Sunday, 20 May 2012

MOTIVASI: Kisah Kucing



Cuba meneliti sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Cuba memerhati daripada sudut pandang seorang yang berfikiran matang.

KISAH KUCING.

Mereka pergi ke taman untuk berkelah sekeluarga. Apabila si ibu mengeluarkan makanan, mereka dapati makanan yang terhidang itu kekurangan garam. Lalu salah seorang daripada anak mereka, diminta untuk pergi mendapatkan garam.

“Saya tidak mahu. Nanti semasa saya tiada, kamu semua akan habiskan semua makanan” kata si anak.

“Tidak. Mana mungkin. Kami akan tetap menunggu” jawab si ibu.

“Betul. Lagi pun tidak enak makan tanpa garam. Pergilah!” pinta si ayah.

“Adik janji, adik tak usik makanan itu sampai abang pulang!” ikrar si kecil.

Setelah puas dipujuk, akhirnya kucing Abang itu bersetuju. Dengan hati yang berbelah bagi, ia pergi mencari garam.

10 minit.


20 minit.


1 jam.


2 jam.

Si Abang itu tidak pulang. Keluarganya sudah amat kelaparan. Mereka hairan mengapa sukar benar hendak mendapatkan garam. Kerana terlalu lapar, akhirnya si bapa mencubit makanan yang terhidang, demikian juga si ibu dan adik kecilnya.

“Hah!!!” tiba-tiba Si Abang itu menyergah dari balik semak. Mereka sekeluarga terkejut.

“Kan saya dah kata. Kalian tidak akan menunggu saya pulang. Kalian akan membelakangkan saya. Sudah berjam-jam saya memerhatikan kalian dari balik semak. Dan ternyata, sangkaan saya tepat!” tegas Si Abang. Oh, rupa-rupanya selama ini dia tidak pergi mencari garam. Dia hanya berpeluk tubuh di sebalik semak dan menunggu sahaja untuk apa yang difikirkannya terjadi. Dan ia benar-benar terjadi!

Perhatikanlah…FIKIR, Berapa banyak kejadian dalam kehidupan ini, berpunca daripada apa yang kita fikirkan, tanpa kita sedar. Kita bergaduh dengan isteri, kita sakiti hati dia, kita tidak berusaha mengambil hati sang isteri. Akhirnya isteri buat perangai, dan kita kata, “hah, tengok! Engkau memang tak boleh diharap!”


Tidakkah semuanya terjadi berdasarkan apa yang kita fikir? Kita mahu ia terjadi. Ia memilih tindakan-tindakan yang menjurus kepada terjadinya ia. Dan akhirnya, kita ‘berpura-pura’ terkejut apabila ia terjadi. Abe mengambil risiko ini, bahawa perubahan amat sukar dijana dalam masyarakat semasa yang ada, kerana keserabutan cara kita berfikir. Sesuatu yang mudah, menjadi susah. Masalah kecil menenggelamkan masalah besar. Penyelesaian bersimpang siur dan tidak berfokus. Desakan perubahan pula mengisar pendekatan yang serupa. Kita juga tenggelam dalam masalah yang kelihatan, hingga tidak dapat menyentuh masalah sebenar.

Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

yayahnasake at: 5/20/2012 3:27 pm said...

sokong!!! kadang2 perkara itu tidak harus terjadi... tp diri sendiri yng wat ia terjadi camtu...

~::Chenta::~ at: 5/21/2012 12:04 pm said...

Chenta sedang berusaha .. utk tidak terus berfikir -Ve!!!

Anonymous at: 9/15/2012 3:50 am said...

Hellо, Neat pοst. There's an issue together with your website in internet explorer, might test this? IE still is the market leader and a large part of other folks will omit your wonderful writing because of this problem.
Stop by my page :: payday advances

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com