Salam.
Sedang Abe belek-belek Youtube, terjumpa pulak Video ni.
Difahamkan, ianya video
seorang wanita di sumpah kerana melakukan maksiat di bumi Allah.
Lihatlah video ini sebagai pengajaran dan taladan. Benar atau tidak
ambil saja iktibar dan jangan lakukan zina yang keji itu. BENAR atau REKAAN?, Abe tak dapat nak mengesahkan kesahihannya...
Sedikit Info Ilmiah yang Abe dapat berkaitan ZINA
PENGERTIAN ZINA
Ialah
persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang
perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan
suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu
tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).
Jika
seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan
lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah
isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi
menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu
sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu
tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa
dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana
persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu
persetubuhan yang meragukan.
Mengikut peruntukan hukuman syarak
yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan
dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan
perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan
hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yg bermaksud :
“Perempuan
yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi
oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum
Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan
hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh
sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)
HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA
Seseorang
yang melakukan Zina, sama ada lelaki atau perempuan wajib
dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu
yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di
dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :
”Lelaki
atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka
had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya
sehingga mati”.