Sahabat Que 'Silent Readers'

Tayangan 'Man Sewel Datang KL' bersama Media & Blogger...

5/10/2012 01:59:00 am

Bertempat di Cathay Cineplex e@Curve, Mutiara Damansara. Telah berlangsung Pratonton Filem 'Man Sewel Datang KL' bersama Media dan BLOGGER & sidang akhbar filem ini. 


Filem ini diterbitkan oleh Work Move Production Sdn Bhd arahan Abd. Rahman Adam dengan membariskan pelakon utamanya Shuib Sepah sebagai Man Sewel.
Secebis Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Osman/Man (Shuib) pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon (Rosnah Mat Aris) hasil daripada kebun kelapa sawit milik ibunya.
Di Kuala Lumpur, Man tinggal bersama rakan sekampungnya, Saleem (Razali Hussain). Saleem banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Saleem juga, Man berkenalan dengan Nadia (Julia Ziegler).
Sekian lama berkenalan, Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena.
Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.
Man yang sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kerja terpaksa memikirkan cara untuk menampung perbelanjaan kehidupannya di ibu kota. Bermacam-macam pekerjaan dilakukan Man, sehinggakan Man sanggup menjadi Pondan, kuikuikui
Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali seorang gadis, Salbiah (Siti Sarah Raisudin) yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat (entahlah, secara tetiba je)
Entah tiba-tiba, Abe pun tak paham macamana, Man kemudiannya menyedari Saleem dan Nadia sememangnya terbabit dalam kegiatan jenayah. Man juga sedar dia sebenarnya terjerat dalam perangkap cinta Nadia angkara Saleem. Pastu tiba-tiba pulak, kegiatan jenayah Salim dam Nadia akhirnya berjaya ditumpaskan pihak polis (dari ceruk mana datangnya Polis pun Abe tak tahu)
Hubungan Man dan Salbiah pula makin erat dan mesra sehingga membuahkan bibit-bibit cinta.Man semakin matang dan tidak lagi bersikap gila-gila. Cintanya kini hanya pada Salbiah (pastu diorang nikah - gambar nikah Real & gambar Mengandung Real juga di'enterprem'kan). Cuma tadi Abe tgk Siti Sarah Raisuddin dah pun beranak, sebab perut dah kempis, kikikiki
Freebees Penaja (Media Kit):

Komen Abe:
Bagi Abe, Filem ini mempunyai identiti tersendiri berdasarkan kehendak dan trend penonton yang lebih menyukai komedi ringan.
Rating Abe: 2 Bintang je kot...
Man Sewel Datang KL
    

Tayangan:                  31 Mei 2012
Katogori:                    PG13
Genre:                        Drama Komedi
Tempoh Tayangan:    1 Jam 30min
Pelakon:
                         Shuib Sepah
                         Julia Ziegler
                         Zally Hussain
Pengarah:
                        Abd. Rahman Adam


You Might Also Like

4 comments

  1. salam kenal :)

    www.akumad.com

    ReplyDelete
  2. Salam kenal jugak Aku Mad.
    A'a AMAD, ni blog baru. Abe buat baru.. dengan domain [dot com]. Blog classiccarclub.blogspot.com tu Abe nk fokuskan pd aktiviti kelab kereta je..

    ReplyDelete
  3. aah, kureng sikit la filem ni.... jemput Que Achmad baca review filem ni di Kakiwayang.com juge...=)

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad