
Syirik.... Ungkapan PERTAMA yang keluar daripada mulut Abe bila pertama kali Abe dengar pasal ni dari sahabat Abe tadi. Lokasi pokok kelapa yang dikatakan KERAMAT ni adalah di Banting, Selangor. Kononnya dikatakan tempat ramai orang duk 'ngangkung' nak dapatkan nombor ekor. Karut semua tu... Abe takdak tanya lebih pada dia sebab memang Abe tak berminat langsung untuk ambil tahu. Dengar perkataan KERAMAT saja pun dah cukup Abe tak berminat. Abe kongsi dengan korang di sini BUKAN bermaksud Abe nak suruh korang semua cari lokasi pokok ni. Tuuan UTAMA Abe tak lain tak bukan adalah untuk mengingatkan diri Abe sendiri & sesama kita yang beragama Islam ni tentang bahana SYIRIK iaitu percaya kepada benda2 macam ni... Kita kena ingat, TAK BAU SYURGA sekiranya SYIRIK ni.. Nauzubillah...



.jpg)






















