Sahabat Que 'Silent Readers'

KISAH BENAR: GUGUR Anak Suka-Suka? MANUSIA ATAU BINATANG MEREKA INI?

9/17/2012 12:30:00 am

          Pengguguran Anak di Singapura....Sanggupkah korang semua lihat gambar di atas, rasa nak menitis air mata...

Sedihnya Abe bila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura dengan pengguguran anak di Singapura. Tujuan Abe tulis entri ni sebab Abe rasa kesal sangat dengan realiti dunia sekarang. Mulanya, Abe keberatan menyiarkan gambar ini. Abe akui ianya ngeri dan mungkin akan mengejutkan korang semua. Tetapi setelah berfikir panjang, Abe dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. Abe amat berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan sekali pun.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan (seperti gambar di atas) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi, mengikut maklumat yang Abe terima.

Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital-hospital tersebut. Apakah Malaysia juga bakal ke arah budaya kotor ini??

*Apakah dosa bakal-bakal bayi yang lahir ini?? Siapakah yang harus dipersalahkan?? Harap kita semua Renung-renungkanlah....

You Might Also Like

5 comments

  1. Blog anda sudah dipaut pada blog saya..terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...dunia di akhir zaman mcm nilah..
    sedihnya...

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah memelihara negara kita dari perkara sebegini :(

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Kalau kena gugur atas faktor kesihatan lain, tapi kalau suka-suka memang tak guna, tapi yang paling comfirm tak boleh pakai adalah yang suka-suka buang anak begitu sahaja, terutamanya buang bayi yang sudah menjadi budaya di Malaysia, tidak boleh dinafikan hal ini sudah menjadi adat mereka yang ketelanjuran. Rogol pun satu faktor punca gugur dan buang anak, tetapi peratusannya adalah amat kecil sekali.

    iaryylr http://hobby-collection.blogspot.com

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad