Sahabat Que 'Silent Readers'

SAH: Bomoh Batin Dituduh RO-GOL

9/27/2012 02:30:00 pm

SEREMBAN: Seorang lelaki yang dilepas tanpa dibebaskan dengan bon jaminan RM15,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebelum ini, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang wanita di sebuah rumah di daerah ini, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Sombhah Abdullah, 48, mengangguk faham, tetapi tidak mengaku bersalah serta meminta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sendiri didakwa merogol mangsa berusia 50 tahun dari Pulau Pinang di sebuah rumah di daerah ini, antara jam 3 dan 3.30 petang, 28 Ogos lalu.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. “Saya membantah sebarang jaminan diberikan berikutan mangsa dan tertuduh saling mengenali serta dikhuatiri tertuduh mengganggu mangsa. “Bagaimanapun, jika mahkamah membenarkan jaminan diberikan, saya mohon jaminan sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin diberikan berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai setiap awal bulan dan memerintahkan tertuduh tidak mendekati mangsa,” katanya.


“Malah, mohon jaminan dikurangkan berikutan tertuduh hanya berpendapatan RM1,000 dan mempunyai tiga anak serta isteri tidak bekerja. “Saya difahamkan, tertuduh diberi jaminan RM15,000 di Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini dan sehingga sekarang tidak mampu membayarnya,” katanya. Bagaimanapun, Kunasundary membenarkan wang jaminan RM10,000 serta memerintahkan Muhammad Sombhah melaporkan diri setiap awal bulan di IPD Nilai serta melarang berjumpa mangsa dan ahli keluarganya.



Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang bomoh tradisional ditahan dipercayai terbabit dalam memperdaya pesakitnya terdiri golongan wanita untuk melakukan hubungan seks dengan alasan perubatan.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili Hanif Hassan dan Haris Salleh. Terdahulu, Wan Shaharuddin tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius. Dalam rayuannya, Hanif berkata, berkaitan kesalahan serius, tertuduh belum didapati bersalah mengikut pertuduhan itu.



Mahkamah menetapkan 30 Oktober depan sebagai sebutan kes.


You Might Also Like

1 comments

  1. Yg tak paham tu kenapa dan bagaimana boleh nk percaya membabi buta? Inilah parahnya bila agana tak tersenat kemas didalam hati.. Benteng iman lemah dan mudah diperdaya.. Minta dijauhkan Allah anak keturunan dari lemah iman..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad