Sahabat Que 'Silent Readers'

1 Untukmu, 9 Untukku

5/23/2012 08:32:00 am





Aduhai muslimah Ratu persona yang mendamaikan,
Maafkan Abe kiranya nukilan ini membuatmu menjauhiku.

Abe tahu kerana Abe juga begitu.
Abe tahu raudhahmu sarat kuntuman cinta yang harum mewangi,
Abe tahu kerana Abe juga begitu.

Bukan Abe tak bersedia menerimamu sepenuhnya,
Tapi itulah kata syariat, itu jugalah kata adat.
Langkah harus beringat, berkasih biar bertempat

Dan satu nafsu yang tidak terlawan,
Bagimu sembilan nafsu yang mudah ditawan,
Dan satu akal yang berpangkat bawahan
Tapi itulah anugerah yang sangat berseni
TerciptaNya kamu dari serpihan penuh rahsia

Yang mohon dituntun penuh waspada
Sembilan akalku nakal tidak terperi
Satu nafsuku itulah raja, akalku pula setia bekerjasama
Sembilan akalku sedia berpadu,
demi memenuhi nafsu yang satu

Satu akalmu sering kecundang kehilangan kuasa
Itulah sebab benteng kubina, kerana sayangku padamu tidak terhingga
mencalarkan kacamu yang kerapuhan,
Abe bimbang jika Abe bukanlah jodohmu,
kelak kau tersisa tidak bermutu

Kupohon kau jagalah peribadimu,
Jangan terlalu mudah memberi sebelumnya waktu
Biar sombong dikata duniawi, asalkan jadi cemburuan bidadari syurgawi

Tapi biarkan itu berlaku seiring waktu
Sebagai bingkisan jodoh yang datang bertamu.
Tapi kuharap cinta kita semanis kurma, dan mahligai terbina penuh ceria

Kuharap dikau bukan pilihan yang salah,
Sebelum jodoh datang menjengah
Bersamalah menimba ilmu yang payah,
Agar saat istana bergoyah,
Bahtera kita masih berarah.

Ketika restu dan izin-Nya mencurah,
Akan kupinangmu dengan Bismillah.
Abe tahu kamar hatimu terbuncang tulus kasih yang tak berbelah bahagi,
Padamu selalu Abe bisikan, dalam senda beralas, dalam gurau berbalas.

Bukan Abe tak bersungguh denganmu seadanya.
Bagiku telah difitrahkan sembilan akal bak pahlawan,
Bukan ini diskriminasi ilahi

Harus kau ingat wahai puteri
Kutahu juga sembilan nafsumu bertakhta
Abe tidak mahu kasarnya sentuhan,
Bukan Abe tidak kasih padamu, bukan juga Abe tak kisah padamu
Abe bukanlah Ustaz Wan Aqasha, dan kau juga bukan Ustazah Siti Norba'iyah

You Might Also Like

3 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad