GILA: Lelaki Tua 60 Tahun Lepaskan Nafsu PADA BUDAK PEREMPUAN Di Kebun Jering

ALOR GAJAH - Perubahan sikap yang berlaku ke atas ­seorang murid perempuan Tahun Enam di sebuah sekolah dekat sini, mendedahkan perbuatan kejam seorang ­lelaki warga emas yang didakwa merogol kanak-kanak terbabit sejak empat tahun lalu. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri (Operasi dan Risikan), Superintendan R Gunarajan berkata, kejadian itu berlaku sejak 2007 ketika mangsa berusia lapan tahun dan sedang bersekolah dalam Tahun Dua di sekolah terbabit sering diperkosa oleh suspek yang berusia 60 tahun sehingga penghujung 2010.

Menurutnya, difahamkan mangsa dirogol secara berterusan sejak 2007 dan perbuatan kejam itu disyaki ­dilakukan suspek berulang kali tidak mengira waktu sama ada di rumah atau di kebun jering berhampiran rumah mangsa di sebuah Felcra di daerah ini.
“Perubahan sikap mangsa itu disedari seorang guru kaunseling pada Selasa lalu yang melihat mangsa ­kemurungan sejak kebelaka­ngan ini sebelum memujuk mangsa untuk menceritakan masalah yang dihadapi.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Mangsa kemudiannya memaklumkan dia dirogol seorang lelaki yang juga jiran sebelah rumahnya ketika ­ketiadaan ibu bapanya di rumah,” katanya. Gunarajan berkata, selepas itu guru kaunseling itu menemui ibu bapa mangsa dan menceritakan kejadian yang berlaku ­sebelum diarahkan membuat laporan di balai polis berhampiran serta menjalani ­pemeriksaan di klinik.

“Mangsa yang dilihat ­sugul dan murung dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk menjalani pemeriksaan dan hasil mendapati mangsa tidak mengandung,” katanya.
Katanya, suspek yang ­berusia 60 tahun itu ditahan di rumahnya pada petang laporan dibuat kedua ibu bapa mangsa dan suspek kini ditahan ­reman sehingga 22 November ini bagi menjalankan siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperkosa gadis bawah umur dan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Seksual dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) untuk siasatan lanjut,” katanya.

8 comments:

Anonymous at: 9/09/2012 3:11 pm said...

pokcik tu ade masa depan yng cerah....slamat

Anonymous at: 9/09/2012 4:11 pm said...

Pakcik tu kena berkelakuan baik dan membuat kerja kebajikan, selamat dari hukuman...

{ Leeza dayasari [santai leeza] } at: 9/09/2012 6:35 pm said...

macam2 kan skrg ni kes... isyhhhh

{ Novelgurl } at: 9/09/2012 7:11 pm said...

mmg gile!

{ Scarlett O'Hara } at: 9/09/2012 9:27 pm said...

Begitu punya lama, mak ayah budak tu tak perasan ke?

{ Leeza dayasari [santai leeza] } at: 9/09/2012 10:47 pm said...

takut nyer isu2 mcm ni.
ya allah, jauh2kan drpd kita semua ...

Anonymous at: 9/10/2012 12:55 am said...

kat melaka yea? itu tempat baling cat pada bsa kan.... brutal tempat tu! orang benggap aje datangnya dari tgempat sebegitu.

Anonymous at: 9/11/2012 12:41 pm said...

Pakcik tu kena cepat2 belajar main boling dan kalau boleh mewakili negara..supaya tak kena hukuman.

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine