Sahabat Que 'Silent Readers'

TIPS: Mujahadah Dalam Meningkatkan Iman

9/12/2012 10:23:00 am

"Ustaz, saya seringkali tewas dalam bermujahadah. Semakin saya bermujahadah, semakin kuat pula saya diuji oleh Allah. Saya berazam hendak jadi muslimah yang lebih baik. Namun, keasyikan dunia disekeliling saya membuatkan iman saya tunggang terbalik. Berilah saya tips bagaimana hendak bermujahadah supaya hidup saya lebih terarah. Bantulah saya ustaz," luah seorang remaja kepada saya dalam sebuah e-mel. Tersentuh hati saya saat membacanya.

'Lunak sungguh hati remaja ini,' fikir saya.

Apakah Maksud Mujahadah itu?

Pengertian mujahadah ialah perang atau perjuangan untuk mempertahankan agama Islam. Selain itu, mujahadah juga membawa maksud jihad.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Pengertian mujahadah secara umum pula ialah berjuang bersungguh-sungguh untuk melawan musuh. Siapakah musuh itu? Tentu sekali hawa nafsu!


Berkata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, Minhajul Abidin, "Hawa nafsu ialah musuh yang sangat keji dan hina malah mencelakakan serta sukar untuk dihindari." Oleh sebab itu, kita haruslah berwaspada. Hal ini kerana :

1. Hawa nafsu merupakan musuh dari dalam dan bukan musuh dari luar seperti syaitan sebagaimana syair di bawah ini, bahkan tidak sedikitpun keaibannya akan terlihat bila engkau sudah mencintainya, Mata yang redha itu rabun terhadap keaiban, Sedangkan mata yang benci akan melihat segala keaiban yang ada.'

'Nafsu sentiasa mengajak aku ke jalan celaka hingga aku merasa sakit dan ngeri. Bagaimana seharusnya aku bertindak jika musuh itu menyelinap di antara tulang rusukku.'

2. Hawa nafsu ialah musuh yang disukai. Maka, manusia yang mencintainya akan menutup mata terhadap segala keaibannya sebagaimana yang dikatakan dalam syair di bawah ini, 'Engkau tidak akan melihat keaiban orang yang engkau cintai dan orang yang engkau jadikan saudara, Imam Al-Ghazali berkata lagi,

"Hawa nafsu sangat sukar diajak berkrompomi dalam membulatkan hati untuk beribadat kepada Tuhan kerana hawa nafsu akan sentiasa menjauhkan kita dari Allah S.W.T. Oleh sebab itu, kita memerlukan sesuatu dalam mengendalikan hawa nafsu iaitu taqwa."

Jadi, apakah tips yang terbaik dalam bermujahadah? Tentu sekali jawapannya ialah takwa kepada Allah S.W.T!


Dengan mempunyai sifat takwa yang tinggi, nafsu jahat dapat ditumpaskan sekaligus dapat meningkatkan iman kepada Allah S.W.T.

You Might Also Like

2 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad