Sahabat Que 'Silent Readers'

TERKINI: Isu Rakyat Malaysia Menghina Rasulullah S.A.W Di Facebook - Gopinath Jayaratnam Tampil Beri Penjelasan

9/26/2012 03:00:00 pm

Akaun Facebook Gopinath lelaki india yang menghina Nabi Muhammad

Belum habis dengan isu filem Innocence of Muslims, negara dikejutkan sekali lagi dengan tindakan seorang pengguna facebook yang turut menghina Rasulullah SAW dan Islam. Tiba-tiba nama dan gambar Gopinath Jayaratnam jadi popular di FB malam tadi. Ini disebabkan kerana tulisannya telah menghina Rasulullah SAW di akaun FB miliknya. Dengarnya rumahnya pun telah diserang. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Pengguna Facebook itu telah membangkitkan kemarahan apabila statusnya menghina Nabi mula disebarkan oleh blog-blog. Antara statusnya ditulis, "Nabi Muhammad SAW mengadakan hubungan seks dengan ALLAH...".



Ekoran dari itu, nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah, alamat tempat kerja dan nombor plat kereta juga telah disebarkan. Namun  Gopinath Jayaratnam  dengan akaun nama yang sama juga telah memohon maaf selepas menyedari akaunnya menjadi perhatian sejak beberapa jam lalu.



Dia memohon maaf dengan mendakwa akaunnya itu digunakan orang lain kerana telah digodam. "Saya sudah lama tidak aktif Facebook kerana sibuk belajar, saya tidak pernah berminat memaki mana-mana agama. "Logiknya tidak mungkin saya sendiri duduk di Malaysia dan berani buat perkara terkutuk sebegini dengan akaun dan gambar saya sendiri," katanya.


Sinar Harian

You Might Also Like

3 comments

  1. percubaan untuk tidak mengaku salah

    ReplyDelete
  2. oke . dimaafkan . lainkali berhati2 . Dengan setiap percakapan , penulisan , yg melibatkan agama dan bangsa ni . mgkn btl dia kata fb dia dihack , cuma kenapala hang cerdik sgt p save pword kt pc awam cmtu . hish . (think ve+) :p

    ReplyDelete
  3. mcm2lah.. tak fhm leeza dibuatnya. kita kena sedar, adakala ada sesuatu yg kita tidak boleh sentuh. ianya terlalu sensetif.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad