Tuesday, 19 June 2012

Abg Polis, Abg JPJ... ni kira MACAMANA?



Salam...

Tadi dekat KL, Abe dalah singgah ke suatu lokasi... Lepas parking kete, Abe terus berjalan masuk ke Bangunan yang nak Abe tuju... 'Suddently', Abe adalah terpandang satu jenis kereta ni... Memanglah banyak kete ni orang pakai, Audi A5 memanglah banyak dah orang guna kat jalanraya...

CUMA yang pelik bg Abe ngn kete ni, cuba korang perhati betul-betul tang 'Plate'nya... Mati2 Abe ingat kete ni kete Singapore... Tapi rupanya tak... Kete berdaftar di Malaysia woooo... Kalu korang tak caye, korang tengok betul kat cermin depan kete ni... Fokus pastu zoom pada Cukai Jalan... Ada kan? Kan,kan,kan... Huhuhuhu, takdan Abe nak pikir...

Abg2 Polis, Abg2 JPJ, kalu macam ni kira macamana ek?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Dongak Ke Atas & BERSYUKUR



Salam

Sekadar renungan awal pagi ni, Abe cuma memikirkan sesuatu... Tak lelap nak tido bukan sebab nak tengok Euro 2012 tau... Sudah lama Abe fikir, sudah lama Abe duk asyik cuba nak faham tapi masih tak faham-faham jugak sampai la ni... Huhuhu

Pada Abe, Individu keras hati, lalai perintah Allah mudah dipermainkan syaitan akan terdorong untuk melakukan perbuatan keji... MARILAH kita sentiasa menghubungkan diri dengan Allah Yang Maha Pencipta sekalian alam dengan cara mengingati kebesaran-Nya, mengingati segala rahmat, nikmat kurniaan-Nya yang sentiasa dicurahkan kepada kita.

Dalam keadaan tidur pun, Allah mengirimkan rahmat-Nya ke dalam tubuh kita untuk menggerakkan jantung dan paru-paru. Oksigen kita hirup melalui udara adalah rahmat Allah yang diperlukan oleh badan supaya kita boleh hidup. Bukan itu saja, banyak lagi rahmat yang dikurniakan Allah kepada kita.

Wajarkah manusia lupa terhadap Allah? Tidak pernah mengingati dan menyebut nama Allah, tidak pernah bersyukur dan memuji Allah, bahkan tidak pernah beribadah menyembah Allah?Allah menyeru manusia supaya selalu ingat dan jangan lupa terhadap-Nya dalam firman yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan sebanyak-banyaknya.” (Surah Al-Ahzab, ayat 41)

Sekian dari Abe untuk renungan kita bersama... Sesekali kita perlu 'Dongak Ke Atas & BERSYUKUR'... Wassalam...

Published with Blogger-droid v2.0.4
Monday, 18 June 2012

Daripada SUKA-SUKA kepada SYIRIK & KHUFUR...


contoh aplikasi yg Abe telah cuba suatu masa dulu sebelum Abe tahu mengenai petikan hadis ni

SILA AMBIL PERHATIAN..

Kepada Sahabat-sahabat Abe, janganlah melibatkan diri dengan sebarang game aplikasi ramalan tentang nasib dan seumpamanya.

Contohnya seperti:-

"Tahun yang sesuai untuk anda berkahwin".
"Rumah yang sesuai untuk anda".
"Pasangan yang sesuai untuk anda".
"Peratus cinta anda pada si dia".

Ia perbuatan haram serta jalan kepada syirik dan kekufuran. Sekalipun untuk suka-suka. Ini adalah konsep mendatangi rumah tukang ramal cara moden.

Sekadar suka-suka menekan, sama seperti anda mendatangi peramal nasib, dan jika anda mempercayainya sama seperti anda mempercayai peramal nasib.

Nabi dah pesan tentang hal ini.


من أتى عرافاً فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين يوماً

"Siapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, tidak akan diterima solatnya 40 hari". [H.R. Muslim]

Bela KERBAU pakai LAMBOGHINI?


Salam & Selamat Ceria Pagi...

Pagi ni sikit je Abe nak bercerita pasal Rezeki... Bila Abe tengok gambar kat atas ni, Abe banyak berpikir... Berpikir jauhhhhhh sangat... Pasal Rezeki... Pada Abe lah, rezeki ni datangnya daripada Allah S.W.T... datang daripada Allah atas usaha yang dicari manusia... Jangan Sangkal Rezeki yang Allah bagi...

♥ biar gambar sahaja yang berbicara ♥

*dekat bawah ni, ada Abe kongsikan 20 amalan yang patut diamalkan untuk manusia agar InsyaAllah dilimpahi Rezeki daripada ALLAH S.W.T. Klik SINI
Sunday, 17 June 2012

Hantaran Kahwin Yang BRILLIANT


Salam.

Belek punya belek, stalk punya stalk, Abe terjumpa gambar ni... tersengeh sorang-sorang Abe tengok gambar ni...huhuhuhu. NoraElena, jangan bagi kat Abe mende segini... Abe xminat maen game...

Tapi pada Abe, ni hantaran kahwin yang 'brilliant'. Bagi gamers (Mat Yie), untung kalau dapat bakal isteri yang memahami ni, huhuhuh (tak dan nak mikir). Pada mereka jugak, boley la harap-harap ada la PS3, Xbox, HDTV, Canon 5DM3, dan segala yang lain. Nanti dah duduk sekali, boleh layan sama-sama. Tentu bahagia rumah tangga, huhhuhhuhhu

P/s: Hantaran untuk perempuan, kasi towel dah la. Pun boleh pakai sama-sama juga. Hahaha.

Saturday, 16 June 2012

Jangan SOMBONG!!


Salam. Abe nak kongsi sikit pasal perihal sombong ni...

Kita baru naik Kapal Terbang sudah berlagak Sombong. Rasulullah S.A.W naik ke langit pun tak Sombong. Kita baru naik Bugatti Veyron @ Lamboghini sudah Sombong. Rasulullah menunggang Buraq yang selangkah kakinya itu sama dengan perjalanan sejauh mata memandang pun tidak Sombong. Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit dah Sombong dan merasa bangga. Kalau Menteri senyum kepadanya dia merasa bangga. Rasulullah S.A.W berjumpa dengan Allah S.W.T di Sidratul Muntaha yang mana Malaikat sendiri pun tidak pernah masuk, tetapi Baginda tidak pun Sombong. Jadi, apa sebab kita perlu Sombong di atas Dunia ni? Peliklah tengok orang SOMBONG ni... huhuuhuhu

*Jadikanlah kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w sebagai Idola yang sepatutnye kita contohi. Cinta Allah, Cinta Rasulullah ♥

Gambar iPhone 5



Kemungkinan besar, memang inilah rekaan terbaru Apple iPhone 5 yang berkemungkinan akan dilancarkan beberapa bulan sahaja lagi. Macam nampak 'Executive Touch' je Abe tengok...

Apa pendapat anda berkenaan rekaan iPhone 5 ini jika memang rekaan inilah yang dipertontonkan nanti?
Friday, 15 June 2012

D'Citarasa Sup Power



Salam.

Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak Abe di Shah Alam... Jauh journey Abe ari ni, gi straight je ke Shah Alam... Campor sesat, akhirnya tiba di Klang... Jauh kan, kan, kan, kan... Huhuhuhuh

Last2 skali, Papago jugak yang jadi mangsa, penunjuk arah... Lepas Abe hantar baju kat 'Mem' besar, terus kebuluran... So, singgah kejap di sini... Tgh tunggu nak amik order ni, tak tahu la sedap ke tak... Makan dulu deh, pasni Abe wat review deh..... TUNGGU....sat lagi nooooo

*dinner bersama Blogger Tersohor di alammaya, Apakah? & Kucing Kuyup serta taklupa Blogger baru, HantuDieCast

Published with Blogger-droid v2.0.4

Istikharah?


Selagi belum lafaz akad , selagi itu akan ada jarak di antara kita...♥

Salam

Ramai yang tak tahu apa itu 'istikharah'. Ada jugak yang pernah tanya Abe berkaitan dengan hal ni. Abe terlalu jauh kalu nak bercakap soal ni, Ilmu Abe terlalu cetek sangat3x lagi... Bila ada orang tanya, Abe akan simpan soklan tu dan tanyakan ke orang yang selayaknya jawab... Hasilnya, ni perkongsian Abe jawapan daripada pertanyaan Abe pada sorang Ustaz... Untuk renungan kita bersama, insyaAllah...

"Ustaz, saya mahukan seorang gadis. Saya nak pinang dia. Saya dah buat istikharah. Tapi, saya ragu-ragu lagi. Sebab saya sukakan dia kerana rupa paras dia. Itu ukurannya. Apakah tanda-tanda selepas istikharah itu?" Tanya seorang Sahabat Abe.

"Istikharah tidak datang hanya semata-mata melalui mimpi. Ia boleh datang dengan rasa berat ke arah itu, ilham, dipermudahkan urusan dll. Soal menerima pasangan hidup dengan perasaan ragu-ragu itu berbahaya, ia bisa mengoncang rumahtangga kelak. Nak kahwin mesti yakin, yakin dengan siapa anda mahu berkahwin!"

"Saya buat Istikharah, samaada mahu pilih A atau B. Tapi tiba-tiba muncul pula C. Saya takut!"

"Sebab itu jangan fokuskan pilihan itu kepada A atau B. Tetapi fokuskan, yang mana mampu berikan kebaikan dunia akhirat. Manalah tau tiba-tiba muncul J, K, X, Y, Z, tak ke haru-biru?"

Kesilapan seorang lelaki dan seorang perempuan dalam berdoa, mengharapkan diberi jodoh dengan menyebut nama si fulan. Misalnya:

"Ya Allah, kau jadikanlah Rogayah Bte Selamat itu sebagai isteriku."

atau:

"Ya Allah, kau berikanlah insan bernama Bedul bin Jusoh sebagai suamiku kelak."

Sepatutnya kena berdoa:

"Ya Allah, kurniakanlah aku isteri/suami yang soleh/solehah sebagai penyejuk dimata, penenang dihati."....♥
 

Maher Zain - LIVE di Malaysia


Salam

Tinggal hanya lebih kurang 1 hari sahaja lagi sebelum Konsert "Forgive Me" Live di Malaysia. Kalu Abe tengok tarikhnya. setakat ni pada 16 Jun 2012. Masih lagi takda sebarang perubahan pada tarikhnya. Bila Abe Google tadi, Abe tgk, dalam konsert itu nanti dijangka ada beberapa "KEJUTAN" yang bakal ditunjukkan oleh Maher Zain sendiri.

Dalam kesungguhan Maher Zain membuat persiapan untuk konsert tersebut, anda pula bagaimana ? Sudahkah anda mendapatkan tiket ke sana ? Sudahkah anda mengingati lirik untuk memeriahkan lagi konsert itu nanti ?

Jika belum, masih belum terlambat lagi ! Anda boleh mendapatkan tiket di :
http://www.maherzainforgivemeconcert2012malaysia.com.my/ticket.html

Dan susunan tempat duduk adalah seperti berikut :
http://www.maherzainforgivemeconcert2012malaysia.com.my/seating.html


Bagi peminat Maher yang tidak sabar untuk menyaksikan Maher Zain "Forgive Me" Live In Malaysia, tiket boleh didapati menerusi pembelian secara talian iaitu di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 03-92228811.

Kali pertama, kali kedua & kali ketiga...


Selagi belum lafaz akad , selagi itu akan ada jarak di antara kita...♥

Kali kedua ?...serik fobia takut..

Jgn takut mencuba lagi...hasilnya hak Allah...yg kita ada hanyalah usaha..♥

Contoh...Siti Khadijah...kali pertama gagal..kedua gagal..kali ketiga dapat Kekasih Allah.. Akhirnya jadi Penghulu Syurga..♥

JANGAN tutup hati untuk bercinta lagi...sebab Allah akan ganti yang LEBIH BAIK.....♥

*yg penting hubungan dgn Allah tidak putus...
*mintak dgn Allah kembali...mungkin kita tak menghargainya sebelum ini..
*baiki diri...

-Semanis Kurma..♥
Thursday, 14 June 2012

Sultan KELANTAN yang ZUHUD


SubhanAllah!

Zuhud orangnya. Pergi ke masjid pun bawak kereta sendiri. Siapa yang Abe maksudkan?

KDYMM Sultan Muhammad V
Sultan Dambaan Rakyat Malaysia ♥
Wednesday, 13 June 2012

Qariah Wanita Kelantan Dibenar Sertai Tilawah



KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan akan memberi laluan semula kepada qari wanita (qariah) untuk menyertai tilawah membaca Al- Quran bermula tahun depan.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz (gambar bawah) berkata, ketika ia disekat 22 tahun lalu, ia hanya disekat sementara bukannya diharamkan.


Langkah ini, katanya diambil memandangkan banyak hasrat disampaikan melalui pertemuan dan surat agar membenarkan ianya diadakan semula "akhirnya ikatan sekatan itu dibuka semula bermula tahun hadapan."

Beliau berkata, kebenaran ini diberikan berdasarkan pendekatan serupa yang diambil Rasulullah dalam isu menziarahi kubur. "Ketika itu, ada yang menangis, jilat kubur, cium dan lain-lain lagi," katanya.

Begitu juga di Kelantan, peringkat awal dahulu masyarakat tidak begitu berpegang pada syariat khususnya dalam menjaga aurat, berpakaian menjolok mata hingga tidak ada perbezaan lelaki dan wanita. Sedangkan Allah jadikan ianya berbeza antara lelaki dan wanita, katanya. "Kini banyak dah tutup aurat, amalan hidup juga berbeza banding dulu," katanya juga.

Beliau berkata kepada media selepas majlis makan tengahari bersama MB untuk meraikan johan tilawah Al-quran peringkat kebangsaan Anuar Ghazali. Anuar yang mewakili Kelantan menjadi johan dalam tilawah itu dengan mendapat pencapaian tertinggi iaitu 93.6 peratus dan juga johan paling muda, 36 tahun. Beliau bakal mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Ketika ditanya, tidakkah ia bakal menjadi isu, Nik Aziz menjawab, Kelantan sudah sentiasa menjadi isu dan tidak putus-putus. "Lagipun dulu hanya kita sekat bukan haram terus," katanya.

-sumber: HarakahDaily

Ramai yang enggan SEBAB ramai yang EGO!!


“Ramai yang enggan membuka buku dan membaca tulisan seseorang individu kerana merasakan dirinya tidak layak untuk membaca dan melihat luahan ilmu daripada seorang yang dianggap lebih rendah daripadanya.

“Ramai juga yang enggan mendengar ulasan kebaikkan daripada seorang individu lain hanya kerana menyangka dirinya lebih mengetahui. Dan begitulah terbantutnya proses ilmu itu hanya kerana setitis sifat ego yang ada dalam diri”

“Ego sebenarnya akan menjadikan seseorang itu semakin ‘tidak pandai’. Lebih malang lagi, ego akan menjadikan dirinya taksub  dan rasa hebat pada matanya sendiri sahaja, namun ia kelihatan ‘bodoh’ pada pandangan ramai. Ya Allah, jauhilah Abe & Sahabat-Sahabat Abe daripada tergolong dalam kumpulan ini.’
Tuesday, 12 June 2012

Selamat Hari Lahir KakSujie...



Salam

Arini tanggal 12 Jun 2012. Lepas solat ni baru sempat Abe nak wat satu 'entri' KHAS untuk KakSujie... Siap ada lagu ucap selamat lagi ni.... Kalu nak dgr, kena nyanyi sendiri ok... Abe cuma boleh sponser lirik je... Macam lagu untuk PANADOL tadi jugak, melodinya korang boleh nyanyi sesedap rasa sesuka hati je, hehhehehehe...

Ni lirik yang Abe sponser:

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamuuu

Allah selamatkan KakSujie sokmooo

Allah selamatkan kamoooooooooooooo

Tu je la untuk hari ni, Sekian... Hehehhehe

Published with Blogger-droid v2.0.4

FAKTA: Hanya di KELANTAN


Only in Kelantan.

1.    Signboard premis dan iklan wajib bertulisan jawi.
2.    Iklan wajib menutup aurat biarpun insan tersebut tidak menutup aurat.
3.    Tiada Sport Toto dan sebagainya.
4.    Tiada keraguan untuk bekerja di 7 Eleven kerana 7E di sana tidak menjual arak.
5.    Solat lima waktu masjid hampir penuh macam solat Jumaat (di masjid-masjid utama)
6.    Ayat suci Al-Quran, kata-kata pujian untuk Allah dan Rasul menghiasi segenap ruang di tepi-tepi jalan, di atas lampu isyarat sekaligus sentiasa mengingatkan kita.
7.    Tiada pusat hiburan
8.    Tiada panggung wayang.
9.    Apa lagi agaknya?
10.  Tunang Abe orang Kelantan, hehhehehehe

*Negeri lain patutnya dah lama contohi negeri seperti Kelantan... Tak kenal maka tak cinta...

Lagu Untuk Panadol...



Hari ni, Abe terasa lesu sikit... Macam nak demam pun ada... Mungkin sebab kat luar tu panas sangat agaknya... Pastu pulak bila masuk ke dalam opis, tetiba 'ekon'... Huhuhuhu, mau tak sakit kepala.... Nyut nyut nyut...

Balik keja nanti, kena cari Panadol kalu gini gayanya... Kalu cerita pasal Panadol, teringat pulak Abe dengan satu lagu ni... Dedulu masa Abe di zaman budak2, selalu jugakla Abe nyanyi lagu ni dikala sakit kepala... Bukan apa, wat hiburkan hati sendiri je... Ni Abe de 'paste'kan liriknya, lagu asal lagu siam... Kalu nak nyanyi, kena masukkan melody ala-ala ARABIC berzanji gitu... Selamat berhibur...

dokrok duk malay
toreh getah duo copet
huje beret beret

penin palo nyut nyut
telan PANADOL dua tir
Dok jadi apo
aku amik tohhok...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sultan KELANTAN jadi IMAM sembahyang...


 
Ya Allah S.W.T

Mula-mula Abe tengok gambar ni, Abe agak terkesima... Terkedu... & Abe memang dah duga... Apabila seorang Sultan menjadi IMAM, makmumnya pulak Rakyat dan Ulama'... Ulama' yang sangat berperibadi tinggi & sangat Zuhud...  Alhamdulillah
Masih ada Sultan yang selayaknya menjadi Ketua Agama sesebuah Negeri bernama Kelantan dengan keperibadian sederhana... Syukur kepada ALLAH S.W.T... Abe bangga & rasa sangat bertuah sebagai Anak Jati Kelantan... Sultan Berjiwa Rakyat

p/s: semoga ada pemimpin yang adil di MALAYSIA.. amin Ya Allah! ALLAHHUAKBAR.....
Published with Blogger-droid v2.0.4

Malasnya Nak Basuh Pinggan...



Salam

Abe kat kedai makan ni... Sekali tengok pinggan kotor, Abe terus teringat kat umah Abe... Hobi Abe korang mesti dah tahukan...PhD, Perot  Hala Depan Depan, maknanya kuat makan laaaaaa........

Bab makan memang Abe No 1, tapi bab basuh pinggan...... Huhuhuhu, Abe memang No 100, hehhehehe...

Pinggan Oh Pinggan, petang ni Abe gi bermesra ngn kamu ye... Sabar ye...

Published with Blogger-droid v2.0.4
Monday, 11 June 2012

AL FATIHAH: Osman Kering Meninggal Dunia...


 gambar Arwah Osman Kering ni kawan Abe rakam di Himpunan Sejuta Belia lepas...

Salam

Bila dapat tahu yang Osman Kering telah meninggal dunia, Abe terus 'Google' untuk mencari kesahihan berita ni... salah satu sumber, www.rotikaya.com telah kuarkan entri ni "Kami baru sahaja menerima pengesahan daripada beberapa orang terdekat yang pelawak & pelakon veteran Osman Kering sudah meninggal dunia awal malam ini."

Menurut anak lelaki Osman Kering, bapa beliau meninggal dunia sekitar jam 7.00 malam tadi & jenazah allahyarham kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Maklumat awal mengatakan Osman Kering meninggal dunia akibat penyakit batuk kering. Abe pun tak pastilah bila jenazah Arwah akan dikebumikan... Al Fatihah...

Rojak Tonggek?


Sedapnya... Sedap ke?

Mana ek nak cari Rojak tonggek ni? Sapa tahu? Tang 'tagline'nya tu
(Ok la tu...!!!!) yang pada Abe, hahhahaha tak boleh belah :)

Petang-petang macam ni keluar cari Rojak Tonggek pun best juga ni... Layan rojak sampai tertonggek dalam toilet...

GEMPAR: Bapa Lee Chong Wei Cuba Bunuh Diri...



BUKIT MERTAJAM — Polis hari ini menggagalkan dua cubaan membunuh diri bapa kepada seorang ahli sukan negara termasuk di atas Jambatan Pulau Pinang.

Lelaki berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah berkata pihak polis menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi ini. "Pasukan peronda dihantar ke tempat kejadian dan bertindak memujuk beliau agar pulang ke rumahnya. "Anggota kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memujuknya sebelum dia mahu pulang dengan baik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan peronda polis itu juga bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. "Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45 pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba terjun ke laut. Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya menyelamatkannya,” katanya.

Azman berkata, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan."Berdasarkan keterangan awal, beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya,” katanya.

* sumber: BERNAMA

Published with Blogger-droid v2.0.4
Sunday, 10 June 2012

REVIEW: Adidas Special Edition... 'Extreme Power'




Adidas Special Edition? Wow!!! Keluaran Terbaru ni... Extreme Edition tu...

Bila dapat 'set' ni kat tangan Abe, terus Abe tak tunggu lagi... Terus Zappppppppppppp, sembelih terus... Apa yang menarik minat Abe pada 'set' ni 'firstly' sebab tema 'kaler'nya... MERAH! HITAM! PUTIH! Pergh, so sofistikated... Memang Extreme Habissssss... Sebijik sama dgn Fevret kaler Abe... Tema umah Abe...

Kalau nak tanya pasal bau pulak, Abe taknak cerita lebih... Apa yang Abe dapat dapat gtau...... IA MESTI BELI!!!!!!! ingat, MESTI BELI!!!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

NONA TV3: Video Ben Ashaari, Qhaliff & Cik La


Salam...

Bagi yang tak sempat tengok NONA TV3 tadi, kat sini Abe ada lah 'upload' sikit video pasal segmen tu... Nipun Abe tgh2 Google, kebetulan jumpa... Apa lagi, 'entri' terus...

*Ben Ashaari, jangan marah ye... Sb sy tak bagi 'Royalti' kat Qhaliff bila siarkan Klip ni...

Suami Isteri Harus Sepakat... Ben Ashaari di NONA TV3



Rukun rumahtangga, kena ada keserasian antara Suami & Isteri... Abe masih takde pengalaman tu sb masih lum kahwennnnn, hehhhehhe... Orang sekeliling cuma boleh pandang dan komen... Mereka tak merasai... Kalau komen membina takpe. Tapi kalau komen menjatuhkan, tu yang perit...

Pengalaman yang Abe dapat harini, Suami kena turut sama 'Ringan Tulang'... Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing... antara Suami & Isteri... Tujuannya: Kebahagiaan Dalam Rumahtangga...

*buat Ben Ashaari, Isteri & Qhaliff, U alls Inspired Us... Tahniah!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Belajar Dari 'Hubby House'...



Mampukah? Bolehkah? Dapatkah? Layak ke? Boleh ek? Ye ke boleh?

Tu sume soalan yang akan Abe tanyakan pada diri Abe nanti KELAK, coming soon... Hehhehehe... Tak mampu rasanya untuk 100%, kalu dapat dalam 50%, kiranya dah ok kot bagi Abe, hurmmmm... Sekarang ni dah pukul 1 Petang, Abe xsabar rasanya nk tunggu pukul 2 Petang ni, nk tengok TV3... Rancangan NONA 'Hubby House'... Hehhehe... Watak utama? Jeng3x... Hero2 di atas

Published with Blogger-droid v2.0.4

Genap Setahun Abe Kenal Dia...



Salam

Tanggal hari ni 10/6/12, genaplah setahun Abe kenal dia... Tarikh yang sama tahun lepas 10/6/11, Abe & rombongan gi ke umahnya... Masa tu gi tgk dia je... Alhamdulillah, ari yang sama jugak, dia terima Abe...

Dari situ, mulalah perkenalan kami... Mulanya 'episode' Sesi Taaruf kami... Semoga Allah merahmati & menjaga Sesi Taaruf ni dari Perkara Mungkar sehingga ke Jinjang Pelamin

Published with Blogger-droid v2.0.4
Saturday, 9 June 2012

Ia JADI bila tak tahu nak buat apa daaaa.....



Salam...

Last skali jumpa dia, bulan Mac lepas... Pastu dah tak jumpa dia lagi dah... Rendu sangat kat dia... Mungkin diapun rendu kat Abe jugak kot... Harap-haraplah...

Nak jumpa dia, tak sempat lagi... InsyaAllah minggu depan, tupun kalau dia sudi jumpa... Hehehhehe... Petang2 ni, Abe buntu... Nak wat apa pun tak tahu... Nak goreng cekodok kat umah, malas la pulak... Nak basuh baju, dalam besen baju kotor cuma ada 2 lai je... Nak cuci kereta, sayang pulak sb kete tulum betul2 kotor lagi...

So, pk punya pk... Jeng2x... Terus cari tiket tgk movieeeeeee.... Hasilnya..... Ini dia....

*kat dlm panggung dah ni.... Nanti Abe akan wat Review movie 'Prometheus' ni, insyaAllah...

Published with Blogger-droid v2.0.4

WWW15 percuma untuk Tiong Lai?


WWWIS percuma utk Tiong Lai? Mudahnya, kouta Menteri kot, huhuhuhuh. Orang biasa macam Abe ni agak-agaknya ada kouta jugak ke? hehehhehehhe... sibuk je, sokmo nak 'enterprem' hehhehehehe... Semalam masuk Berita pasal ni. So, tadi Abe google, terjumpa pulak pasal ni... Macam biaselah, wat Entri terus...

KUALA LUMPUR — Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai tiga pilihan, termasuk mendapatkan nombor pendaftaran ”WWW 15” secara percuma, sesuai dengan kelayakan yang diberi kepadanya oleh kerajaan iaitu sebagaimana yang dipohon dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata Tiong Lai juga mempunyai dua pilihan lain iaitu membayar dengan harga tertinggi yang ditawarkan iaitu RM24,200 untuk mendapatkan nombor pendaftaran itu atau menolak tawaran tersebut jika tidak berminat.

Solah berkata, JPJ menerima permohonan untuk mendapatkan nombor ”WWW 15” daripada Tiong Lai untuk kegunaan kenderaan rasmi melalui surat permohonan bertarikh 14 Mei 2012, iaitu pada hari terakhir nombor pendaftaran ”WWW” dibuka untuk bidaan.

Katanya, Jawatankuasa Penilai Tempahan Nombor Pendaftaran Siri ”WWW” seterusnya memutuskan bahawa nombor pendaftaran itu ditawarkan kepada Liow dengan harga tertinggi iaitu RM24,200.
Beliau berkata, JPJ juga memaparkan nama pembida berjaya kepada umum selaras dengan prinsip ketelusan yang diamalkan dalam pengurusan tempahan nombor pendaftaran.

“Ia juga kerana bidaan telah dibuat oleh orang ramai, sudah tentu mereka ingin tahu siapa yang memenangi nombor yang dibida. Pemenang bagi siri-siri sebelum ini juga kita paparkan,” katanya. — BERNAMA
Friday, 8 June 2012

CUTE: Polis Comel


Memang comey sungguh bila Abe terjumpa gambar ni kat dalam Wall FB Abe td... Geram tengok budak ni... Siap ada 'nametag' lagi... Anak sapa ni ek?

Bila cerita bab budak kecik ni, bilalah agaknya Abe ni dapat rasa dukung 'baby', jenama sendiri, hehheheheha... 'Coming Soon' kot, sabar Abe sabar...

Bila nanti ada rezeki, Abe dah ada Sahabat untuk Abe berguru... Sapa eh Sahabat Abe tu? Korang semua pun buleh amik TIPS menjaga 'Baby' darinya di www.benashaari.com. Pengalamannya mengasuh anak pertamanya sedikit sebanyak boleh Abe jadikan TIPS bila dah ada 'Baby' sendiri nanti...InsyaALLAH...

SADIS: Polis Trafik Dilibas Mat Rempit Meninggal Dunia


 Allahyarham Koperal Mustaghni Tabir

Anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Koperal Mustaghni Tabir, 48, meninggal dunia kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Mustaghani sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) cedera parah di kepala dipercayai akibat dilibas dengan topi keledar oleh “mat rempit” ketika sedang menjalankan operasi di Jalan Gembira, Taman Bunga Raya, di sini jam 3.30 pagi, Ahad lalu.
SEDIH...Norizan memeluk anaknya, Khairunnissa. Di kanan, Mohd Hafiz. 
 
“Cuma saya pesan jangan jadi jantan dayus, tolonglah datanglah jumpa kami,” hanya itu mampu diluahkan dalam nada sedu, Khairunnissa Mustaghni, 20, anak perempuan anggota polis trafik yang koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, di sini, Ahad lalu.

Ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, semalam, anak bongsu daripada dua beradik itu turut sebak ketika mengingatkan kembali ayahnya, Koperal Mustaghani Tabri, 48, yang terdetik sesuatu perkara seperti berlaku sekarang.

“Masa itu kami tengok cerita Korea ada adegan pelakonnya koma. Abah kata kalau dia koma macam itulah jadinya,” katanya yang tak dapat menahan sebak.

Isteri Mustaghni, Norizan Shahidin, 53, pula berkata, dia bagaikan mendapat sinar harapan apabila doktor memberitahu suaminya sudah boleh menerima cecair makanan menerusi tiub.

Sebelum ini, katanya, apabila cecair itu dimasukkan tindak balas negatif apabila keluar kembali kerana badan suami tak dapat menerima.

*sumber: MyMetro & BHOnline

EKSKLUSIF: Gambar TERKINI Waris Mahsuri



Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi

Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua bertudung. Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas. Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan. Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil. Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.

Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel. Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998. Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.

Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia. Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara. 

Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

*sumber - beautifulnara.com

Published with Blogger-droid v2.0.4
Thursday, 7 June 2012

NGERI: Mat Rempit Maut Bawah Lori...


Mat Rempit Maut
KUALA LUMPUR – Dua remaja dipercayai mat rempit maut, manakala dua lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ipoh, menghala ke pusat bandar, awal pagi semalam.

