Lukisan Dibeli Dengan Harga RM21 Di Pasar Lambak Bernilai Lebih RM300,000.00

WASHINGTON: Seorang wanita dari Virginia membayar AS$7 (RM21.24) untuk sebuah lukisan Renoir yang dibeli di pasar lambak, akan menjual lukisan itu dengan harga yang tinggi, bulan ini.

Lukisan itu dinilai pada harga AS$75,000 hingga AS$100,000 (RM227,535 hingga RM303,380) menurut pelelong Potomack Co, yang menguruskan penjualan lukisan Paysage Bords de Seine oleh pelukis impresionis Pierre-Auguste Renoir. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI niKetika membeli-belah di pasar lambak di Virginia Barat, dua tahun lalu, wanita itu, yang enggan namanya didedahkan, menemui lukisan itu dalam sekotak barang-barang lama.

Ketika dia membersihkan rumahnya daripada barang-barang yang tidak diperlukan lagi, baru-baru ini, dia terjumpa kembali lukisan yang dibeli. Ibunya menyuruh dia menilai harga lukisan itu.

Wanita bertuah itu bercadang untuk membawa ibunya ke Perancis selepas jualan lelong dan membawa sejambak bunga ke pusara Renoir.

2 comments:

{ Ikmal } at: 9/16/2012 10:30 pm said...

Assalam, tuah badanlah nampaknya si pembeli tu... siapa sangka lukisan yg semurah itu boleh mencecah ratusan ribu ringgit akhirnya...

{ Leeza dayasari [santai leeza] } at: 9/17/2012 12:26 am said...

pergh.... mahal ...
pasti peminat seni.
yeahhh...

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine