Sahabat Que 'Silent Readers'

PANAS: Polis Tahan Lelaki Yang RO-GOL Wanita Selepas Temuduga

9/27/2012 12:00:00 pm


Aduyai, kes rogol kebelakangan ni makin menjadi2. Abe bukak paper tu, ada. Bukak paper ni, ada jugak... hurmmm... Hari2 ada pulak tu, kes lain2 pulak tu... Apa nak jadi dah pun Abe tak tahu... Mungkin sebab utama, nafsu tak dapat di kawal. Wallahualam... Ni kes yang TERBARU Abe baca dari myMetro, Abe share dengan korang...

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang merogol dan merompak wanita selepas sesi 'temuduga' yang dilakukan di dalam bilik hotel, ditahan polis awal hari ini di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata hasil risikan polis, lelaki berusia 29 tahun itu yang diklasifikasikan sebagai perogol bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, ditahan di rumahnya pada 2 pagi ketika sedang tidur. Beliau berkata modus operandi lelaki itu ialah mengiklankan tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan di internet, khas untuk golongan wanita sahaja. 


Suspek akan menghubungi mangsa yang kononnya disenaraikan pendek bagi mengatur sesi temuduga di hotel-hotel mewah dengan meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mangsa sendiri.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni


"Dia akan bagi alasan tak bawa kad pengenalan lah, duit tertinggal la. Ini semua bagi mengelakkan namanya direkod dan disyaki pihak berkuasa. Mangsa sebelum itu juga diminta membawa barangan berharga seperti I-Pad, telefon bimbit dan sebagainya," katanya.


Ku berkata selepas dirogol, barangan berharga milik mangsa juga dilarikan, namun, mangsa tidak dicederakan. Beliau berkata suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes yang sama, yang dikesan sejak 2010 di Kuala Lumpur dan Selangor berdasarkan modus operandi yang digunakan. 

"Namun kita percaya suspek terlibat dalam banyak lagi kes, (yang sama), namun tidak dilaporkan mangsa," katanya dan meminta kaum wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis. 

Beliau berkata suspek yang merupakan seorang jurujual direman pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan. - Bernama


You Might Also Like

3 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad