Saturday, 7 July 2012

Kemalangan Ngeri Di Jalan Pantai, Kuala Terengganu



Dekat sejam Abe terpaksa mengharung 'Jammed'... Abe memang dah dapat agak dah mesti ada 'eksiden' teruk... Bila dah dekat, memang betul 'jammed' ni sebab 'eksiden'... Melibatkan 2 kereta & 1 van.

Difahamkan, yang dalam Van tu penumpangnya semua Jemaah Bakal Haji yang baru balik daripada Kursus Haji kat Kuala Terengganu yang terdiri daripada warga emas.. Ada 4 kehilangan nyawa sebab Abe nampak ada 4 orang mangsa yg bergelimpangan ditutup dengan kertas surat khabar. Mangsa mati tersepit pada Van yang terbalik. Pastu Abe tgk ada sorang mangsa sedang nazak. Abe takla pulak amik gambar dalam zoom dekat sebab tak sampaihati. 2 kereta lagi tu Abe tak tahu macamana keadaan dorang sb kereta tu terPerosok dalam semak. Sebijik Wira & sebijik lagi Kenari..

*Apa2pun, kita semua sedekahkan Al-Fatihah mangsa yang terkorban

Published with Blogger-droid v2.0.6

Murahnya Makanan Di Sini.. Restoran Nasi Ulam Kg Kraftangan - Cikgu Nasi Ulam, Kota Bharu



Salam...

Hari ni Abe adalah berkesempatan singgah makan di sini... Banyak pilihan Waaaa cakap luuuu... Sedap pun sedap... So, bila sampai je kat sini, Abe terus je amik lauk pauk yg Abe nak, banyak jugak la Abe rembat... Kalau nak diikutkan, mau semua jenis lauk pauk Abe nak cuba... Hasilnya, yang terpilih je Abe amik dulu, selenihnya lain kali ye....

Bermulalah episod makan2 sorang2..... Pastu datanglah sorang kakak ni, utk kiraaaaa harga... Tup2, dia bg kertas yg bertulis harga, MAK AI.... MURAHNYAAAAAAAA....... Sebegini banyak makan, sebegini banyak lauk pauk, HANYA RM9.00.... Murah rezeki pemilik kedai ni, patutla ramai semacam je orang datang...

*Agak2 koranglah, ada lagi tak Restoran2 kat negeri lain selain Kelantan yang murah segini? Hehhehehhe
Published with Blogger-droid v2.0.6
Friday, 6 July 2012

KISAH BENAR: Mimpi KEMATIAN yang benar-benar TERJADI...


Arwah Mohd Ranoorsyam, Al-Fatihah
Salam

Al-Fatihah... Terlebih dulu Abe harap kita semua akan sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Mohd Ranoorsyam yang telah pulang ke Rahmatullah pada tahun lepas... Abe tidak mengenali Arwah... Arwah ni ialah kawan kepada 'housemate' KakiSembang[dot]com. Apa yang Abe tersentuh mengenai Arwah ialah pengalaman beliau KE ALAM BARZAH yang telah di alaminya dalam mimpi sebelum Arwah benar2 Pulang Ke Rahmatullah... Di sini Abe kongsikan dengan korang... Arwah membiasakan dirinya sebagai PakDo... Abe amik tulisan Arwah ni dari dalam Blog milik Arwah... INI KISAH BENAR... Korang baca sendirilah....

Sesekali masih terkenang.... mimpi pakd0..

ermmm..selepas pakd0 baca cerita 'Jubah untuk Ibu' kembali terkenangkn mimpi pakd0 xlama dulu...mimpi ni masih lagi kuat dlm kepala 0tak yg sudah berkarat nih... sayu jer bile teringat mimpi tu..

0k la kali ni pakd0 nk k0ngsi mimpi tu bersama2 teman... walaup0n mimpi ni mmg xbest tp inilah mimpi paling pakd0 ingati sepanjang hidup dan pakd0 akan mengalaminya suatu hari nanti.. k0mpemm!!!

mimpi nye lebih kurang macam ni la... pakd0 sakit dan terlantar kat rumah baru family pakd0.. xsure sakit ape.. tp yg pakd0 ingt mase tu da hmpir hayat dah... mimpi tu start nga da nk nazak.. pakd0 lihat family rapat semua ada dan sedang baca surah Yasin.. ermm pakd0 tau pakd0 dah nk mati time tu.. b0nda tersayang duk tepi pakd0 dgn air mata bercucuran.. abah pakd0 berada di tepi kepala.. muka abah cukup tenang time tu walaup0n dia tau pakd0 sedang sakaratul maut... abah mengajar pakd0 kalimah tauhid.. sayu jer suara abah.. pakd0 terasa ketenangan abah cukup tinggi.. pakd0 cuba mengikuti kalimah tauhid yang diajar abah.. tangan pakd0 digenggam erat 0leh abah.. "ikut abah, La ila ha illallah" ucap abah dgn tenang.. pakd0 masih ingat suara abag smpi ke hari ini.. pakd0 juga masih ingt, pakd0 sudah xmerasa kaki, perut dan hanya b0leh merasa hangat tangan abah..

selepas pakd0 mengucapkn kalimah tauhid.. pakd0 sudah tidak berada bersama jasad pakd0.. pakd0 di awan-awangan.. sakitnyer pakd0 xleh nk ccerita kat sini.. terlampau sakit dan pakd0 xmampu membuka mata kerana sakitnya sakaratul maut... sedar jer pakd0 dah berpisah dgn jasad yg bersama pakd0 selama lebih 25 tahun... sayu jer tgk b0nda, abah adik2 menangis melihat pakd0 yg sudah terbujur kaku di ruang tamu.. pakd0 lah 0rg pertama yg mati di rumah baru abah.. dari atas pakd0 hnya mmpu melihat b0nda mengucup dahi, mencium pipi, mendakap erat pakd0... tp pakd0 hanya mampu melihat... abah menutup wajah pakd0... tenang setenangnya pakd0 teng0k abah.. walaup0n mata abah sudah mengalir air jernih.. tp abah cukup tenang.. adik2 pakd0 datang mencium seorang demi seorang.. air mata adik2 membasahi dahi dan pipi pakd0...

semakin ramai datang ke rumah pakd0.. masing2 mengucapkan takziah.. b0nda masih menangis dan masih setia di sisi jasad pakd0... setiap kali kain di wajah dibuka utk ditatap saudara mara, b0nda akan menangis.. pakd0 xlama di ruang tamu... abah dan adik lelaki pakd0 datang menghampiri jasad pakd0.. pakcik pakd0 juga ada, atuk pakd0 juga ada.. pakd0 diusung dgn penuh lemah lembut ke belakang.. pakd0 diletakkan di atas tempat mandian.. b0nda tetap setia mengiringi pakd0.. ketika pakd0 itu pakd0 sudah kembali ke jasad pakd0.. terasa pedih sakaratul maut masih terasa.. abah dan se0rang ustaz memandikan pakd0.. curahan pertama air ke jasad membuatkn pakd0 ingin menjerit.. terasa sangat sakit.. sejuk sangat walaup0n air paip jer.. abah mengusap lembut pakd0... disabun, dig0s0k2 jasad pakd0.. ketika mandi p0n terasa sakit.. nk jer pakd0 bersuara.. "sl0w ckit sakit" tp pakd0 sudah hilang nikmat bersuara.. walaup0n dimandikan dgn penuh kelembutan, sakit tetap terasa...

pakd0 dilap 0leh abah dan ustaz.. pakd0 kembali diusung ke ruang tamu.. pakd0 mencari2 teman2, kawan, sahabat pakd0.. sedih dan sayu jer. s0rang p0n xde, xdatang.. yg datang agak ramai, tp pakd0 xkenal.. muda2 berjubah dan berserban.. semua memenuhi halaman rumah... s0rang p0n pakd0 xkenal.. pakd0 dikafankan 0leh ustaz dan abah... abah masih lagi tenang... cukup2 tenang... setelah siap dikafankan.. abah memanggil b0nda, adik2 dan keluarga yg lain.. pakd0 masih ingt ayat abah " siap d0h ni, mari sap0 n0k kucup.. last d0h ni, lepah xleh d0h jup0.." suara abah cukup tenang.. b0nda 0rang pertama mengucup dahi pakd0.. pipi pakd0.. bahu pakd0 dipegang erat b0nda.. terasa hangat bibir b0nda mengucup pakd0.. adik2 s0rang demi s0rang mengucup dahi dan mencium pipi abang sulung mereka.. pakd0... masing menahan sebak.. pakd0 hanya diam.. sedih melihat mereka semua.. setelah semua mengucup dan mencium pakd0.. abah menjadi 0rang terakhir mengucup dahi pakd0, mencium pipi pakd0.. ketika itulah abah kelihatan sangat sedih.. mata abah bergenang dgn air mata.. maklumlah kucupan terakhir buat anaknya... wajah pakd0 ditutup dan pakd0 diangkat da di sembahyangkan... anak2 muda berjubah dan berserban memenuhi ruang tamu dan smpi kebahagian belakang, mereka berjemaah menyembahyangkan pakd0... abah dan adik ada bersama..

selepas selesai, bermulalah perjalanan terakhir pakd0.. kali ni pakd0 dah xpulang lagi ke rumah baru abah... sampai di kubur.. pakd0 dikebumikan bersama2 arwah m0yang, arwah ibu saudara pakd0.. abah dan adik berada di dalam liang lahat menyambut pakd0... abah membuat bantal dari ketulan tanah untuk pakd0.. diletakkan di kepala pakd0... pakd0 mengadap Kiblat... kali ni pakd0 sudah tidak b0leh melihat dunia luar.. tidak sperti sebelum dikebumikan.. abah menimbuskan liang lahat dgn penuh tertib.. perlahan jer.. sakit yg amat apabila tanah terkena pakd0.. seperti dihempap batu.. cukup sakit... sehinggalah pakd0 sudah tidak dapat mendengar suara dari luar.. cukup sunyi kese0rangan...

dan ketika itulah pakd0 tersedar dari tidur... air mata mengalir ke pipi.. pakd0 masih hidup dan masih terasa sakit di seluruh badan... itulah mimpi yg pakd0 alami... masih kuat dlm ingatan pakd0... sbb itulah pakd0 b0leh menceritakan satu persatu mimpi pakd0...

dan yang pasti pakd0 akan merasai semula mimpi pakd0.. itu janji yang pasti..

SEMOGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH ARWAH & MENEMPATKAN ARWAH DALAM KALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN...... AMIN

Boleh Ke Umat Islam Pegang & Bela Anjing?



gambar sengaja Abe 'blur'kan ye....
Salam...

Dah lama dah Abe dengar pasal isu ni... Korang pun tahu kan, isu ini jadi persoalan bg sesetengah pihak selepas tengok beberapa gambar kontroversi orang melayu peluk anjing di internet. Sebenarnyan najis anjing dan babi adalah najis berat (mughallazah ). Jika terkena ataupun terpegang dlm tngn basah maka kena basuh 6 kali dengan air mutlak bersertakan sekali air tanah..

Hukum membela anjing untuk tujuan suka-suka tidak dibenarkan didalam islam mengkut mazhab syafie.. Malaikat tak masuk rumah. Tapi ulama menggariskan jika untuk tujuan manfaat maka diharuskan. Seperti rumah2 menteri, atau orang kaya.. Hukumnya harus membela anjing bagi menjaga keselamatan hartanya atau kedainya.. Tapi bukanlah pula untuk belaan seperti bela kucing dlm rumah..

Dan hukum membela anjing untuk menjaga kebun juga adalah harus. Sama juga hukum menggunakan khidmat anjing untuk membanteras jenayah. Hukumnya harus (maksud harus adalah tiada salah disisi islam). Berdasarkan hujjah2 ini jugalah anjing tidak menjadi masalah besar dlm Islam.
Kalau kita tengok beza antara anjing dngn manusia yg tak beriman. Lebih mulia anjing lagi.. Sebabnya anjing tak masuk neraka pun. Jadi anjing tak hina. Sedangkan manusia yg engkar pd Allah lebih hinadari anjing. Ini jg dijelaskan ulama.

Islam mengharamkan umatnya membunuh anjing normal. Tapi anjing gila dibenarkan sebab mengancam nyawa. Mesti korang pernah dengar kisah bagaimana seorang pelacur masuk syurga disebabkan beri minum kpd anjing. Cerita ini menjelaskan anjing itu patut disayangi. Disayangi bermaksud tidak diseksa, jika dia kelaparan diberi pula makan. Besar pahala beri makan kpd anjing yang kelaparan. Jadi pada Abe, kenapa kita mesti benci anjing, anjing bukannya ahli neraka seperti golongan manusia dan jin yg tak beriman dan syaitan yg sombong.

Kesimpulannya anjing tak salah pun nak pegang walaupun tangan basah. Cuma kena sucikan balik lah supaya sah solatnya. Tapi kembali pula pada tujuan asal Abe tulis ' entri' ni, atas tujuan apakah pula untuk memegang anjing. Jika releven maka haruslah memegangnya. Sebab itu pelajar varterina diharuskan memegang anjing dan babi walaupn tangan basah. Sebab mereka belajar benda tu. Tapi dengan syarat mereka kena sucikan balik lah dngn 6 kali air mutlak dan sekali air tanah. Itu saja.

Sebab dah terkena najis. Cuma persoalannya lani adalah apakah motifnya memeluk anjing dan babi? Apakah motifnya bermain dngn anjing dan babi? Adakah begini caranya menzahirkan kasih sayang antara manusia dngn anjing dan babi? Kenapa tak bawa tidur skali anjing dan babi di dalam bilik? Jadi cara kita zahirkn kasih sayang kpd anjing adalah memadailah sekadar kita bantu anjing yang kelaparan, tidak menyeksanya dan merawatnya jika haiwan ini dalam kesakitan jika kita mampu rawatnya. 

Ingat, HARAM hukumnya membela anjing di dalam rumah untuk suka-suka. Tapi kalau untuk manfaat seperti jaga kebun ke diharuskan syarak. Ataupun anda terlalu kaya, bela anjing untuk keselamatan diri dan harta. Hukumnya harus.Tapi tempatnya mestilah dikhaskan dan tidak pula berada di dalam rumah bersama-sama anda. Dan bukan pula dijadikan seperti kucing peliharaan, hidup bersama didalam rumah dan bermanja-manja dengannya.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Wanita Muslim



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya. Sayidatina Aisyah bertanya. Mengapa wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah S.A.W; Kerana perempuan tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan. Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan berdosa, Mereka kurang akal dan kurang beragama, sering tertipu dengan pujukan lelaki dan syaitan. Mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dan persekitaran. "Oleh itu wanita harus waspada terhadap sesuatu agar mereka tidak terjerumus ke lembah maksiat yang boleh merugikan diri mereka sendiri. Mereka hendakalah sering bertakwa dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat kepada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki."
(Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:  "Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga kembali ia dan menghulurkan tangan kepada suaminya(meminta maaf)."
(Riwayat dari Hassan)

Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a berkata: "Dunia ini ilah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita(isteri) yang soleh."
(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah lagi: "Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina."
(Riwayat Ahmad , Thabrani dan Hakim)

Sebaik-baik wanita itu adalah tinggal di rumah tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang sering keluar rumah kan dipesonakan oleh iblis. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang akan dia."
(Riwayat Ahmad , Thabrani dan Hakim)

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita, kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli. Diriwayatkan pada suatu hari, ketike Rasulullah s.a.w bersama isteri-isterinya (Ummu Sailmah dan Maimunah) datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum). Rasulullah menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salmah,"Bukankah orang itu tidak melihat kami, ya Rasulullah?"Rasulullah menjawab:"Bukankah kamu dapat melihatnya?"
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Published with Blogger-droid v2.0.6

ALLAH Bersama Orang-Orang Yang Sabar



Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153) 

Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (QS. 18:28)

Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui padamu bahwa ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 8:66) 

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar. (QS. 3:142)

Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan. (QS. 42:43)

*credit to: Lavender Touch Bridal, Kota Bharu...


Published with Blogger-droid v2.0.6

Habis Sudaaaaaaa...... Kenyang Beb!!!



Mengandung ke ape? Huuhhuu, tetiba lak lapar.... So, Abe tak tunggu lama, tepon terus Otai KB ajak p makan Sup Belut.... Segalanya berkaitan Belut.. Hasilnya, LICIN
Published with Blogger-droid v2.0.6
Thursday, 5 July 2012

Uncle Seekers di tahan Reman 4 hari...


SHAH ALAM – Pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan polis malam tadi berhubung penyiaran artikel dalam blognya minggu lalu, yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
Sinar Harian Online difahamkan beliau ditahan di Senawang, Negeri Sembilan kira-kira jam 10 malam sebelum dibawa ke Nusajaya, Johor.
“Saya difahamkan dia ditahan malam tadi. Orang beritahu saya dia ditahan. Saya belum dapat pengesahan. Dia pun belum hubungi saya,” kata bapanya, Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib ketika dihubungi sebentar tadi.
Berdasarkan laporan media 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.
Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.
“Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim ketika dihubungi berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat. (Sinar Harian Online)

Nisfu Syaaban & Pengertiannya...



Nisfu Syaaban adalah hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. ‘Nisf‘ dalam bahasa Arab bermaksud setengah atau separuh. Ini bermaksud Malam Nisfu Syaaban adalah steengah bulan Syaaban atau malam ke-15 bulan Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban. Umat Islam mempercayai bahawa pada Malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.

Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”- Petikan dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a 

p/s – Malam Nisfu Syaaban ini banyak kelebihannya yang juga disebut Malam Pengampunan

Published with Blogger-droid v2.0.6

'Unik'nya Sarapan Pagiku




Salam...

Selamat pagiiiii..... Pagi ni Abe 'stop' kejap wat entri Kisah Benar... Petang karang Abe akan 'publish' satu lagi entri Kisah Benar semula.. Kisah Benar yang menyentuh hati.... Kali ni juga mengenai seorang Blogger...
Ok, tu nanti petang ye.... Sekarang ni, Abe amik kesempatan kejap nak cerita ttg mende pelik la jugak...

Hehehhee... Pada Abe la, pelik la jugak telur rebus yg Abe dapat ni... Cuba korang tengok, UNIK kan? Kan, kan, kan.... Kembar Siam... Jenjarang jumpaaaaaa tuuuu..... Kawan Abe ada cakap kat Abe, "jangan makan..... Nanti dapat anak Kembaq Melekat...Kembaq Siam... SUSAH...."... Pada Abe, Abe redah je, makan je la... Mintak jauhlah mende2 segitu, redha je lah jika Allah Taala dah memang aturkan... Apa2pun, sume makanan kat atas tu dah SELAMAT masuk ke dalam perut Abe... Alhamdulillah, Kenyang....

*korang jangan tak percaya, makanan kat atas tu LICIN Abe habiskan :) Sapu Bersih...

Published with Blogger-droid v2.0.6

SUBHANALLAH: Petanda Besar KIAMAT.. Matahari Akan Terbit Dari Barat


Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat. Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”. Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa. Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Keratan akhbar yang menyatakan bahawa NASA telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini
Wednesday, 4 July 2012

KISAH BENAR: Nukilan Arwah 'Jubah Untuk Ibu' - Mimpi KEMATIAN yang benar-benar TERJADI


Al Fatihah untuk Arwah Ranoorsyam a.k.a PakdO
Salam...

Tiba di hari baru ni... 4 Julai... entah kenapa, sehari dua ni Abe amat-amat berminat untuk buat 'entri' berkaitan dengan Arwah Mohd Ranoorsyam @ PakdO je... Hati Abe amat-amat tersentuh dan Abe dapat merasai sesuatu daripadanya.. Satu persatu 'entri' daripada Blog Arwah Abe baca walaupun semenjak pemergian Arwah, Blog tersebut sudah tiada penulis. Tersentuh hati Abe bila membaca nukilan ni, sedih sangat... Abe rasa seolah-olah dapat mengalami & berada dalam situasi cerita dalam nukilan ni.. Di sini Abe kongsikan dengan korang semua.... Cerita ni sedih sangat... SEDIH SEDIH SANGAT... Abe tak Bohong... Sungguh....

Jubah Untuk Ibu... 
 
"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.
baca lagi KLIK SINI
Tuesday, 3 July 2012

KISAH BENAR: Mimpi KEMATIAN yang benar-benar TERJADI II - Keratan Akhbar Kemalangan


    Salam... Al Fatihah...

    Sekali lagi di tengahari ni Abe kembali menulis sambungan susulan 'entri' Abe awal pagi tadi (KLIK SINI)... Cuma kali ni, Abe menyiarkan petikan akhbar kemalangan yang telah meragut nyawa Arwah... Sumber petikan akhbar ni Abe ambil dari Berita Harian Online... Dengan penyiaran 'entri' ni, bukan niat Abe untuk mengaibkan sesiapa... Jauh sekali nak memalukan sesiapa... Cuma setelah Abe diberitahu pasal Arwah, Abe terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua...
    Foto

    3 Maut dalam Kemalangan. Hujan lebat, jalan licin punca kemalangan

    BATU PAHAT: Tiga lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke kiri jalan sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam 15 meter menyebabkan kereta itu remuk teruk dengan keempat-empat tayarnya ke atas, dalam kejadian di Kilometer 124.6 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Pagoh, dekat sini semalam. Mangsa, Sulaiman Besah, 46, beralamat di Bukit Antarabangsa, Ampang; Mohd Ranoorsyam Ab Razak, 27, berasal dari Tumpat, Kelantan dan seorang lagi dikenali sebagai Md Fu'at Ahmad, 53, dari Petaling Jaya, Selangor. Sulaiman yang baru kembali mengerjakan ibadat haji pada 1 Disember lalu, ialah Ketua Pegawai Eksekutif Maju Nusa Sdn Bhd iaitu syarikat berkaitan perunding teknologi maklumat dan komunikasi yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

    Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian yang berlaku ketika hujan lebat menyebabkan jalan licin sehingga mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika menuruni bukit di lebuh raya itu. Sebuah jentera Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Yong Peng dihantar ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk masing-masing dan terpaksa mengambil masa untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaannya.

    Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata kejadian berlaku ketika menuruni bukit, kereta berkenaan dipercayai gagal dikawal menyebabkannya terbabas ke kiri jalan.
    “Bagaimanapun kereta hitam berkenaan kemudian melanggar besi penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam antara 10 meter hingga 15 meter menyebabkan kereta itu remuk teruk dan ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, “ katanya.

    Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh anggota keluarga mereka. 
    *Al Fatihah untuk mangsa... Semoga ditempatkan bersama orang-orang mukmin yang soleh...
    Monday, 2 July 2012

    KREATIF: Watak Filem Hollywood Dalam ARCA Kayu


    Salam...

    Filem Star Wars, sapa yang tak tahu kan... Kalau korang nak tahu, Abe adalah antara peminat Filem ni... terbelek2 'tenet', terjumpa la pulak watak-watak ni yang di'ARCA'kan. Watak-watak Arca kayu ini dihasilkan oleh Tony dan Emmanuelle Lugand. Ni saja yang dapat Abe kumpulkan untuk korang...
    nak tengok lagi, KLIK SINI

    OAKLEY PLAINTIFF Untuk Di Jual



    Salam..

    Memalam segini, Abe xde apa nak citer... Cuma semalam, ada member mintak tolong Abe suh jualkan 'Spec' Jenama Oakley Plaintiff, model 'Fully Chrome Reloaded'... Tak pakai lagi wooooooo, masih baru kuar kilang.... Nak jual sb dia tersalah belikan untuk suaminya.... Harga yang dia nak cuma RM750.00. Boleh nego lagi tuuuu... Harga baru kedai RM900.00... Status kiranya '2nd hand' TAPI masih daraaaaaaaaa...... Kompem, memang tak pernah pakai lagiiiii.... Pe2, PM Abe deh....

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    INFO WAJIB BACA: Darah Haid, WAJIB diketahui oleh Lelaki & Perempuan


    HAID WAJIB DIKETAHUI WANITA DAN LAKI YANG NAK KAHWIN. PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :

    Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha’ bagi perempuan yang didatangi haid :

    1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha’ solat Zohor dan Asar.


    2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha’ solat Maghrib dan Isya'.


    "Dan hal ini (qadha’ solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam al-Ghazali)


    tak faham??

    1. Kenapa perlu diqadha’ solat Asar dan Zohor? Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat Asar (selepas mandi hadas).

    2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha’ sama? Kerana didalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqasarkan bersama solat Zohor.


    - Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada’ solat Zohor.

    KISAH BENAR: Rasulullah S.A.W Di Masjid Nabawi


    Setiap kali Rasulullah pergi ke Masjid Nabawi..baginda akan terlihat lelaki berkulit hitam yang tidak tampan sedang membersihkan masjid.. Ramai orang tidak sedar akan kehadiran dan jasa lelaki itu.. Tetapi..Baginda selalu perhatikan lelaki itu.. Suatu hari.. Baginda datang ke masjid Nabawi.. Dan tidak ternampak kelibat lelaki itu.. Kemudian baginda bertanya pada sahabatnya tentang lelaki itu.. Mereka memberitahu yang lelaki itu sudah meninggal beberapa hari lalu.. Muka Rasulullah berubah.. Dan bertanya mengapa mereka tidak memberitahunya.. Mereka terdiam dan menyangka baginda tidak nampak akan jasa lelaki itu..

    Rasulullah berkata "Mungkin kerana kulitnya yang hitam, mukanya yang hodoh dan kerjanya hanya membersihkan kawasan masjid menyebabkan kamu semua tidak menghiraukannya?" sahabat baginda terdiam.. Dan baginda meminta mereka menunjukkan padanya kubur lelaki itu.. Kemudian Rasulullah berdoa dihadapan kubur lelaki itu.."Ya Allah, Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat dan keampunan terhadap semua ahli kubur termasuk roh lelaki yang selama ini membersihkan Masjid Nabawi." Kemudian.. Rasulullah beredar dari tanah perkuburan dan berkata pada sahabatnya "Selama ini penghuni kubur disini berada dalam kegelapan. Alhamdulillah sekarang Allah telah memperkenan permohonanku. Allah telah menerangkan semua kubur ini termasuklah kubur lelaki berkulit hitam ini."


    Pada malam hari kubur disitu didapati bercahaya kerana mendapat rahmat.. Dan memberi peringatan pada mereka semua..bahawa..

    "Kamu harus ingat, Sesungguhnya Allah menilai sumbangan seseorang bukan berpandukan besar atau kecil,banyak atau sedikit tetapi berpandukan keikhlasan hati mereka yang melakukannya" Rasulullah s.a.w mengingatkan para sahabatnya

    EKSKLUSIF: Neelofa Tanpa Mekup


    Salam...

    Neelofa Oh Neelofa.... Abe ni kalu sebut pasal Neelofa ni, suka ngat... hehehheheh... Pada Abe 'schumel' sungguh dia... Orang Pasir Mas pulak tu.. Kata orang, orang Pasir Mas, Kelate ni comey2 belaka... Abe sangat setuju tu... Orang Kelate memang comey2... TAPI kalu korang nak tahu, NurAsmawani lagi 'schumel' daripada Neelofa.... Sungguh, Abe tak tipu... Neelofa kalah tau...

    Terbelek2 picca, Abe terjumpa la pulak gambar Neelofa ni... Nor Neelofa Mohd Noor yang tanpa mekap... 'Natural Beauty' waa ckap luuuuuuuuuu.... Nah, Abe kongsi ngnn korang jugak... Apa komen korang?

    EURO 2012: Sepanyol Juara Euro 2012 - Benam ITALI 4-0


    alt
     
    KIEV, 2 Julai - Sepanyol berjaya mempertahankan kejuaraan Euro apabila membenam Itali 4-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Olympic, Kiev.

    Pasukan bimbingan Vicente Del Bosque itu juga mencipta sejarah menjadi negara pertama meraih kejuaraan secara berturut-turut. Empat tahun lalu di Austria-Switzerland mereka muncul juara apabila mengalahkan Jerman 1-0.

    Itali yang tidak diletakkan harapan dalam kejohanan kali ini serta bukan pasukan pilihan ke akhir, tersentak dengan jaringan pembukaan Sepanyol pada minit ke-14 melalui David Silva, sebelum pemain pertahanan, Jordi Alba menambah gol kedua empat minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat.

    Pemain gantian Fernando Torres dan Juan Mata melengkapkan malam gemilang La Roja selepas meledak jaringan pada minit ke-84 dan 88 sekali gus mengesahkan kejuaraan buat kali ketiga tatkala kejuaraan pertama diraih mereka pada 1964 (edisi kedua). - AGENSI
    Sunday, 1 July 2012

    EKSKLUSIF: Kris Dayanti dah malas nak berhias...


    BARU melahirkan seorang anak perempuan bersama suaminya, Raul Lemos, penyanyi Krisdayanti teruja apabila diberitahu mengandung lagi.
    BARU melahirkan seorang anak perempuan bersama suaminya, Raul Lemos, penyanyi Krisdayanti teruja apabila diberitahu mengandung lagi. Krisdayanti memberitahu kandungan yang baru mencecah usia dua bulan itu langsung tidak dirancang namun mereka menerima ia sebagai rezeki. "Saya dan suami tidak merancang untuk menambah bilangan anak tetapi kehadiran orang baru ini nanti cukup menggembirakan kami," ujarnya. Bagaimanapun kata Krisdayanti, kehamilan kali ini agak pelik kerana dia lebih selesa tidak mengenakan sebarang solek dan berpakaian santai. "Saya lebih selesa jika keluar ke rumah tanpa mengenakan sebarang solekan yang mana jarang-jarang saya lakukan sebelum ini," ujarnya.
    Krisdayanti memberitahu kandungan yang baru mencecah usia dua bulan itu langsung tidak dirancang namun mereka menerima ia sebagai rezeki.

    “Saya dan suami tidak merancang untuk menambah bilangan anak tetapi kehadiran orang baru ini nanti cukup menggembirakan kami,” ujarnya.
    Bagaimanapun kata Krisdayanti, kehamilan kali ini agak pelik kerana dia lebih selesa tidak mengenakan sebarang solek dan berpakaian santai.

    “Saya lebih selesa jika keluar ke rumah tanpa mengenakan sebarang solekan yang mana jarang-jarang saya lakukan sebelum ini,” ujarnya.

    MISTERI: Rumah Berhantu British


    Salam...

    Petang2 segini, Abe adalah kumpul beberapa buah gambar rumah... Kononnya dikatakan berhantu... Lokasi rumah2 ini semuanya terletak di Britain... Abe susun ikut 'ranking' Rumah Berhantu Paling Pupular yang diperkatakan orang... Selamat membaca sambil minum Kopi & makan cekodok badak :)

    1. Bricklin Manor
    2904733688_0e536ffc64
    Rumah ni menduduki tangga pertama... Kiranya yang paling menakutkan sekali kot, hurmmmmmmmm.... Abe pun tak pasti...

    2. Dunst Wolfsburg
    2904733690_5765f39ce9
    Terowong bawah tanah ni pulak katanya berada di ranking kedua

    3. Newton Manor
    2904733692_a07ec87202
    Rumah ni kepunyaan Sir Dinesh Carmarthenshire yang terletak di rantau Darfur estet Newton, ia dibina pada ke-18. Kata orang, di sini merasakan seolah-olah ada tangan ghaibyang selalu akan pegang dan usap leher sapa2 saja yang datang ke sini...

    lagi gambar KLIK SINI

    Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd - HYUNDAI SHOWROOM 3S di Shah Alam, SELANGOR


    Selepas seminggu asyik sibuk, akhirnya Abe sempat jugak untuk ke Hyundai Showroom 3S - Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd yang lokasinya adalah di Seksyen U6 Shah Alam untuk bersama memeriahkan Hyundai Euro Tour 2012.
    Pada Abe, ni adalah antara Pusat Hyundai Showroom 3S yang terbaik yang ada di Selangor ni. Kenapa Abe cakap macam ni ek? Sebab kat sini, Abe dapat lihat Pelawat atau Pengunjung di pusat ini bukan sahaja dapat peluang menguji pandu kereta sanjungan ramai ni tetapi juga di Hyundai Showroom 3S ni, Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd, menawarkan kemudahan yang hebat dan menggalakkan. Antara kemudahan yang hebat termasuk bar kopi di mana anda akan berkhidmat dengan kopi dan teh semasa mengadakan lawatan di bilik pameran, lounge pelanggan perdana dengan televisyen dan skrin komputer yang luas dalam talian kaji selidik (WiFi percuma disediakan), kaca latar belakang pelanggan untuk melihat mereka kereta semasa perkhidmatan, kawasan kanak-kanak untuk kanak-kanak manakala ibu bapa yang melakukan perkhidmatan kereta mereka, suasana besar dan selesa, kawasan selesa bekerja untuk pelanggan untuk bekerja sementara menunggu kereta mereka bagi perkhidmatan, tempat letak kereta yang mencukupi dengan sekitar 20 tempat letak kereta bagi pelanggan.
    Kereta buatan Hyundai ini pada Abe sangat seksi dan mempunyai rekabentuk aerodinamik. Kalau korang tak caya, korang boleh tengok gambar model Hyundai Elantra terbaru yang Abe ambil ni... betul kan? CANTIK....... 
    Pada Abe, pembeli baru mungkin nak tukar logo daripada logo Inokom kepada logo Hyundai, itu terpulang pada pelanggan itu sendiri. Logo pada Abe tidak penting sangat pun, ia bergantung kepada pilihan individu.
    Waktu Operasi:
    Isnin – Jumaat (9 pagi - 8 malam)
    Sabtu – Ahad & Hari Cuti (10 pagi - 6 petang)
    Dibuka 7 Hari seminggu termasuk perkhidmatan
    Sales no: 03- 7832 4888 / 7832 4444
    Sales fax: 03- 7832 4222
    Service no: 03- 7832 4333/ 7832 4555
    Service fax: 03- 7832 4999

    Pesta Flora Putrajaya 2012



    Putrajaya FLORIA 2012 – Festival bunga dan taman yang terulung di Malaysia kembali lagi. Pesta ini mempersembahkan pameran daripada industri hortikultur; produk landskap komersil hingga ke pameran rekabentuk taman serta pameran bunga.

    Tarikh Pesta Flora 2012 : 30 Jun – 8 Julai 2012
    Tempat Pesta Flora 2012 : Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya
    Waktu Pesta Flora 2012 :
    • 9.00pg – 10mlm (Isnin-Khamis)/
    • 9.00pg – 12.00tgh mlm(Jumaat-Ahad)
    Tema Pesta Flora 2012 : Bunga Kertas – Tetap Menawan

    Bayaran Masuk Pesta Flora 2012 : PERCUMA
    Kordinat GPS : 2.924820, 101.685365

    Datang ke Floria: Dengan Tren KLIA Transit
    Tren KLIA-KL Sentral Transit berhenti di 3 lokasi :
    KLIA-Salak Tinggi | Putrajaya/Cyberjaya | Bandar Tasik Selatan-KL Sentral.

    Untuk perjalanan KLIA-KL Sentral, tren akan memulakan operasi dari KLIA pada pukul 5:22 pagi. Tren terakhir pula berlepas dari KLIA pada pukul 1:03 pagi. Perjalanan dari KLIA ke Putrajaya mengambil masa 13 minit, dengan kekerapan tren 30 minit sekali.

    Tambang tren dari KLIA ke stesyen Putrajaya/Cyberjaya
    • RM6.20 -dewasa
    • RM3 -kanak-kanak.
    Untuk perjalanan KL Sentral-KLIA, tren akan memulakan operasi dari KL Sentral pada pukul 5:33 pagi. Tren terakhir pula berlepas dari KL Sentral pada pukul 12:03 tengah malam. Perjalanan dari KL Sentral ke Putrajaya/Cyberjaya mengambil masa 17 minit, dengan kekerapan tren 30 minit sekali.
    Tambang dari KLIA ke Stesyen Putrajaya/Cyberjaya
    • RM9.50 -dewasa
    • RM4.50 -kanak-kanak.

    Kelab Pemilik Proton Prevé Putrajaya



    Salam...

    Kalau tak silap Abe, tak sampai lagi kot dua bulan Pelancaran Kereta Nasional Proton Prevé, dah ada rupanya pemilik Proton Preve yang dah tubuhkan Kelab... Tahniah Abe ucapkan.. Gambar ni Abe 'snap' depan Restoran Ali1Bistro Putrajaya... Sekali tengok bila Proton Preve ni dah tersusun sebaris, cantik jugak kan? Kan,kan,kan... Latarbelakangnya rumah Abe tuuuuuuu, hehehhehehehe...

    Apa2pun, sekali lagi Abe ucapkan tahniah buat diorang... Abe nak join pun tak dapat sebab Abe tak duit lg setakat ni nak beli kereta baru... Hurmmmmm... Pakai kete buruk Abe ni je lah dulu...

    Published with Blogger-droid v2.0.6

    Post Terbaik Que Minggu Ini

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Welcome

    Welcome

    Exchange Bloglist Que

    Sahabat Que

    Search Blog Que

    Loading...

    Follow us on Facebook

    Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

    Klik LIKE & join Abe di Facebook

    Please wait..15 SecondsX

    Google+ Followers

    Kesayangan Que

    Bloglist Que I

    Que Achmad menulis...

    Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com