Sahabat Que 'Silent Readers'

MACAM-MACAM: Inspektor Polis Bermadu Kasih Dengan Isteri Seorang Pegawai Polis Yang Lain Ditangkap

9/16/2012 04:00:00 pm

PADANG BESAR – Hasrat seorang pegawai kanan polis yang ingin bermadu kasih bersama kekasih gelapnya yang juga isteri seorang pegawai polis musnah selepas dia diserbu Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM). Suspek juga disahkan positif mengambil dadah. Suspek yang berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu dicekup ketika sedang berdua- duaan kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan mencurigakan di rumah isteri rakan yang berusia 38 tahun di sebuah taman perumahan di sini.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI niDifahamkan, serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis itu juga mendapati suspek positif dadah selepas membuat saringan air kencing ke atasnya. Ujian sama juga dilakukan kepada teman wanitanya itu, namun disahkan negatif dadah. Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurutnya, suspek berpangkat Inspektor di Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar itu kini direman polis bagi tindakan selanjutnya. – Sinar Harian

You Might Also Like

3 comments

  1. harapkan pagar~pagar makan padi =)

    ReplyDelete
  2. Hurm sp ler mamat ni, tu lh ppuan kt sna pn gatal2... bf org, tunang org, laki org sume nk amik...

    yg jantan sna pn ska mengayat, ppuan kna ayat skit dh tgedik2...

    ReplyDelete
  3. Rugi ja..dh ssh payah ko usaha nak jdi inspektor ko sia siakan..bodoh...bgi ramai lagi nak jwtn ko

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad