Sahabat Que 'Silent Readers'

TERKINI: Seorang Lelaki Perancis Mengaku Telah MEMENGGAL KEPALA Editor Kartun Hina Nabi

9/25/2012 07:19:00 am


Pria Prancis Mengaku Penggal Leher Pembuat Kartun Nabi
Polis Perancis menangkap seorang lelaki yang mengaku sudah membunuh seorang editor surat khabar Charlie Hebdo yang mengandungi kad Nabi Muhammad SAW. Lelaki itu ditangkap setelah ia mengwarwarkan telah membunuh editor karikatur Nabi tersebut di salah satu laman web jihad. Keterangan tersebut didengari di salah satu sumber Mahkamah Perancis. Dalam laman jihad tersebut, lelaki itu mengaku sudah membunuh dan memenggal kepala editor yang bertanggung jawab atas terbitnya kartun Rasulullah SAW tanpa pakaian.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni"Editor tersebut tidak boleh dibiarkan hidup dalam damai," kata si lelaki yang tidak disebutkan namanya, seperti dinukil Alarabiya.net. Polis menahan lelaki tersebut di sebelah barat Bandar La Rochelle. Polis saat ini sedang membuka siasatan awal atas tuduhan pembunuhan tersebut. Para pemimpin Islam di Perancis, Jumaat lepas (21/9) menggesa agar tidak melakukan kekerasan dan protes terhadap kartun Nabi Muhammad SAW. Menteri Dalam Negeri Perancis, Manuel Valls menegaskan, akan memberikan hukuman kepada para penunjuk perasaan yang mengadakan demo menentang terbitnya kartun Nabi. Manuel Valls beralasan, demonstrasi akan mengganggu ketenteraman awam.

Penerbitan kartun Nabi Muhammad SAW menyebabkan kebangkitan protes panas umat Islam dunia, berikutan pengedaran filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Rasulullah SAW. Demonstrasi umat Islam Perancis di Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Paris, sejak hujung minggu lalu. Sekurang-kurangnya 150 penunjuk perasaan ditahan polis. Meski Pemerintah Perancis melarang demonstrasi, umat Islam Perancis difahamkan akan mengadakan protes besar-besaran.

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad