Sahabat Que 'Silent Readers'

Kejam Gila Perempuan Ni Dera Bayi

5/09/2012 04:40:00 pm

Salam.

Bila Abe tengah bukak Facebook Abe, tetiba je Abe terlihat Video ni. Rasa panas hati terus. Kejam sangat. Video sepanjang durasi 4:19 itu dapat kita lihat tentang seorang wanita yang bernama Dira bukan sahaja memukul kejam Bayi dengan bantal, tetapi Si Pelaku itu juga memukul menggunakan barang mainan. Memang sangat kejam. Abe tak tahulah Bayi tu anaknya ataupun anak siapa. Zalim betul...





Mengalir airmata Abe apabila menonton video ini.Perempuan ini memang tiada sifat peri kemanusian.Kalau Abe jumpa perempuan ni, tahulah apa yang akan jadi.... Grrrrrrrrrrr. Abe pun tak tahu bayi tu anak dia ataupun bayi jagaannya di nursery



Abe difahamkan, sekarang ni, Si Pelaku ni dah kena tangkap Polis. Perempuan yang rakam ni tak menghalang sebab jika dia menghalang, mungkin dia akan dibelasah oleh perempuan gila tu kot. Ni pun katanya dirakam senyap-senyap sebab nak bagi bahan bukti pada Polis. selebihnya, Abe tak tahu lah, Wallahualam...

You Might Also Like

1 comments

  1. Mohd Tarmizi Che Min Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
    STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

    Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

    Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

    Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

    ALHAMDULILLAH!!

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad