Sahabat Que 'Silent Readers'

Sabar Wahai Sahabatku...

5/17/2012 08:50:00 am


Abe terkesan pagi ni dengan satu perkongsian semalam dari sahabat-sahabat Abe. Tetibe rasa termotivasi di pagi hari, Alhamdulillah. Teringat pulak Abe satu soalan yang pernah Abe tanyakan pada seseorang dulu berkaitan Sabar.

Jawapannya lebih kurang macam ni:

Wahai Sahabatkuku, tidak ada lagi sikap lain yang harus engkau lakukan kecuali bersabar sebagaimana Allah memerintahkan kepada kita untuk memohon pertolongan-nya dengan sabar dan melaksanakan solat pada saat menghadapi kesulitan.

Firman Allah Taala bermaksud,

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar". (Al Baqarah:153)

Maka sabar itu adalah kunci kegembiraan, insya Allah. Oleh kerana itu, seorang Muslim harus menghadapi kehidupan ini dengan hati yang tabah, jiwa yang kuat dan kemahuan penuh tekad. Dan hendaknya sikap itu lebih kuat daripada peristiwa-peristiwa kehidupan itu sendiri, dengan bertawakal kepada Allah, berpegang teguh dengan tali-Nya dan percaya kepada-Nya bahawa kehidupan esok adalah milk-Nya bahawa setelah malam berlalu pasti terbit fajar, begitulah juga di samping kesulitan pasti ada kemudahan selepasnya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

You Might Also Like

4 comments

  1. A nice motivated we had last night until this morning.

    ReplyDelete
  2. setuju ngan ty...so motivated...and tak pasal2 drive gi opis dengan berfikir pasal hidup...huuu

    ReplyDelete
  3. Life must goes on no matter what happen ..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad