui saat 'jammed' disepanjang perjalanan. Lama tu, dekat sejam jugak Abe terpaksa tunggu. Kemalangan di Lebuhraya Sg Besi - KL berhampiran Desa Petaling melibatkan sebuah Kereta Hybrid dengan Motosikal mengakibatkan kecederaan kepada penunggang motosikal. Melalui pengamatan mata Abe, tiada sebarang kemalangan nyawa berlaku. Cuma terdapat kecederaan fizikal yang teruk kepada penunggang motosikal sahaja sebab Abe dapat tengok penunggang motosikal tu merengkok mengerang kesakitan.

Abe tak dapat lihat dengan jelas bagaimana tahap kecederaan sebenar yang dialami oleh penunggang motosikal tersebut sebab keadaan jalan yang amat 'jammed' sekali. Abe cuma sempat 'snap' gambar dari dalam kereta Abe je. Apa2pun, kita hanya boleh doakan agar mangsa kemalangan berada dalam keadaan yang stabil dan cepat sembuh daripada kecederaan. Kereta @ Motosikal rosak takpe, boleh baiki. Bab yang melibatkan kecederaan pada manusia tu je yang tak sedap didengar, huhuhuhuhu... Ye la, di Bulan Ramadhan yang mulia pulak ni, hurmmmmm... Teringat pulak Kes Tragedi 1 Ramadhan lepas, kematian seorang remaja perempuan di Putrajaya tatkala balik dari membeli juadah & kurma untuk Berbuka Puasa...
Innalillahiwainnailaihirajiun...

Published with Blogger-droid v2.0.6

EKSKLUSIF: Semakin Cantik RITA RUDAINI Bertudung Dengan Sempurna...


Subhanallah, semakin CANTIK bila Rita Rudaini bertudung menutup aurat dengan sempurna... ALHAMDULILLAH.... Harap-harap, dia betul-betul ISTIQAMAH... 

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....
Thursday, 2 August 2012

PANAS: Kenapa Ungkit Kisah Sebelum Hijrah, Soal Aishah..


KUALA LUMPUR: Artis bersuara emas, Wan Aishah Wan Arifin (gambar), melahirkan rasa kesal terhadap pihak tertentu khususnya di kalangan media ingin mendedahkan kisah hidup artis yang lampau. Menurut Aishah, tindakan itu kerana tidak berpuas hati pihak berkenaan terhadap mana-mana artis yang telah berhijrah. “Namanya pun dah berhijrah, buat apa nak ungkit-ungkit kisah lama, dah namapun berhijrah. “Macam kes Abby Abadi ada pihak media yang kata awak mesti ingat ada kisah awak sebelum ni yang boleh dedahkan, betul ke cara macam tu?. Namapun dah berhijrahkan?,”ujarnya.
baca lagi KLIK SINI
Wednesday, 1 August 2012

AL FATIHAH: Isteri Hamil 7 Bulan & Suami Maut Dirempuh Bas Sekolah


KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri, yang menanti kelahiran cahaya mata kedua maut selepas dirempuh sebuah bas sekolah dalam satu kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa Hafeeze Mohd Hanafi, 30, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat. Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata ketika berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, mereka dilanggar bas berkenaan yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa. Beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu. Pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
baca lagi KLIK SINI

EKSKLUSIF: Sharifah Aleya Makin Ayu Bila Bertudung...


PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM Sharifah Aleya mengakui sejak mengenakan tudung bermula 1 Ramadan lalu (21 Julai 2011), dia berasa selesa dan tidak kekok dengan penghijrahan tersebut. Aleya atau Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya berkata, dia enggan berkongsi sebab-sebab perubahan diri itu, namun menyifatkan ia adalah satu transisi normal bagi seorang wanita beragama Islam.

"Alhamdulillah, sepanjang seminggu lebih bertudung, saya tidak berasa kekok, malah selesa dengan penghijrahan ini. "Cuma kalau boleh saya enggan berkongsi kenapa perubahan ini dilakukan. Ia sangat peribadi buat saya. Cukuplah masyarakat dah tahu yang saya dah bertudung dan doakan saya yang terbaik," katanya. Tambah Aleya, dia juga bersyukur dan gembira apabila penghijrahannya itu disokong keluarga serta rakan-rakan dan berharap agar imej sebegitu kekal sehingga akhir hayat.
baca lagi KLIK SINI

INFO: Kadar Zakat Fitrah 2012 / 1433H di Seluruh Malaysia.



EKSKLUSIF: Hafiz AF7 bakal disaman RM200,000.00?



Hafiz disaman Nur haniza
Penyanyi Hafiz (AF) yang popular dengan lagu Awan Nano hari ini di saman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya. Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000. Beliau memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini,menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co. Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan “Salih Yaacob Show” di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara. Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya. Beliau mendakwa tindakan Mohd Hafiz itu menyebabkannya mengalami kecederaanpada bahagian kaki dan beliau juga mendakwa penyanyi itu tidak membantunya.

Nur Haniza mendakwa beliau telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Mohd Hafiz memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Mohd Hafiz menafikan ada mencederakannya. Nur Haniza mendakwa akibat kejadian itu, beliau kini masih merasa sakit pada bahagian kaki kanannya akibat kecederaan yang dialami dan hilang mata pencarian kerana disenaraihitamkan daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro serta terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media. Oleh itu, Nur Haniza menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


sumber: busuk.org
Tuesday, 31 July 2012

Aku Terima Nikahnya...


Buku Aku Terima Nikahnya tulisan Ust Hasrizal @ www.saifulislam.com ni dah Abe khatam buat kali ketiga dalam tempoh setengah tahun lebih kurang (rasanya beli awal tahun 2012). Alhamdulillah, pada Abe, ni buku yang sangat-sangat bermanfaat. Penggunaan bahasa yang ringkas, jalan cerita yang begitu dekat dengan kehidupan seharian kita namun pengisiannya sangat besar dan bermakna. Seringkali Abe malas membaca buku-buku agama sebab pandangan Abe dulu, biasanya buku agama ni bahasa yang digunakan terlalu 'berat' dan keagamaan. Memang betul buku agama bukan bahan bacaan macam novel tapi untuk mengisi ruang masa sebagai pekerja yang sibuk, isteri dan ibu yang tiada waktu rehat, pastinya buku dengan bahasa yang berat dan memerlukan tumpuan penuh bukan menjadi pilihan. Dah berapa banyak buku yang jadi hiasan di atas rak, jadi pekasam dalam kotak. Buku masih baru walaupun dah bertahun usianya. Kalu korang nak tahu, buku Aku Terima Nikahnya ni Sahabat Abe, Dr Noraslinda yang 'rekemen'kan pada Abe untuk baca. Tq Dr.

Namun 'kredit to' Ust Hasrizal. Kualiti buku Aku Terima Nikahnya seindah kulit mukanya. Coretan yang ringkas namun menuntut pemikiran yang mendalam (bagi orang yang nak berfikir). Buku ini teman yang paling setia saat hati Abe dilanda badai. Saat rasa sepi sesepinya, Abe belek buku ini helai demi helai, membaca dalam hening tengah malam. Buku ini juga teman sepi tatkala air mata ini laju membasahi pipi. Juga buku ini menjadi penawar saat Abe rasa beban yang ada tak mampu lagi terpikul. Membacanya membuat Abe belajar melihat kehidupan melalui sisi lain. Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah.


*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

RIUH: Bila Orang Bujang Memasak...


Salam.

Bulan Puasa ni Abe sebenarnya kurang rajin sikit kalu nak memasak ni.... Kalu bulan2 lain, ok la sikit... TAPI, Ahad lepas taktau la kenapa, Abe tetibe je rajin nak masak, hehehehehe.. Special lak tu... Siap sempat 'posing' lagi... Kalah PCM bila Abe masak... Sis Lin pun kalau jugak.. Hehehe... Sup Ikan Bilis berlauk Ayam + Isi Kerang... Pergh, MELETUP!!! Menu Special yang memang xdak jual d mana2 kedai tu... Hehhehhee

Pastu, menu lain lak ada Ikan Keli BlackPepper Goreng, Brokoli+Bunga Kubis Fresh... & menu utama 'Budu Cincang Bawang berLada' Air pulak, Fresh Pineapple Juice Blended... Lepas makan, terus kenyang memBuntal...
lagi gambar menarik, KLIK SINI

KISAH BENAR: 7 Perkara Ganjil Yang Dialami Si Penggali Kubur


Salam

Lama benar dah Abe tak berkongsi dengan korang semua tentang kisah benar... Pepagi segini, Abe kembali berkongsi... Kisah Benar ni takde sikitpun berkaitan berkaitan dengan Hantu @ Jin.. So, korang jangan takut ye untuk baca... Ia cuma berkaitan Iktibar yang kita boleh dapat... Harap kita semua dapat sesuatu Pengajaran dari Kisah Benar ni.. InsyaAllah... Kisahnya macam ni, terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya mengadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
baca lagi KLIK SINI
Monday, 30 July 2012

TERGEMPAR: Eksekutif Pentadbiran Wanita TV9 Ditemui Mati Di Kediamannya..


  Allahyarhamah Syaliza Jaafar

Seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat Syaleza Jaffar, 31, ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah, pada kira-kira 7 malam. "Mayat mangsa ditemui di bilik kedua rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu dan buat masa ini ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sungai Buloh di sini. 

Jaffar berkata Syaleza menghubungi ibunya pagi semalam dan memberitahu dirinya tidak sihat. "Selalunya dia akan berbual panjang tetapi semalam perbualannya tidak lama," katanya yang tinggal di Segamat, Johor. Beliau berkata Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernamai kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sementara itu, bapa mangsa Jaffar Bakri, 60, berkata beliau hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anak sulungnya. "Anak saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh suami Syaleza kira-kira 9.30 malam tadi," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sungai Buloh di sini. Jaffar berkata Syaleza menghubungi ibunya pagi semalam dan memberitahu dirinya tidak sihat.

"Selalunya dia akan berbual panjang tetapi semalam perbualannya tidak lama," katanya yang tinggal di Segamat, Johor. Beliau berkata Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama

Sekadar Perkongsian Que



*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

CINTA: Lafaz Kasihku Padamu




Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut wajahmu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Published with Blogger-droid v2.0.6

Kenapa Penghijrahan Abby Abadi mula dipersoal?


Sejak Akhir2 ini Twitter Abby Abadi makin panas dgn pelbagai komen positif dan negatif mengenai pendirian beliau.. ada yg suka ada yang tidak.. Kepada peminat tegar atau sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan status Abby Abadi di Twitter, pastinya sedia maklum bahawa selebriti ini kini sedang sibuk berdakwah dengan cara tersendiri. Meskipun baru-baru ini Dato' Ac Mizal mencabar aktres dan bekas penyanyi kumpulan wanita popular, Elite ini berdebat mengenai isu ISA & PDRM, Abby nampaknya tetap dengan pendirian, hijrah dan dunia baru agama dan politik beliau kini. Pada hari Selasa minggu lepas Abby menerusi laman Twitter miliknya menulis bertanya pandangan tentang senario kini di mana ramai wanita tidak menutup aurat dan ia seakan menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat.
Abby dalam tulisannya (yang telah distruktur semula) berkata, "Kenapa ya ramai wanita yang rasa tidak menutup aurat pun tidak mengapa? Free-hair itu tidak berdosa? Ada yang boleh beritahu sebabnya kenapa? Kita kongsi, mahu tahu boleh? "Pandangan dan pertanyaan Abby itu rata-rata telah mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak tidak kurang juga yang menyokong Abby sehingga terciptanya hastag #teamabbyabadi
Antara komen pengguna Twitter berbunyi;
Harits Asyraf Karev @HaritsKarev 
aku menyampah buat story abby abadi.. orang lain berhijrah jugak.. taklah mcm kau!!! sendiri persoal orang, sendiri jawab balik!!
baca lagi KLIK SINI
Sunday, 29 July 2012

BICARA RAMADHAN QUE ACHMAD: Adab Memuliakan Tetamu


Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam silaturrahim buat semua Sahabat-Sahabat Abe ini. Terima kasih kerana korang cukup setia Mentaati Suruhan ALLAH. Tiada kata indah yang dapat Abe ucapkan hanyalah “berterima kasih” kerana sudi membaca hasil Nukilan Abe walaupun tak seberapa namun dirimu tetap menjadi sahabat setia Abe selama ini. Pada hari yang damai ini, terdetik dihati Abe ingin berbicara sesuatu yang mungkin ada di antara kita yang pandang remeh tentang satu hal yang sangat dituntut oleh agama kita Islam. Oleh itu, bicara pada petang ini adalah berhubung dengan akhlak dan adab kita ketika melayan tetamu sama ada tetamu itu di rumah, di pejabat dan sebagainya.

“Adakah sebelum ini Abe melayan tetamu-tetamu yang hadir ke rumah Abe dengan baik?”.
“Adakah Abe mengikuti adab-adabnya sepertimana yang dianjurkan oleh agama Abe, Agama Islam?”

Inilah persoalan yang timbul dibenak fikiran Abe ketika ini. Mungkin juga korang berfikir persoalan yang sama. Justeru itu, pada kesempatan ini Abe memohon ampun dan maaf kepada mereka yang pernah bertamu ke rumah Abe seandainya layanan dan sambutan kehadiranmu sebelum ini kurang memuaskan hati dan andainya terguris perasaan.
baca lagi KLIK SINI

ILMU: berKAWAN vs berSAHABAT


Pada Abe, berkawan dan bersahabat, lain prinsipnya.. Berkawan, bergelak bersama.. Bila bermasalah, kawan blah dulu.. Bersahabat, sewaktu gelak mahupun menangis.. mereka tetap disisi..

"Persahabatan bukan tentang siapa yang datang lebih dulu dan bukan siapa yang lebih lama kamu kenal tapi mereka yang datang dan tak pernah pergi....!!!

"SAHABAT.. bukan berjalan seperti GUNTING yang lurus,yang selalu memisahkan yang bersatu. Tapi SAHABAT itu berjalan seperti JARUM... mesti pun menusuk dan menyakitkan, tapi ia meyatukan yang terpisah.Terkadang kita keras dan kasar berbicara tapi hati tiada niat untuk melukai. SAHABAT bukan untuk jadi teman masa senang serta bukan sekadar teman untuk melepaskan duka... tapi teman saling mengingati, peduli dan tanpa ada rasa iri hati, selalu berkongsi suka dan duka kehidupan serta belajar saling mengerti dan memaafkan..

* Abe sayang sahabat Abe semua *Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

Saturday, 28 July 2012

CINTA: Tentang Perasaan Que



Aku takkan lelah menunggu
Hingga waktu ajal menjemputku
Takkan pernah sesalku untuk menunggumu

Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku terbaring
Sampai mati aku akan tetap menunggumu

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu


Ku ingin kau tahu Tentang Perasaan Que
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa hidupku sampai mati

Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap
Akan tetap menunggumu

* Untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

EKSKLUSIF: Gambar Anak Zed Zaidi


Comel gambar anak Zed Zaidi baru sahaja di lahirkan kira kira jam 9.30 pagi semalam. Zed Zaidi menerima anak lelaki dan sekali pandang iras seperti wajah isterinya. Zed Zaidi adalah lelaki yang paling gembira hari ini dengan kehadiran anak sulungnya dan pengalaman berada di dalam bilik pembedahan bersama isteri sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sementara itu, Zed menganggap kelahiran Ryan Ziqry pada bulan Ramadan adalah satu keberkatan buat dirinya serta keluarga dan berharap bayi berkenaan akan menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu dan bapanya. Alhamdulillah, Ryan dilahirkan dalam bulan Ramadan yang mulia dan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan dan tarikh dia dilahirkan iaitu 27 Julai sama dengan tarikh lahir saya, cuma saya 27 Jun.

* Untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

EKSKLUSIF: Kenapa Wanita Mudah Menangis?


"Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, aku membuatnya menjadi sangat utama. Ku ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Ku berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

baca lagi KLIK SINI

Friday, 27 July 2012

FENOMENA: Perkahwinan Muda Syafiq (16 Tahun) & Yana (14 tahun)


Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman Youtube. Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.

Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri. Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang. Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton. Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana. Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.
baca lagi & video, KLIK SINI
Thursday, 26 July 2012

Awan Mengikuti Orang Yang Bertaubat..


Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada jirannya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di tempat lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berjaya menjumpai jirannya itu. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati ORAL seks. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa bersalah. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata," Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Ia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

Wednesday, 25 July 2012

KISAH BENAR: Kasih Seorang Anak...


Petang ni Abe kongsi lagi satu Kisah yang khabarnya juga ianya Kisah Benar tapi telah diadaptasi ke dalam bentuk tulisan... Bukan ceritanya yang penting pada Abe, TAPI ikhtibar dari kisah ini tu pokok pangkalnya yang pada Abe lagi penting... Mungkin korang pernah baca Kisah ini... Apa salahnyakan kalu kita baca sekali lagi....  Jom hayati sendiri Kisah ini... 

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah..... 

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. 
baca lagi KLIK SINI
Tuesday, 24 July 2012

KISAH BENAR: Maafkan Ibu Tidak Sempurna




Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni cerita lama. Abe saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi Abe letak dalam blog ni. Cerita ni telah memberikan ilham kepada kumpulan nasyid FarEast untuk dijadikan lagu... lagu yang sangat sedih...

Cerita ni dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu! Abe cuma berkongsi, ini bukan kisah Abe... Tapi Abe diberatahu, IANYA juga Kisah Benar...

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami. Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini  kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.
baca lagi KLIK SINI

KISAH BENAR : Di Azab dalam KOMA di Tanah Suci


Salam

Pagi yang penuh Rahmat ni, Abe kembali menulis.. Ini juga tentang satu Kisah Benar... Bukan niat Abe nak mengaibkan sesiapa, bukan niat Abe nak memalukan sesiapa, jauh sekali nak ambil perhatian korang untuk sama2 mengainkan orang... Mintak Jauhlah bende2 macam tu... Abe bercerita ni HANYA semata2 untuk mengambil IKTIBAR atas apa yang berlaku... Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua sentiasa...AMIN. Ini adalah KISAH BENAR dari seorang Doktor yang baru Abe kenali... Kiranya di telah jadikan Abe sebagai anak angkatnya sebab katanya Abe tekun belajar sesuatu darinya untuk berikhtiar... Kisah ni untuk renungan bersama ......dan mengambil iktibar darinya.... 

 
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut lagi di Universiti. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. 
 
baca lagi KLIK SINI

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com