Tiga motosikal yang ditunggangi empat remaja dipercayai mat rempit itu hilang kawalan dan terbabas, lalu merempuh sebuah lori dan van yang sedang berhenti untuk pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada jam 3.32 pagi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, penunggang motosikal, Muhammad Shafuan Ismail, 16, maut di tempat kejadian setelah terperosok ke bawah lori tiga tan yang membawa muatan ikan.

“Seorang lagi penunggang yang maut dikenali sebagai Muhammad Hafiz Naim Mohamad Termizi, 15, setelah motosikalnya bergesel dengan sebuah van yang datang dari arah sama,” katanya.

Menurutnya, dua lagi rakan mereka iaitu penunggang motosikal, Muhammad Syukor Aman Rashid Nizam, 16, dan pemboncengnya, Muhammad Haziq Lukman 18, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

“Ketika kejadian, kesemua mangsa menunggang motosikal dengan laju dan tidak sempat memberhentikan kenderaan sebelum merempuh sebuah lori dan van tersebut,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesemua mangsa tidak memiliki lesen motosikal. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Harun Omar di talian 019-3731710 atau Balai Trafik Kuala Lumpur 03-20719999. 

Abe Akan Terus Menulis...


 
Abe akan terus menulis,

Sehingga setiap pemuda yang Islam dirinya tidak perlu mendapatkan cinta yang kotor, yang tidak Halal semata-mata kerana mengikuti Nafsu Seks diri kerana perangai semulajadinya,
Sehingga setiap gadis menyimpan impian hanya untuk mengahwini pemuda yang beriman bukan beriman pada Mulut TETAPI beriman dalam hati & yang hatinya mencintai islam,

Sehingga setiap ibu yang mengandung bercita-cita untuk melahirkan para syuhada’ untuk islam,

Sehingga setiap bapa mentarbiyyah anak-anaknya seolah-olah esok dia akan menghantar mereka ke medan jihad fisabilillah,

Sehingga setiap kali ditanyakan kepada zuriat-zuriat ku ‘apakah cita-cita kalian wahai anakku?’,
lantas tidak ada jawapan lain kecuali ‘untuk syahid, wahai bapaku’.


'wahai manusia, kamulah yg memerlukan Allah'
Wednesday, 6 June 2012

FAKTA: KLIA, Lapangan Terbang Ke-5 TerBAIK di dunia...


Salam

Setiapkali seperjalanan Abe merantau ke Negeri orang melalui KLIA, setiapkali itulah Abe akan terMenikmati keindahan & kecantikan KLIA. Abe suka sangat tengok, cantik... Bila duk sorang-sorang, Abe 'try'lah google KLIA, pastu hasil yang Abe dapati KLIA ni tersenarai dalam 'ranking' ke-5 Lapangan Terbang Terbaik di Dunia... TAHNIAH...

Bangga jugaklah Abe... hehehhehe (soal abis berapa kerajaan belanjakan untuk bina KLIA, jangan tanya Abe sb Abe memang tak tahu). Ni Abe cuma menulis berdasarkan `apa yang Abe rasa saja... No politik-politik ye... :)

Data survey oleh Skytrax World Airport, yang didapati daripada responden yang sebahagian besar adalah pelancong dunia, diperolehi data 10 Lapangan Terbang Antarabangsa terbaik di dunia. Data yang diambil dalam penilaian ini adalah Kebersihan lapangan terbang, kemudahan, ketepat waktu, serta kemudahan yang disediakan di lapangan terbang tersebut. Inilah yang dapat Abe kumpulkan... Abe susun mengikut 'Ranking' 1 sehingga 10...
1. Changi International Airport (Singapura)
* klik SINI untuk ranking ke-2 sehingga ke-10 ye...
Tuesday, 5 June 2012

LARANGAN ALLAH: Inilah Terjadi Bila Bersentuhan


Abe kongsikan sebuah sabda Rasulullah:
 
لَأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيْدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لاَ تَحِلُّ لَهُ
“Kepala salah seorang ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (HR. Ath-Thabarani dalam Al-Kabir 20/210 dari Ma’qil bin Yasar radhiyallahu ‘anhu, lihat Ash-Shahihah no. 226)

Pada perempuan yang naif diluar sana. Inilah alasan dan sebab mengapa Allah S.W.T melarang bersentuhan dengan bukan muhrim atau pasangan masing-masing diluar sana..

Pada lelaki yang daif diluar sana, JANGANlah kamu mengambil kesempatan di atas ke'naif 'an kaum perempuan..
 
Lihat tanda merah dalam gambar di atas

Kajian Saintifik menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi dikawasan tersebut. Jadi berpegangan tangan membuatkan jantung seorang perempuan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang. Sedangkan lelaki berdegup di otak dan bahagian sulit kerana nafsu semata..

Macamana Nak Parking ni?...



Amboi.... Panjangnyaaaaaaa...

Semalam sedang Abe berada disuatu lokasi, Abe ada lah terpandang sejenis kereta ni... Jenama kereta ni Abe tahulah... Sebelum nipun Abe pernah jugaklah tengok kereta Model Jenis ni dulu...

Cuma tetiba je bila tgk kereta ni smlm, Abe terfikir sesuatu... Tetiba je terfikir... 'Macamana ek nanti owner dia nak parking? Parking lot biasa muat ke?  Susah ke nak drive kete ni? Lagumana nanti nk naik parking roof yang kena buat pusingan bulatan spiral macam kat Alamanda? Lepas ke nak buat pusiangan spiral tu? 'Huhuhu

Semua soklan-soklan tu berlegar dlm otak Abe smlm... Dalam terfikir, Abe dah dapat jawapannya... Dalam Abe menjawab sendiri soklan tersebut, Abe cuma hanya mampu TERSENYUM.... Hehhehehe

*moral of the story: kalaulah kita ni owner kereta tu, kita pandai2lah nak wat mcmana ye... Drive ke, parking ke, pandai2 dia lah ye... Hehhehe

Published with Blogger-droid v2.0.4
Monday, 4 June 2012

Bilamana Jauhari Mengenal Manikam...



Seorang guru yang sangat dihormati dan terkenal didatangi oleh seorang muridnya pada satu hari di rumahnya. Murid itu kehairanan melihat keadaan rumah gurunya dan cara gurunya berpakaian. Semuanya kelihatan serba sederhana dan tidak menunjukkan ciri-ciri rumah dan cara berpakaian orang yang terkenal.

"Wahai guru, saya tidak faham mengapa seorang guru yang terkenal seperti kamu tinggal dan berpakaian seperti ini.Tidakkah sepatutnya kamu berpakaian dan tinggal di rumah mewah setanding dengan kemasyhuran dan kekayaan yang kamu miliki?" Guru itu cuma tersenyum sambil melucutkan sebentuk cincin dari jarinya.

"Saya akan menjawab pertanyaan kamu tapi sebelum itu kamu perlu ambil cincin ini dan bawa ke pasar. Cuba kamu jualkan cincin ini dengan harga sekeping wang emas" Melihat kepada keadaan cincin gurunya yang kusam, murid itu agak ragu-ragu.

"Sekeping wang emas? Saya tidak pasti cincin ini boleh dijual pada harga tersebut" kata murid itu lagi.

"Cubalah dulu. Manalah tahu kamu berjaya menjualnya pada harga tersebut" kata gurunya. Murid itu lalu membawa cincin itu ke pasar. Dia bertanya kepada penjual kain, penjual sayur, penjual daging, penjual ikan dan lain-lain peniaga tapi tiada siapa yang mahu membeli cincin itu dengan harga sekeping wang emas. Murid itu kembali kepada gurunya dengan perasaan hampa.

"Wahai guruku, tiada siapa yang ingin membeli cincin ini dengan harga sedemikian. Paling mahal yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga di pasar itu ialah sekeping wang gangsa"

Guru itu masih lagi tersenyum dan berkata, " Sekarang kamu bawa cincin ini kepada kedai emas di hujung jalan ini. Tunjukkan cincin tersebut kepada tukang emas di situ. Jangan kamu sebutkan harganya sebaliknya tanya tukang emas tersebut, berapa harga yang boleh ditawarkan untuk cincin ini"

Murid itu pun pergi ke kedai emas tersebut dan seketika kemudian pulang dengan muka yang berseri-seri. "Wahai guruku, tukang emas itu menawarkan seribu keping wang emas untuk cincin ini. Saya bagaikan tidak percaya dengan harga itu"

"Wahai muridku, itulah jawapan kepada soalan kamu tadi. Seseorang itu tidak boleh dinilai dengan keadaan rumah tempat tinggalnya dan cara dia berpakaian. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Permata dan emas dalam diri seseorang hanya boleh dilihat oleh mata hati, bukan mata kasar dan ia perlukan proses yang agak teliti untuk mengenalinya. Kita tidak boleh melihat permata dan emas dalam diri seseorang hanya dengan pandangan pertama (first impression). Seringkali kita tersilap membuat andaian. Sesuatu yang kita nampak luarannya seperti emas rupanya tembaga dan sebaliknya"

Published with Blogger-droid v2.0.4

Teringat Kat Dia...



Lama dah Abe tak tengok dia, lama dah Abe tak bawak dia, lama dah Abe tak jumpa dia... Teringat betul kat dia... Agak2nya bilalah buleh Abe jumpa dia semula ek? Huhuhuhu, rendu terAmat kat dia...
 
Published with Blogger-droid v2.0.4
Sunday, 3 June 2012

NGERI: Pelajar Makan Otak & Hati Kawan Sebilik...


WASHINGTON – Seorang pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) mengaku membunuh rakan sebiliknya, memotong badan dan memakan sebahagian otak serta semua hati mangsa, lapor media AS semalam.

Alexander Kinyua dari Baltimore, Maryland ditahan pada Selasa lalu selepas polis menggeledah rumahnya kerana abangnya menemui kepala dan tangan mangsa, lapor akhbar Baltimore Sun.


Kinyua, 21 yang merupakan pelajar Universiti State Morgan, mengaku bersalah membunuh dan mengerat anggota badan teman sebiliknya, Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie.
Motif sebenar kejadian masih tidak diketahui dan Kinyua didakwa atas tuduhan membunuh.

Kejadian tersebut menambah jumlah jenayah mengerikan yang berlaku di Amerika Utara pada minggu ini. – AFP

sumber : www.xlupa.com

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com