Sahabat Que 'Silent Readers'

EKSKLUSIF: "SEMBAHYANG MEMBUAT HATIKU TENANG", Kata: Zinedine Yazid Zidane bekas pemain Perancis

9/25/2012 08:07:00 pm

Tidak ada yang meragukan bila Zinedine Yazid Zidane adalah pemain bola sepak Muslim paling berjaya di Eropah, bahkan dunia. Meski ramai pemain bola sepak Muslim yang berjaya mengadu nasib di liga-liga Eropah, tapi belum ada yang mampu menyamai prestasi Zidane di kancah sepak bola Benua Biru.
baca lagi info mengenai Zinedine Zidane, Klik TAJUK ENTRI ni
Bekas pengatur serangan Les Bleus ini dikenali sebagai pemilik gaya menggiring bola sambil meliukkan badan. Kemampuannya mengocek bola membuat lawan terpegun, sebab seolah-seolah bola melekat di kakinya. Hampir di semua kejohanan, baik di kelab mahupun liga berjaya direbut bekas pemain Juventus ini. Tak heran bila Zidane mampu meraih gelar tiga kali Pemain Terbaik Dunia FIFA (1998, 2000, dan 2003).

Peminat bola sepak dunia pasti masih ingat dengan puncak Liga Champions 2001/2002, antara Madrid melawan Bayer Leverkusen. Jaringan ketika itu sama kuat, 1-1. Menerima umpan dari Roberto Carlos yang menyisir sisi kanan pertahanan Leverkusen, Zidane melakukan tendangan first time dan membuat kedudukan menjadi 2-1. Madrid meraih gelar Liga Champions kesembilan.

Meski pencapaian kejayaannya agak luar biasa, namun Zidane tidak lupa untuk meletakkan dirinya sebagai seorang Muslim. Ia disebut-sebut sebagai atlet dunia yang taat menjalankan kewajipan solat lima waktu. Dengan menunaikan perintah yang menjadi tiang agama tersebut maka Zidane mengaku penampilannya di lapangan bisa semakin baik. "Solat adalah sumber kekuatanku. Kerana setelah solat, hati serasa tenang, "

Prestasi Zidane:

Scudetto Liga Itali Serie-A musim 1996/1997 dan 1997/1998 bersama Juventus

Piala Dunia 1998 bersama pasukan Perancis

Piala Eropah 2000 bersama pasukan Perancis

Liga Champions 2002 bersama Real Madrid

Piala Toyota (sekarang Piala Dunia Antara kelab) pada 1996 (bersama Juventus) dan 2002 (Bersama Madrid)

La Liga Sepanyol musim 2002/2003 bersama Madrid

Runner Up Piala Dunia 2006 bersama pasukan Perancis

Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 1998, 2000, dan 2003.

Pemain Terbaik Eropah pada 1998

You Might Also Like

3 comments

  1. saya baru tahu yang dia ni muslim..=)

    ReplyDelete
  2. Beliau begitu teguh dengan pegangan agama Islamnya. begitu juga pemain muda daripada negara Jerman yang bermain dengan Real Madrid iaitu Mesut Özil yang berpindah daripada Bayern Munich ke Real Madrid adalah beragama islam.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad