Ini ada satu berita gempar dari Sibu, Sarawak yang berlaku lama dulu. Dikatakan gadis ini tiba-tiba pengsan setelah gambarnya diambil. Dan setelah diteliti gambar tersebut didapati ada penampakan objek berupa tangan misteri yang kelihatannya seperti cuba mencekik gadis berkenaan. Meneliti gambar yang disertakan oleh berita ini, didapati memang benar kelihatan jari-jemari berkedut-kedit dan berkuku panjang seolah-olah hendak mencakik gadis ini.
Ada juga kemungkinan gambar hantu ini mungkin terjadi akibat biasan cahaya dari air sungai. Rupanya sungguh real dan menakutkan. Biasan dari air tidak selalunya menghasilkan ralat fotografi ber-dimensi sebegini. Satu lagi faktor adalah persoalan di mana adakah gadis ini pengsan setelah melihat
gambar ini atau sebelumnya? Kenapa gadis ini pengsan? Adakah kerana sudah dicekik hantu?
Lain kali kalau mandi sungai haruslah berhati-hati. Kita tak tahu dan tak nampak apakah yang sedang memerhatikan kita dari dasar sungai. Keselamatan juga harus diutamakan. Jangan ingat nak berseronok je.
Published with Blogger-droid v2.0.9






9 comments:
nampak2.. tu yang malas nak mandi air terjun.. Tambah tambah lagi bawa budak kecik...
keliahatan seperti biasan cahaya...
blog walking.....
abe update entri seram jew lately ni.. huuuu
chenta dah lama tak mandi sungai ..
takot cik anjang lalu ... huhhuh
Mahkluk kita tak nampak dia. Kalau ceroboh kawasan mereka kita diganggu.
tempat tu ada penunggu kot
Tu daun kering je la yg tersangkut kat leher budak ni...
pernah dengar cerita ni tak lama dulu..
ada juga gambar yang lebih jelas dari ni kalau tak silap la..
memang macam tanganlah..
kalau kita pergi ke sungai atau kawasan hutan, berhati-hatilah..
jangan menjerit/ membuat bising..
sebab bukan kita je yang ada di situ..
petua orang tua la..=D
Post a Comment