Sahabat Que 'Silent Readers'

EKSKLUSIF: Video & Gambar Kemalangan Di Himpunan Jutaan Belia 2012

5/27/2012 01:09:00 pm


Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas & dan gagal dikawal.

Korang tgk terus ke 5:30

Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan.

Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian.

Dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.


p/s : inilah akibatnya apabila program dipenuhi dgn maksiat, Allah tidak menurunkan barakah... Takziah kepada mangsa dan keluarga. Tengok gambar dibawah ! Bangga sungguh


Pengisian rohani dengan mendengar muzik? Habis apa guna zikir, baca al-quran, dengar tazkirah? atau Abe ini yang ketinggalan zaman?



You Might Also Like

9 comments

  1. Harap tidak nyawa yang melayang. Kalau tidak mati didalam kemaksiatan.

    ReplyDelete
  2. apa pengisian rohani yang di isi di dalam konsert ye?

    ReplyDelete
  3. tak gi tengok tarian gelek kpop ke smlm he3 :D

    ReplyDelete
  4. Areliff, Xminat nk p. Ben: ekban tu ape?

    ReplyDelete
  5. Selamat xde kat putrajaya dan berjimba di event ni tak dah sentap.. Haha

    ReplyDelete
  6. takziah pada yang terlibat..alhamdulillah tak tergerak hati nak pegi

    ReplyDelete
  7. pergi himpunan yang mencaci org pun x elok juga.. pegi konsert pun x elok juga.. pergi surau or masjid lagi elok dgr ilmu agama,... xde cacian..

    ReplyDelete
  8. Dari pagi view blog abe que ni..terima kasih sbb sharing info2 yg berguna : Allahuakbar~Ombak Ais

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad