Sahabat Que 'Silent Readers'

Rezeki Tu Milik ALLAH S.W.T, Bukan Ditentukan Oleh MANUSIA. Tolong Buang Perasaan Dengki & Iri Hati JIKA Perasaan Itu DATANG...

9/22/2012 06:28:00 pm

Setelah banyak berkongsi & jauh Abe merenung, Abe terfikir, kehidupan kita sebagai Umat Manusia di dunia ni bagaimana ya? Perhubungan kita dengan sesama manusia. Status kewangan dan sebagainya, hmmm.. Masih ada dikalangan kita yang masih gundah gulana memikirkan tentang masalah kewangan ya? Janji ALLAH TAALA, rezeki tu akan ada JIKA kau berusaha mencarinya. Entah kenapa, hari ni Abe rasakan satu perasaan KESAL & Sedih TerAmat memikirkan bagaimana boleh Iri Hati & Dengki WUJUD dalam diri ada antara kita. Bila DENGKI wujud, perhubungan silaturahim direnggangkan tanpa KAMU sedari. Sampaikan tidak bertegur sapa sebab DENGKI dah kuasai diri...

Abe sedar hari ni, Abe berada dalam situasi Abe dipinggirkan sebab mungkin Iri Hati beraja dalam diri manusia sekeliling. Tapi apa2 yang terjadi ni tidak sedikitpun mematahkan semangat Abe untuk terus bersahabat & terus berusaha mencari rezeki. Syaratnya, Abe tak pernah ada niat untuk menganiayai sahabat2 Abe. Tolonglah buang jauh2 Perasaan DENGKI & Iri Hati tersebut. Kalau mungkin hari ni IANYA BUKAN REZEKI KAMU, MUNGKIN LAIN KALI, Rezeki itu milik kamu... DENGAN SYARAT, kamu BERUSAHA MENCARI REZEKI tersebut. Jangan hanya duduk goyang kaki, malas & tunggu je Rezeki itu hadir sendiri... Tawakkal memanglah perlu, pokon pangkalnya, USAHA kena ADA oleh KAMU...
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Ingatlah. Sesungguhnya rezeki itu milik Allah, Dia memberi kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia juga berhak mengambilnya semula bila-bila masa yang Dia kehendaki. Oleh itu, bersabar dan bersyukurlah dengan apa yang kita miliki pada hari ini. Biarpun sedikit. Dan. Moga di dalam yang sedikit itu, ada keberkatan. Apatah lagi dalam yang banyak.
Pada Abe secara peribadinya, bersyukur bukan bermakna kita harus mudah berasa puas hati dengan apa yang kita ada sehingga membuatkan kita malas untuk berusaha lebih gigih. Dan kita juga tidak seharusnya tiada lagi keinginan untuk mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang. Bersyukur biarlah kena pada konteks dan tuntutan syariat Islam. Jangan berhenti berusaha dan berdoa. Jangan pula sesekali menyesali nasib diri dan menyalahkan takdir Ilahi.

Allah telah berfirman..

Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. [Al-Baqarah : 245]


Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi siapa yang Ia kehendaki, dan menyempitkannya. Sesungguhnya Ia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. [Isra : 30]


Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tetap tiap-tiap sesuatu. [Al-Ankabut :62]


Dan mengapa mereka tidak melihat bahawa Allah meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Ia juga yang menyempitkannya Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang membuktikan kekuasaan Allah bagi orang yang beriman. [Rum : 37]


Saba’ [36] Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).


Az-Zumar [52] (Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).


As-Syura (As-Shura) [12] Dialah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Dia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Semua petikan surah2 di atas Abe ambil daripada petikan Ayat Suci Al-Quran & Hadis Nabi. Maka, Abe yang JAHIL ni mohon sangat2 & menyeru sahabat sekalian dan diri sendiri jua adanya agar sentiasa bersyukur dengan anugerah dan kurniaan dari-Nya.

Jika kita merasa susah, ingatlah bahawasanya lebih ramai manusia yang jauh lebih susah daripada kita. Jika kita keliru dan ternanti-nanti peluang kerja yang lebih baik, ingatlah bahawasanya berapa ramai diluar sana yang menganggur, malahan terpaksa mengemis dan membuat kemungkaran seperti merompak dan mencuri demi mendapatkan sesuap nasi. Syukurlah.. Setidaknya tulang empat kerat kita masih dapat berfungsi dan masih lagi mampu berbakti kepada kita. Alhamdulillah. Kita masih mampu mencari rezeki yang halal.

Jangan dikesali kenapa gaji kita tidak setinggi orang lain.. Seeloknya bermuhasabahlah. Ketahuilah, setiap apa yang Allah tentukan, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Positif dan optimis sentiasa, moga kita dirahmati Allah. InsyaAllah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

5 comments

  1. Abe, kenapa dlm gambar tu lelaki ngan pompuan solat bersebelahan??

    ReplyDelete
  2. Khilaf Abe sebab Abe tak terperasan. Allhamdulillah, Abe dah tukarkan gambar di atas

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Takut disalah ertikan... Hehehe ape kabor??

    ReplyDelete
  4. Sbg org Islam kita patut percaya rezeki dtg dr Allah.Cuma kita di Malaysia bnyk terpesong konon ny rezeki tu hasil dr usaha pihak2 tertentu!

    ReplyDelete
  5. berusaha, tawakal dan berdoa....baru rezeki berkat. Salam kenal dari saya...bloger baru bertatih, sering bersantai diblog awak....tq

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad