Sahabat Que 'Silent Readers'

EKSKLUSIF: Pemuda Londeh Seluar Depan Majistret...

5/28/2012 08:05:00 am

 Sekadar Gambar Hiasan

Salam.

Sebelum Abe gi ke Hospital, sempat jugak Abe baca artikel ni dalam BHOnline pagi ni. Macam-macam la peel manusia zaman la ni. Pelik-pelik, huhuhuhuhu.


KUALA TERENGGANU:

Mahkamah Majistret, di sini, kecoh semalam apabila seorang pemuda yang menghadapi tuduhan mencuri bertindak di luar jangkaan dengan cuba melondehkan seluarnya.

Bagaimanapun, perbuatan Mohd Khairul Hamimi Mohd Sabri, 26, dari Kampung Tebakang, Marang, berjaya dihalang polis. 


Dia turut membuat bising di dalam kandang tertuduh dengan mendakwa dirinya gila serta meminta dihantar ke hospital untuk rawatan. 

"Bos (Majistret), saya memang melakukan curi tetapi bos masukkan saya dalam hospital sebab saya gila. Sekarang ini, kepala saya tengah sakit dan saya perlu makan ubat," katanya.

Sebelum itu, Mohd Khairul Hamimi mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.


Dia didakwa melakukan pecah rumah dengan mencuri 50 ekor burung banji dan 45 arnab dianggarkan bernilai RM5,000 milik Lim Chew Siang, 41, di Kedai Menjual Haiwan Peliharaan dan Akuarium Ming Yu Two, Chabang Tiga, di sini, antara jam 7 petang 22 Mei hingga 8.55 pagi, 23 Mei lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 457 KK berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.


Abdul Hayyi kemudian memerintahkan Mohd Khairul Hamimi dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru untuk menjalani rawatan psikiatri selama sebulan dan menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan semula kes. 


sumber: BH Online 28.05.2012

You Might Also Like

1 comments

  1. ada jugak orang gila yang mengaku gila ye...hehehe....

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad