Sahabat Que 'Silent Readers'

ZINA: Soalan & Jawapan

5/21/2012 12:22:00 pm

Abe terasa nak berkongsi soalan yang pernah seorang sahabat Abe tanyakan pada Abe. Abe memang tak dapat jawab, pastu Abe ada merujuk kepada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Alhamdulillah, Ustaz Zaharuddin jawab pertanyaan Abe.
Soalan:
Assalammualaikum Ustaz ,
Ada satu pemasalahan yang tidak tertanggung oleh sahabat saya sekarang, saya harap ustaz boleh membantu saya dengan memberi jawapan dan hukumnya serta apakah tindakan yang perlu diambil oleh sahabat saya untuk memastikan dia tidak melakukan dosa walaupun yang tidak dia sedari. Ceritanya  pada saya macamni Ustaz:
Dia nak tanya ape yang dia boleh buat kalau dia terlanjur dengan bukan mahramnya?? Ape yang dia nak buat untuk dia tebus dosa-dosanyaa?? adakah semua solat-solatnya selepas tu tidak diterima ALLAH S.W.T?? Katanya dia menyesal ustaz....... katanya juga dia cuba kawal dirinya tapi nafsunya tetap liar...
Ulasan Ringkas Ustaz Zaharuddin
Maaf saya katakan, semua boyfriend atau kekasih yang merayu dan memberitahu secara terbuka kehendak seksualnya kepada teman wanitanya atau sebaliknya adalah lelaki dan wanita yang TIDAK BAIK dan berisiko untuk dijadikan teman hidup. Demikian jika diikutkan kepada sifir normal kehidupan. Kecualilah ia disambar kilat keinsafan.
Tindakan teman lelaki yang mendedahkannya tidak lain kecuali permainan Syaitan dan nafsu lelakinya untuk memerangkap gadis agar merasa simpati hingga akhirnya menyerahkan tubuh kononnya atas dasar cinta.
Jika sahabat saudara benar-benar kasihkan gadis itu, KETAHUILAH melayan teriakan nafsu teman lelaki tadi bukanlah membantu sama sekali, sekali lagi saya nyatakan sebarang tidakan melayan nafsunya BUKAN MEMBANTU tetapi menghukumnya dan menghukum diri anda sendiri. Iaitu menghukum diri untuk dihumban ke jalan neraka. Insaflah. 
Tindakan itu hanya disukai oleh Syaitan kerana berpeluang  menjatuhkan anda berdua ke lembah hina zina. Saya setuju dengan ulasan seorang rakan saya yang mengatakan
"Sekali si wanita itu berikan tubuhnya kepada kekasihnya kononnya atas dasar kasih dan simpati"
"Selepas itu, tiada lagi sebab kukuh untuk si lelaki mengahwini si wanita dan rasa kasih kepada sang wanita itu. Kerana wanita yang telah menyerahkan tubuhnya sebelum kahwin (tanpa merasa kesal dan taubat) adalah wanita yang para lelaki fikirkan TIDAK sesuai dijadikan isteri, mereka hanya untuk permainan sahaja. Malah wanita tadi telah menjatuhkan nilainya kepada kategori wanita murah, tiada nilai lagi untuk dijadikan suri hidupnya"
Saya tidaklah setuju seratus peratus (atau secara pukul rata kepada semua kes) dengan kesimpulannya namun saya bersetuju bahawa kebanyakannya akan berakhir demikian. Jika berkahwin sekalipun, penceraian akan menjelma dalam beberapa tahun sahaja.
Kesimpulannya, hentuikanlah rasa simpati tidak bertempat dan nasihatilah teman lelaki anda, dan jalan keluar hanyalah berkahwin dengan segera.
Syarat terpenting juga, adalah jauhilah berdua-duaan kerana itulah punca sentuh menyentuh berlaku dan akhirnya ke lembah zina. Sekian. 

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad