Sahabat Que 'Silent Readers'

BICARA JIWA QUE: Hidup Ni Jangan Cari Pasal... Padahnya, tanggung derita Zahir & Batin

9/10/2012 10:39:00 pm


Salam
Abe menulis lagi, menulis dari hati...Hari ni Abe telah jalani suatu hari yang amat2 sukar dalam hidup Abe. Mungkin jugak sebab kepenatan yang luarbiasa... Mungkin jugak sebab kerisauan yang luarbiasa... Tak dapat Abe nak huraikan kat sini... Hanya Allah SWT sahaja yang tahu... Kenapa DIA yang kena tanggung, bukannya Abe?

Bila sesekali ni terpanggil untuk berkongsi dengan korang, Abe dengan sejujur & seikhlas hati nak bagitahu kat sini pasal 'Jangan Cari Pasal'... Pengalaman yang Abe lalui banyak sangat telah mengajar Abe sehinggakan Abe adakalanya serik... Serik sangat2. Nak kata Abe takut, Abe tak takut. Dulu mungkinlah Abe jenis penakut tapi sekarang ni tak sangat la. Nak kata Abe ni jenis kedekut, tak ada langsung dalam kamus hidup Abe untuk jadi SiKedekut... Abe percaya dengan rezeki Allah Taala yang melimpah ruah... Nak kata Abe ni jenis ''busybody'', mungkin kengkadang 'ya'. Yup, Abe memang boleh katakan, kengkadang YA. Ya atas sebab2 yang tertentu dengan izin Allah Taala...
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Sebab yang kengkadangkala ni YA lah, Abe kena tanggung Habuan yang tak berkesudahan ni. Sangat tak berkesudahan & Abe pun tak dapat nak agak bila ianya akan berakhir... Hidup Ni Jangan Cari Pasal, tu ungkapan pertama yang keluar dalam benak fikiran Abe awal pagi tadi sebaik saja Abe terima call dari Shah Alam... Panggilan yang benar2 buatkan Abe terkedu sehingga tak sedar lopakan airmata sesal mengalir.. Ya Allah, kenapa DIA 'kena' lagi? Ya Allah, kasihanilah DIA...

Segalanya Abe akui bermula daripada Abe. YA, ianya sebab Abe, puncanya daripada Abe kerana Abe sayangkan mereka sepertimana Allah Taala sayangkan mereka. Sebab yang Abe sendiri pun tak tahu APA SEBABNYA Abe tercampur tangan. Yang Abe tahu, Abe yang mulakan, Abe yang cari pasal sebab Abe 'busybody' nak campur hal orang. Risikonya, apa yang dah Abe lalui, sungguh MENDERITA ZAHIR & BATIN. Tapi Abe sikitpun tak salahkan takdir apa yang berlaku ni, Abe redha. Abe amat percaya segala apa yang berlaku pada Abe ni ada hikmahnya yang tersendiri yang Allah Taala dah aturkan. Abe kuat di sini & Abe mampu bertahan sampai tahap ni sebab sentiasa ada Sahabat2 Abe di sisi membantu Abe...

Tq Abe ucapkan pada Sahabat yang kuat sentiasa di sisi Abe. Tq E, Tq Beben, Tq Syah, Tq Ammar, Tq Dikpun, Tq Wan, Tq Tn Sepu, Tq Tn Chang, Tq Farid, Tq Nik, Tq semua yang tak putus asa bantu Abe selama ni, yang tak putus asa bersabar dengan kerenah Abe. Mereka2 ni sentiasa Abe doakan agar Allah Taala permudahkan segala urusan mereka, permurahkan rezeki mereka, dipanjangkan usia mereka untuk beribadat pada Allah Taala, insyaAllah... Amin

*akhir kata, Abe mintak Maaf kalau ada silap dan salah dengan semua, dengan korang semua.

Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

1 comments

  1. walaupun saya agak tak faham dengan cerita abe ni,
    saya harap abe tabah..=)
    jadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran dan teladan..
    kita manusia tak dapat nak lari dari kesilapan..
    kita elak2kanlah dari melakukan kesilapan yang sama..hee..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad