Sahabat Que 'Silent Readers'

Disumpah Akibat BerZINA... Nauzubillah

5/27/2012 10:23:00 am

Salam.

Sedang Abe belek-belek Youtube, terjumpa pulak Video ni.
 
Difahamkan, ianya video seorang wanita di sumpah kerana melakukan maksiat di bumi Allah. Lihatlah video ini sebagai pengajaran dan taladan. Benar atau tidak ambil saja iktibar dan jangan lakukan zina yang keji itu. BENAR atau REKAAN?, Abe tak dapat nak mengesahkan kesahihannya...

Sedikit Info Ilmiah yang Abe dapat berkaitan ZINA

PENGERTIAN ZINA

Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).

Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan.

Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yg bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA

Seseorang yang melakukan Zina, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.

You Might Also Like

3 comments

  1. Kuasa Allah. Berleluasa zina sekarang ni. Semoga memberi iktibar pada yang lain.

    ReplyDelete
  2. saya mohon izin share di fb saya,jazakallah khair

    ReplyDelete
  3. mengapa??????????? Malaysia x laksanakan pon hukum hudud tuh..sdgkn terang2 dh ada dlm al-Quran..sbb tu lah Malaysia yg kononnya ngr Islam..tapi bersepah anak haram..dh tu buang bayi mcm buang bangkai ayam!!!!!

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad