Saturday, 19 May 2012

Kera Di Hutan Di Susukan...



'Kera Di Hutan Di Susukan, Anak Sendiri Mati Kelaparan'.

Abe tak rujuk pada sapa-sapa. Abe tak sindir sapa-sapa... Abe cuma terkilan je. Sebab apa, Abe duduk di bumi sendiri tapi rasa seperti duduk di bumi asing. Terlalu asing bagi Abe.

Kenapa Abe ckp macam ni? Smlm Abe sempat gi ke satu pasar di Kawasan ni... Nak tahu tak apa yang Abe lihat? Abe pergi ke Pasar (sini dorg kenali sbg Market), Abe tak jumpa pun Orang Local yang berniaga kat situ... Sume kedai di'conquer' oleh bukan Orang Local... Faham kan apa maksud Abe, faham kan apa yang Abe nak sampaikan kan?

Abe pun pelik la bila tgk balik, macamana bukan Orang Local boleh sewenangnya menjajah bumi kita? Salah siapa? Macamana kes ni buleh berlaku? Abe memang ada jawapan, cuma Abe pendam je atas sebab tertentu...

Dunia... Dunia...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Bangla Untuk Dijual?



Ada ke? Kat Kelantan tuu... Sapa berminat nak gi beli, silalah ke Kelantan... Harga? Tau tahulah. Entah murah atau mahal, Abe tak tahu... Hahahaha

Macam tu punya 'printing error' pun buleh berlaku, kalau saiz Banner tu besar tapak tangan, Abe maafkanlah. TAPI Banner ni besarrrrrr saiz besarrrrrr, Mustahil wooo tak perasan 'printing error' tu. Huhuhuhu

Macam inilah dalam 'life' kita, kadang-kadang sesuatu kesilapan tu disengajakan untuk buat-buat tak nampak walaupun Hakikatnya memang NAMPAK!!!!!

*kalaulah betul ada sungguh lah Bangla Untuk Dijual ni, sape ek yang nak beli? Dunia-dunia...

Published with Blogger-droid v2.0.4

4 Malaikat...



Abe hanya Berkongsi: Apabila seorang hamba Allah sakit, Allah akan mengutuskan 4 Malaikat kepadanya:

1. Malaikat PERTAMA akan mengambil SELERA MAKANNYA

2. Malaikat KEDUA akan mengambil REZEKINYA

3. Malaikat KETIGA akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA (pucat)

4. Malaikat KEEMPAT akan mengambil DOSANYA

Apabila sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua & Malaikat Ketiga memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak pernah menyuruh Malaikat Keempat memberi balik Dosa hambaNya tersebut. SUBHANALLAH! Betapa MuliaNya & SayangNya Allah S.W.T terhadap kita, hamba manusia. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah & ucapkanlah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah Penghapus Segala Dosa...

*Allah S.W.T tidak pernah Zalim terhadap Manusia. Abe cuma terkilan, macamana manusia boleh menZalimi sesama manusia...

Published with Blogger-droid v2.0.4
Friday, 18 May 2012

Babi Naik 4x4?




Kali pertama sepanjang hidup Abe ni, Abe dpt tgk Babi naik Hilux... 4x4 tu... Memang selekeh tul 'owner' Hilux tu, macam tu je bawak menatang Babi tu... Bon**t Babi tu pulak menghala ke kereta lain pulak tu, huhuhhu. Kalaulah andaikata Si Bab* terkuchil ke, ape ke, amacam ek? Takpasal-pasal pulak orang kat belakang tu kena Samak kete... Kalau orang kat belakang tu naik moto, apa akan jadi? Huhuhuh

Dunia..... Dunia

Published with Blogger-droid v2.0.4

15 Sebab Lelaki Sentiasa Happy?



Hahaaha, memang tak boleybelah Abe tgk artikel ni... Tul ke Lelaki sentiasa Happy sebab ni? Hahaha. Dlm 15 sb atas tu,dua je yg mungkin de kaitan dgn Abe, mungkin kot hehhehe.... No berapa ek? Kuikuikui. No 1, pasti. No 4 tu, ye kot :)

Sekadar lawak wat hiburan di pagi hari ni buleh lah, hehehehe. Tgk buleh, percaya jgn :)

Published with Blogger-droid v2.0.4
Thursday, 17 May 2012

17 in 1?



Pelarian Di Bumi Sendiri...

Dalam setin Sardin, buleh dapat dlm 5 ketul ikan... Itu Sardin la.. Percaya tak korang, dalam 1 van, buleh muat 17 orang? Kalau tak pecaya pun, kena percaya jugak... Itu hakikatnya. Nasib baik 'distance' tak jauh. Kalau tak, alamatnya kuar la semua Sos-sos Tomato Special, sama sebijik macam Sardin, hehehehe

Jenuh nak menghidu, kuikuikui

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sabar Wahai Sahabatku...



Abe terkesan pagi ni dengan satu perkongsian semalam dari sahabat-sahabat Abe. Tetibe rasa termotivasi di pagi hari, Alhamdulillah. Teringat pulak Abe satu soalan yang pernah Abe tanyakan pada seseorang dulu berkaitan Sabar.

Jawapannya lebih kurang macam ni:

Wahai Sahabatkuku, tidak ada lagi sikap lain yang harus engkau lakukan kecuali bersabar sebagaimana Allah memerintahkan kepada kita untuk memohon pertolongan-nya dengan sabar dan melaksanakan solat pada saat menghadapi kesulitan.

Firman Allah Taala bermaksud,

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar". (Al Baqarah:153)

Maka sabar itu adalah kunci kegembiraan, insya Allah. Oleh kerana itu, seorang Muslim harus menghadapi kehidupan ini dengan hati yang tabah, jiwa yang kuat dan kemahuan penuh tekad. Dan hendaknya sikap itu lebih kuat daripada peristiwa-peristiwa kehidupan itu sendiri, dengan bertawakal kepada Allah, berpegang teguh dengan tali-Nya dan percaya kepada-Nya bahawa kehidupan esok adalah milk-Nya bahawa setelah malam berlalu pasti terbit fajar, begitulah juga di samping kesulitan pasti ada kemudahan selepasnya.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Wednesday, 16 May 2012

Lumrah Hidup...



"Life is like riding a Bicycle. To keep your balance, you must Keep Moving"

Memang lumrah hidup di zaman sekarang, dah tak boleh lari dah... Ayat atas tu Abe amik petikan drpd kata-kata pujangga... Abe amat stuju sangat, setuju bebenor...

Apapun dugaan yang mendatang, kita kena hadapi dengan bijaksana. Selesaikan dengan cara yang sebaiknya. Ikhtiar permulaannya, tawakkal selebihnya...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Seksi @ Seksa?




Istilah PhD memang 'pemes'... PhD tu ape? Doktor palsapah ke? Taklah, tak betol tu... Kuikuikui, PhD tu Perot Hala Depan laaaaa... Sape ek? Abe ke tu? Hehhehe, mungkin

Dulu masa umor Abe muda-mudaan, Abe ni agak taff jugaklah, ala-ala sixPax gitu... Tapi lama-lama sikit, Pax tu dah making mengkurang... Sekarang ni, fullspec da kot.... Hahhahaha. Dah makin jadi men'seni' dah, susah nak bikin wooo. Seksi tuuu

Berckp pasal 'seni' ni, Abe sebenarnya risau la jgk, risau sgt2. Risau pasai Abe takut 'seni' makin menjadi2. Kalu dah makin menjadi2, agak bahaya wooo. Obesiti tu wooo...

Nanti kan tak pasai2, dari Seksi tukar jd Seksa... Parah wooo....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Pening Otak!!



Macam-macam arahan keluar... Tak boley ke stick pada 1 arahan pada 1 keadaan? Arahan pening? Apa ni? Laaaaaa, ni arahan apa ni, macam gam****...

Ayat yang biasa kita dgr bilamana diarah untuk benda-benda yang 'nonsense'... Camne ek nk settle bila dpt arahan se'gam****' ni? Pada Abe, jawapannya senang je... layan separuh je lah... Bukan sb boikot, tp smata-mata sb tak terlayan, hehehe. 

Tengok muka kucing kiut kat atas ni lagi tenang jiwa dr tengok muka dorg, kuikuikui :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tragedi 13 Mei 2012...






Tragedi? Suka & duka, semua ada... Majlis persandingan, journey yang ceria, buat show, hahhaahha. Macam-macam ada... Tu semua di siang ari lah...

Malam pulak lain ceritanya... Pengantin cerialah di malam hari sebab....... (tutttttt) Abgchik, nk dukung baby... Tapi Abe lak, berduka tapi rela. Perginya seorang sahabat, juga pada hari yang sama.

Al Fatihah buat Arwah Nazar Hakim... Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman... Amin

Published with Blogger-droid v2.0.4

Rumah ini...



Rumah ini? Penuh dgn Misteri...

Cantik tu cantiklah... Besar tu besarlah... Luas tu luaslah...

Apa komen korang tentang umah ni?

Published with Blogger-droid v2.0.4
Tuesday, 15 May 2012

Ada ke patot...



Tengok gambar menatang apa sebelah Abe ni?

Tadi Abe kononnya nak mamam tengahari... Tertengok satu kedai melayu kat sini, terus singgah duduk. Planning dalam kepala nak 'order' masakan panas & air teh O beng, fevret Abe... Tunggu punya tunggu 'waiter' sikit punyalah lama...

Tup-tup, Abe tak perasan bilamasalah la pulak menatang ni mari duk sebelah Abe, huhuhuhu... 
Tergezut wooooooo

Abe tunggu apa lagi, terus lariiiiii woooo, lari tak cukup tanah. Hilang terus selera makan.....

                                                                                                                                 Published with Blogger-droid v2.0.4

'SENI'nya sarapan pagiku...





Memang asing bagi Abe... Ni 1st time sepanjang Abe dah tua ni makan bekpes cara seUnik ni. Ni namanya 'Seni'...

Cara makan? Korang fikirkanlah sendiri, hehehhe. Abe dah bagi 'clue' dah atas tu sikit :)

p/s: kalu teringin nk join, PM Abe ok :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Kebenare Memey Pahik, Sebab Syurga Tuh Manih!!



Bakpolah payoh benar kalu nok kecek pasal kebenare nih? Pedih bena ko? Alohlahweih, dunio dunio... Abe ni tok la panda sangak kalu kecek bak-bak kebenare ni... Kure bena ilmu Abe pasa bak nih...

Que, bakpo mu nulih guno bahaso kelate? Jawape Abe seney jah... Susoh nok terey pasa kebenare kalu direk to de poink... Keno guno bahaso haluh... Ni je lah pilihe hok tebaik Abe utuk menulih... Abe cumo buleh oyak:

Berjuang memang pahit..

Kerana syurga itu manis

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar

Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerna kebenaran

Antara dua jadi pilihan.

Dunia yang fana atau syurga

Berjuang tak pernah senang

Ombak derita takkan henti... 
~ sunnah orang berjuang ~


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila Didikan Tu Betul...



Salam.

Anak-anak yang dilahirkan akan menjadi musuh dalam kehidupan sekiranya mereka tidak diberikan pendidikan dan ajaran agama. Anak-anak yang tidak dibekalkan dengan ilmu agama akan menjadi orang yang tidak tahu tanggungjawabnya sebagai seorang Islam. Tanpa tanggungjawab ini, anak-anak akan melakukan perbuatan maksiat sesuka hati mereka. Akhirnya... ibubapalah yang akan menanggung beban dan dosa atas sikap lalai kita selama ini. Anak-anak yang tidak beriman dan bertaqwa sudah pastu tidak mampu untuk mendoakan kedua orang tuanya setelah orang tuanya meninggal dunia. Iman bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi. Ianya perlu disemai dan dibaja sebaiknya.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Monday, 14 May 2012

Terlebih sudah... kurangkanlah 'Ajinomoto' tu..



Musim skarang ni, cuti skolah dah dekat... Pastu pulak ada ura-ura dalam masa terdekat ni, PRU... PRU!! PRU!!... Masing-masing dah mula peranan masing-masing dah... Abe taksabar dah rasanya nak tunggu saat tu, bkn apa, taksabar nak tengok Lakonan Opera boneka-boneka plastik... Skrip agaknya memang dah siap lama dah kot, cuma tunggu pengarahnya je main peranan... Pelakon sume da standby dah tu...

Abe suka petikan ayat ni: Jangan cerita la pasal telus kalau sebenarnya telur ! Jangan cerita pasal jujur padahal hancur ! Jangan cerita pasal amanah padahal sampah ! ~ credit to fbBA

Tengok apa sudah jadi kat telur separuh masak tu, bila ajinomoto terlebih... Last-last skali, buang... Kalau cakap sembang je, last-last skali..... Pecah tembelang

Published with Blogger-droid v2.0.4

BEN ASHAARI TANYA APA YANG AKU MAHU SEBENARNYA ? 



Abe cuma mahu apa yang Rakyat Malaysia mahu sebenarnya... Apa yang elok, elok lah jugak sebenarnya...

Senarai undi di'recheck'
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

Undi pos diperbaharui kaedahnya
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

Dakwat kekal dicuba guna
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

Kukuhkan institusi awam
• Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi.
• Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia. Contohnya : Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
• Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
• Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
• Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa. Jangan diganggu gugat dengan camputangan politik.
• Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang. Jangan diganggu gugat dengan campurtangan politik.

Hentikan rasuah
• Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi.
• Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
• Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

* Abe bukan pro mana-mana badan mahupun apa-apapun jua. Abe cuma mahu 'Keadilan Dilaksanakan'. Tepuk dada tanya hati, Wallahualam...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Nasi Lemak pun naik belon...



Bangga betul Abe rini, ingatkan Nasi Lemak tak 'pemes', orang tak kenal. Rupanya, Nasi Lemak tu semua orang tahu wooo... Mat Saleh yang duk kat sebelah Abe tadi pun, bila Stewerdess tanya: we have Nasi Lemak & also Bread with Chicken Curry, which one u prefer Sir? Nak tahu tak apa yang Mat Saleh tu jawab? Dengan bangganya dia jawab: I Love Nasi Lemak... Gimme Nasi Lemak. Terkezut Abe dengar.

Abe tengok je muka Mat Saleh tu sambil senyum, dalam hati Abe: Bangganya Nasi Lemak dah jadi popular, dikenali... Bangsa asing pulak tu... Siap cakap 'I Love Nasi Lemak' lagi, mau Abe tak bangga...

*hakikatnya: walaupun Nasi Lemak dlm MAS ni memang tak berapa sedap, kikikiki. Cian Mat Saleh tu...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Gapai Awan? Mustahil lah....



Biaq betui? Buley ke? Logik ke? Gila ke apa nak gapai awan, tak masuk akai...

Pada Abe, tak mustahil wooo... Nak tak nak je... Akai ada kan, guna akai sewajarnya...

Apa Abe cakap ni? Korang paham tak? Abe merapu rapu ek? Tak la, Abe ada nak cakap sesuatu...

Cuba korang pikiq balik ye: pepatah lama-lama kan ada gtau, Usaha Tangga Kejayaan...

Allah S.W.T kurniakan kita hati. Dari hati yg kita ada, buat timbangtara yang sewajarnya. Bila hati dah di'tune' baik, ia akan pengaruhi pemikiran kita. Bila pemikiran kita terdorong kepada pemikiran yang baik, ia akan pengaruhi tindak tanduk kita... Sume tu kan elok kan... Allah S.W.T dah atur cantik dah, manusia je yg porak perandakan... Dengki situ, dengki sini, fitnah situ, fitnah sini... Huhuhu

Apa kaitan pulak Abe upload gambaq awan ni dgn entri ni? senang je, bagi yang tak lampi macam Abe, korang akan dapat tangkap Abe maksud Abe ni... Hehehhehe

So, pikir-pikiqkan lah ye...



Published with Blogger-droid v2.0.4

Flight Ada Masalah Teknikal?




Biar betul, boleh pulak ek tetiba je kata mereka flight ada masalah teknikal... Macam tak caye je rasanya...

Kalau masalah kecik takpelah, jangan masalah besar sudahhhhh... Bukan atas jalanraya ni woooo, jangan main-main

Tatooooooottt gua... :O



Published with Blogger-droid v2.0.4

Lompat Terus... Cian MU!!!



Salam.

Tergolek-golek tergelak bila Beben share gambar ni dalam Whatsapps tadi... Siap bagi Borang Tukar Kelab lagi... kuikuikui...



Memang zalim... Untuk semua punya Info, Abe tak sokong mana-mana Kelab ye... Abe hanya SOKONG mana-mana yang MENANG je... kuikuikui...

Peace... :) 

SAHABAT: Kejujuran Dalam Persahabatan...



“Never take some one for granted, Hold every person Close to your Heart because you might wake up one day and realise that you have lost a diamond while you were too busy collecting stones.” Remember this always in life.

Jika Abe tanya, Apa itu sahabat?
Sebagian besar orang akan menjawab “Sahabat adalah orang yang JUJUR bersahabat dengan kita, Orang yang bisa memahami kita, Orang yang senantiasa hadir saat kita perlukan, Orang yang mahu berkongsi, Orang yang mahu mendengar keluh kesah kita, Orang yang mau bersahabat dengan kita apa adanya, Yang mendekat saat seluruh dunia menjauh, dan sebagainya…”

SAHABAT SEJATI

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” 

(H.R Al-Hakim) 

Pada Abe, Abe cuma dapat rumuskan pengertian sahabat adalah :

“Orang yang Abe hormati… Orang yang sentiasa Abe doakan... Orang yang ingin Abe fahami lebih dalam, Orang yang ingin Abe ingati ketika Abe senang, & tidak ingin Abe bebani ketika susah, dan bila dia kesepian dan merasa seluruh dunia menjauh darinya, maka Abe katakan: 
Sahabatku…sungguh seluruh dunia tidak pernah menjauh darimu, justeru kitalah yang menjauh dari mereka, marilah kita sambut mereka, berbahagialah untuk mereka, mari dengarkan impian mereka, sambutlah tawa mereka, hapuskan tangis mereka, karena kita adalah Sahabat...”


Kejujuran Dalam Persahabatan
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mungkin melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik. 

Sunday, 13 May 2012

Perginya Seorang Sahabat... Al-Fatihah



Al-Fatihah

Hari ni tanggal 13 Mei 2012, perginya seorang lagi Sahabat Abe... Patah tumbuh hilang tak berganti... Abe cuma mampu iringi jenazah Arwah hanya dengan bacaan ayat suci Al-Quran je. Al Fatihah. Melihat jenazah mengingatkan Abe saat 5 perkata:


Sihat Sebelum Sakit

Muda Sebelum Tua

Kaya Sebelum Miskin

Lapang Sebelum Sempit

Hidup Sebelum Mati...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terharu sangat, TQ Atas Sokongan...



Salam.

Bagi orang yang baru macam Abe ni, Dunia Ber'Blogging' memang agak asing lagi bagi Abe. Terlalu banyak benda yang masih perlu Abe belajar. Abe perlu banyak bergaul... terlalu banyak lagi ilmu daripada Otai-otai kena Abe tuntut...

Abe amat bertuah sebab dapat sentuhan tunjukajar seorang Otai Blogger yang memang 'Femes', kata orang lah, hehehehe. Abe akui 100%, Ben Ashaari memang 'femes' dan Abe nak tambah lg... Ben bukan setakat 'Femes' tapi lebih daripada itu...


Persahabatan Abe dengan Ben Ashaari bukan sebab Abe nak menggunakan ke'femes'an Beliau untuk kepentingan Abe atau nak 'femes' cara cepat. Pada Abe, persahabatan ni wujud atas dasar 'Kejujuran Dalam Persahabatan'. Itu yang selalu Abe titikberatkan & Abe letak faktor ni 'Teratas' dalam semua persahabatan Abe dengan sesiapapun jua sekalipun.

Pada Abe, WWW.QUEACHMAD.COM ni adalah tempat "dimana dunia Maya & Nyata bertemu"


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sahabat Udah Lepas, Abe pulak bile?






Sahabat seOpis sudaaaa, Abe pulak bile ek? Sabar, sabar, sabar... Ada seorang Bos Abe (seorang OTAI, hehehe) tu, sabar je dia. Sabar dalam berpantang, hehehhehe. Selamat Berpantang BOSS

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ratu 'Enterprem'... hehehe




Cik Ina yang kecik molek kalau bab enterprem memang No 1... Kuikuikui. Memang tak bagi orang lain dah. Tengokla ni kalau tak caye... Caye la... Zasssssss

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tiba...






Papago punya pasal, ada ke patot bawak ikut jalan kampung, hahhahaha. Dah la jadi marshal, hahahha. Tak tahulah orang yang dalam 3 kereta yang 'polloe' tu 'nyumpah kot' hehehhe.

Ikut punya ikut, sampai jugak... Meriahhhh, Berbaloi baloi...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Nasi Minyak?




Bila orang tanya, Bila nak makan nasi minyaknya? Abe ada jawapan... Senang je, jawab je mai la kat Kampung. Kampung area-area Terengganu, hari-hari ada jual nasi minyak... Area umah Mat Yie, hari-hari ada jual nasi minyak.

Sebenarnya, tu jawapan Abe utk lepas diri je, kuikuikuikui... Almaklumlah, masih lagi membujang walaupun dah 'tak muda', hehehehe

Published with Blogger-droid v2.0.4

Journey to Tangga Batu, Melaka




Perjalanan ke Majlis Perkahwinan Norsharil & Faezah... Selamat Pengantin Baru...

Masih lagi tunggu semua Sahabat-sahabat Abe berkumpul... Tengah tunggu lagi 2 kereta sampai...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Toyota Camry ke Pelesit ni?




Lajunya Camry ni.... Tak tahu la pulak rupanya Lebuhraya kat Malaysia ni buleh jadi medan lumba. Ni belum kereta dari Singapore lagi... Lagilah macam pelesit lipas kudung...

Speedtrap nak trace Kereta Singapore macamna ye? Info dari Mat Yie, JPJ akan trace kereta dari Singapore masa mereka nak masuk ke Malaysia, kalau ada saman, mereka kena 'settlekan' saman tu dulu baru buleh masuk sini. Bagus la kalau macam tu... Sekurang kurangnya tak lah kurang ajar mereka-mereka tu 'driving' macam pelesit di tanahair kita.

Abe 'driving' macamana pulak eh? Hehehehehe, sopan santun... Hanya orang yang pernah naik kereta dengan Abe je yang tahu cara pemanduan Abe, yang penuh tatatertib... Ben Ashaari tahu gaya pemanduan Abe macamana, hehehhe. Penuh hemah...

Kikikiki, ye dop mu!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Mimpi @ Realiti?





Minat punya pasal, Abe tidur sampai mimpi naik Mercedes SLR McLarens.. Ni realiti @ mimpi ek? Entahlahhhh...

Lani buleh lagi lah nak peluk kete, nanti pasni... Ehem ehem, peluk orang lah pulak... Ish ish ish, jangan pikir yang bukan-bukan ye :P

Jangan nakal-nakal...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Itcha nak kena tinggal... lagi





Lusa, Itcha nak kena tinggal lagi... Harap-harap Itcha sihat sokmo walaupun kena tinggal. Itcha ni pemalu sikit, hobi: suka merajuk (macam Abe, buruk bebenor). Kalu dah Itcha merajuk, susah betul nak pujuk... Huhuhuhu...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com