EKSKLUSIF: Tindakan Ning Baizura Tarik Diri Dari Persembahan Syarikat Arak Guinness DI PUJI Oleh Dr. Asri (Dr. MAZA)


Tindakan penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura menarik diri daripada menjayakan acara persembahan ‘Guinness Arthur’s Day’ yang bakal berlangsung 28 September ini di Souled Out, Mont Kiara, mendapat pujian daripada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Dr Mohd Asri yang juga merupakan Pensyarah Bahagian Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia mengucapkan tahniah di atas penarikan dirinya daripada program terbabit dengan berkata, “saya ucapkan tahniah kepada Ning."

"Ini adalah sikap yang baik," katanya. Asri turut menjelaskan, “sekiranya sebarang persembahan yang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan kempen mempromosi minuman keras sama ada secara langsung atau tidak langsung, ia adalah haram."

Beliau mengulas mengenai pembabitan artis beragama Islam yang terlibat dalam persembahan meraikan ulang tahun syarikat minuman keras terkemuka itu. Selain itu, Asri menyeru semua artis untuk memperbaiki diri dengan mendekati asas-asas agama dengan sebaiknya.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Maksud saya di sini bukanlah untuk menggesa mereka menjadi pendakwah sebaliknya untuk memastikan mereka mempunyai asas agama yang kukuh untuk tidak melanggar batas agama walaupun mereka terlibat dalam bidang hiburan,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai seorang lagi penyanyi yang terlibat dalam konsert itu, Mizz Nina, Asri berkata, “saya percaya dia (Mizz Nina) sebagai seorang Muslim, unsur baik ada dalam diri dia dan saya berharap dia menarik diri."

Ning, 37, dikatakan menarik diri daripada persembahan itu selepas penyalahgunaan gambarnya pada poster promosi acara itu. Penyanyi itu dukacita di atas penyalahgunaan gambarnya pada poster promosi mengenai penglibatannya dalam persembahan acara ‘Guinness Arthur’s Day’ yang akan berlangsung di Bukit Kiara. Ning berkata dia tidak terlibat langsung dalam promosi jenama arak itu dan gambarnya telah digunakan tanpa mendapat persetujuan daripada pihaknya. Pihaknya turut menjelaskan bahawa Ning telah ditempah oleh pihak pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada tarikh itu dan bukannya didampingi oleh Guinness Anchor Berhad. Pengurusan penyanyi itu turut berkata, pihaknya sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana syarikat yang mempromosikan minuman keras. 

~sinarharian

7 comments:

{ Leeza dayasari [santai leeza] } at: 9/13/2012 10:44 pm said...

tindakan yang bijak yg dilakukan oleh kak ning.

{ bhrain90 } at: 9/13/2012 11:07 pm said...

bagusla...
lagi bagus dia tutup aurat semua...

{ Mat Gebu } at: 9/13/2012 11:13 pm said...

Satu langkah yang amat bijak....

{ www.QueAchmad.com } at: 9/13/2012 11:15 pm said...

tulah, Abe setuju sangat dengan tindakan Ning ni

{ NugRuL SakuRa } at: 9/14/2012 2:30 pm said...

Tahniah ning baizura !!

Anonymous at: 9/20/2012 3:34 pm said...

sampai masenye hidayah dterima,,,
satu lagi hal..kita sering melihat ramai bngsa kita mmbeli brg d seven e,tu camne lak tu..padahal mnuman keras pun dijual same,

Anonymous at: 11/16/2012 8:43 pm said...

alang2 dh bukak citer psl artis ni...sy nk luahkan rasa kecewa...knp makin ramai artis luar ngr masuk Malaysia?? dh tu etika berpakaian pun x ikut..derr..ngr sape kau masuk ni?? Faizal Tahir kena ban 6 bln sbb bkk baju..Wonder Girls yg dtg Malaysia tu..kejadah pkai x ikut etika?? pakai seluar pendek versi spender..x pulak nk kena ban?? sepatutnya kena igt..nk tk nk kena igt..Malaysia negara ISLAM.. x pyh lah nk ikut sgt budaya org2 kapir tuh...yg non muslim..klau nk entertaint ikut budaya barat..sepatutnya pegi keluar dr Malaysia...adoiilah..apa nk jadi

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine