'Kematian untuk Amerika, Kematian untuk Israel'


'Kematian untuk Amerika, Kematian untuk Israel'
Tngahari ni, sedang Ab belek2 Internet, terbaca pula mengenai artikel ni. ia menceritakan tentang deonstrasi Seluruh Umah Islam di seluruh dunia. seperti beritkut. Teriakan 'Kematian untuk Amerika, Kematian untuk Israel, Kematian untuk Musuh-musuh Islam', tak berhenti bergema di seluruh negara-negara Islam dunia. Teriakan itu datang dari Seluruh Umat Islam ekoran penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam dua minggu kebelakangan ni. Umat Islam seluruh dunia bangkit berikutan pengedaran filem 'Innocence of Muslims' yang diarahkan warga Amerika Syarikat keturunan Mesir, Sam Bacile atau Nakoula Basseley Nakoula. Dalam filem itu Sam Bacile menggambarkan perwatakan Nabi Muhammad SAW sebagai seseorang yang kejam, oportunis dan kaki perempuan.

Padahal, semua ulama sepakat mengharamkan menggambar Rasulullah SAW, apalagi memfilmkannya. Dan yang dilakukan Bacile jauh lebih dikesali kerana membayangkan Rasulullah mempunyai akhlak buruk.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni


Belum sembuh luka umat Islam atas filem anti-Islam itu, surat khabar Perancis, Charlie Hebdo malah menyiram air garam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad SAW. Tidak hairanlah, sekurang-kurangnya puluhan juta umat Islam di 20 negara-negara yang majoriti beragama Islam mendemo pejabat Kedutaan Besar Amerika Syarikat dan Kedutaan Perancis.


Demonstrasi teranyar meletus di Republik Rakyat Bangladesh, Sabtu (22/9). Pertengkaran berlaku di pusat Bandar Dhaka, ketika penunjuk perasaan dari 12 perikatan parti Islam dipukul oleh polis. Pertengkaran tak dapat dielakkan ketika polis melepaskan tembakan gas air mata ke arah para pendemo. Polis Bangladesh mendakwa cara tersebut adalah jalan terakhir untuk meleraikan keadaan.

Para penunjuk perasaan tidak diam dan mereka menyerang polis dengan membaling batu. Beberapa motosikal dan kereta polis juga turut dibakar. "Tak ada pilihan, polis pun harus melepaskan tembakan gas air mata untuk meleraikan mereka," kata Masudur Rahman, Jurucakap Polis Dhaka kepada AFP.

Sekurang-kurangnya 30 orang cedera dalam pertempuran tersebut, dan 40 penunjuk perasaan ditangkap.

Di Benua Afrika pula, demonstrasi menentang filem anti-Islam dan kartun Nabi Muhammad SAW juga berlaku di Benua Hitam tersebut. Di Nigeria puluhan ribu penunjuk perasaan turun memenuhi jalan sepanjang beberapa kilometer melalui Bandar Kano. Penduduk salah satu bandar yang terbesar di utara Nigeria itu majoriti beragama Islam.

'Kematian untuk Amerika, kematian bagi Israel, kematian bagi musuh-musuh Islam', teriak para penunjuk perasaan.

Aksi tersebut diadakan Gerakan Islam Nigeria, kumpulan pro-Iran yang menganut Syiah dan telah beroperasi di negara Afrika sejak 1970-an. "Kami berada di luar hari ini untuk meluahkan kemarahan dan penolakan atas filem yang menghina Nabi Muhammad SAW," ujar Mohammed Turi, Anggota Gerakan Islam.

0 comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine