Saturday, 22 September 2012

Rezeki Tu Milik ALLAH S.W.T, Bukan Ditentukan Oleh MANUSIA. Tolong Buang Perasaan Dengki & Iri Hati JIKA Perasaan Itu DATANG...


Setelah banyak berkongsi & jauh Abe merenung, Abe terfikir, kehidupan kita sebagai Umat Manusia di dunia ni bagaimana ya? Perhubungan kita dengan sesama manusia. Status kewangan dan sebagainya, hmmm.. Masih ada dikalangan kita yang masih gundah gulana memikirkan tentang masalah kewangan ya? Janji ALLAH TAALA, rezeki tu akan ada JIKA kau berusaha mencarinya. Entah kenapa, hari ni Abe rasakan satu perasaan KESAL & Sedih TerAmat memikirkan bagaimana boleh Iri Hati & Dengki WUJUD dalam diri ada antara kita. Bila DENGKI wujud, perhubungan silaturahim direnggangkan tanpa KAMU sedari. Sampaikan tidak bertegur sapa sebab DENGKI dah kuasai diri...

Abe sedar hari ni, Abe berada dalam situasi Abe dipinggirkan sebab mungkin Iri Hati beraja dalam diri manusia sekeliling. Tapi apa2 yang terjadi ni tidak sedikitpun mematahkan semangat Abe untuk terus bersahabat & terus berusaha mencari rezeki. Syaratnya, Abe tak pernah ada niat untuk menganiayai sahabat2 Abe. Tolonglah buang jauh2 Perasaan DENGKI & Iri Hati tersebut. Kalau mungkin hari ni IANYA BUKAN REZEKI KAMU, MUNGKIN LAIN KALI, Rezeki itu milik kamu... DENGAN SYARAT, kamu BERUSAHA MENCARI REZEKI tersebut. Jangan hanya duduk goyang kaki, malas & tunggu je Rezeki itu hadir sendiri... Tawakkal memanglah perlu, pokon pangkalnya, USAHA kena ADA oleh KAMU...
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

SERAM: (Gambar) Lagi Gambar Hantu Yang Berjaya Di RAKAM


Gambar Hantu kali ini dikirimkan oleh seorang sahabat Abe. Gambar ini diambil di Kampung Mengkarak, Bera, Pahang. Pengirim berkata ketika gambar diambil memang takde entiti putih kat sebelah budak tu. Pengirim menyertakan teks berikut.. err.. Abe harap korang semua biasa dengan loghat Pahang:
Koi dapat gambo ni dari seorang rodong Kampong koi di dalam daeroh Bera ni, dia ckp semasa gambo ni ditangkap mmg takde pun perempuan/kanak2 baju putih tu sdg berjalan kat situ,masa tu dah nak senja, budak kecik yg cangkung tu demam pada malam tu..wallahualam.. perhatikan kaki nye seperti tak jijak ke bumi..aokme nilaikan lah..wallahualam.
baca lagi & lagi GAMBAR, Klik TAJUK ENTRI ni
Friday, 21 September 2012

SERAM: (Gambar) Hantu POCHONG, 'REAL' punya...



Gambar kali ini dihantar oleh Mie dari.. err.. dia tak bagitau Abe. Katanya, gambar ini real. Pochong ni mula-mula ngeri jugak Abe tengok. Tapi macam palsu pun ada. Siap mata bercahaya lagi. Tapi dari aspek serius muka brade ni bergambar, nampak macam real.

Kata Mie:
"Ini real punye pocong. Korang kaji la logik ke tak gambar nih"
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

EKSKLUSIF: (Gambar) Pautan BERITA SEBENAR: Tangan HANTU Ganggu Gadis Sedang Mandi Air Terjun


Kaji punya kaji, searching punya searching, akhirnya Abe terjumpa jugaklah sumber sebenar gambar ni dalam Internet... Entri Abe ni susulan daripada 'entri' Abe petang tadi... Ni Abe sertakan bersama keratan daripada sumber Abe tu.. Berikut adalah teks sebenar dari pautan berita mengenai kejadian ini yang disiarkan dalam akhbar The Borneo Post:

SIBU: Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit. Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang menyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Thursday, 20 September 2012

SERAM: (Gambar) Tangan HANTU Ganggu Gadis Sedang Mandi Air Terjun



Ini ada satu berita gempar dari Sibu, Sarawak yang berlaku lama dulu. Dikatakan gadis ini tiba-tiba pengsan setelah gambarnya diambil. Dan setelah diteliti gambar tersebut didapati ada penampakan objek berupa tangan misteri yang kelihatannya seperti cuba mencekik gadis berkenaan. Meneliti gambar yang disertakan oleh berita ini, didapati memang benar kelihatan jari-jemari berkedut-kedit dan berkuku panjang seolah-olah hendak mencakik gadis ini.

Ada juga kemungkinan gambar hantu ini mungkin terjadi akibat biasan cahaya dari air sungai. Rupanya sungguh real dan menakutkan. Biasan dari air tidak selalunya menghasilkan ralat fotografi ber-dimensi sebegini. Satu lagi faktor adalah persoalan di mana adakah gadis ini pengsan setelah melihat
gambar ini atau sebelumnya? Kenapa gadis ini pengsan? Adakah kerana sudah dicekik hantu?

Lain kali kalau mandi sungai haruslah berhati-hati. Kita tak tahu dan tak nampak apakah yang sedang memerhatikan kita dari dasar sungai. Keselamatan juga harus diutamakan. Jangan ingat nak berseronok je.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Wednesday, 19 September 2012

TERKINI: Bergambar Dengan Makhluk Halus (Jin ISLAM)?


"Ini gambar seorang bekas anak murid Abe yang sedang bergambar dengan makhluk halus baik... kalu perhati betul2... ada 'benda' kiri dan kanan lelaki tu"



Gambar dikirimkan melalui PM Facebook Abe. Cuba perhatikan dengan teliti. Adakah gambar hantu itu kelihatan?

EKSKLUSIF: (Gambar) Hantu Penanggal Di Tangkap Di Kuala Kangsar?




Gambar hantu terkini ini dikirimkan oleh seorang Sahabat Abe tadi. Menurut dia, gambar hantu penanggal ini tersebar di laman sosial Facebook dan disertakan dengan teks berikut:


Astaghfirullah hal azim, masih ada lagi manusia yang menggamalkan syirik kepada Allah swt.Makhluk Penanggal ini berjaya ditangkap oleh penduduk di Kuala Kangsar, Perak. Gambar hantu penanggal ini menyerupai ciri-ciri hantu yang dikatakan sebagai 'Hantu Penanggal' dengan isi dalam perut yang kelihatan, paru-paru dan tali perut jelas dapat dilihat dalam gambar ini. Seperti biasa kesahihan gambar ini masih belum dapat dipastikan. Abe pun tak ada kepakaran dalam bab2 mengesahkan mende2 macam ni...

Apa kata anda?

EKSKLUSIF: (Gambar) Mayat Yang Di Awet



Sesetengah orang ingin hidup selama-lamanya, semua tu kepercayaan karut pada fikiran Abe. Mayat tidak ditanam dan diawetkan. Menimbulkan rasa ngeri kepada sesiapa yang melihatnya. 


SERAM: Sumpahan Gambar Gadis CINA Tahu 1920an


Baiklah korang semua. Kali ini Abe benar-benar serius. Telah banyak kali Abe dengar cerita pasal satu gambar lama yang dikatan telah disumpah, jadi, pepagi segini, terdetik di hati Abe untuk kongsikan dengan korang semua. Ramai juga yang menghantarkan email meminta Abe untuk memaparkan cerita ini. Gambar diambil sekitar tahun 1920an di tanah besar Cina. Setelah menyiasat lebih kurang, maka gambar tersebut ditemui dan cerita di sebalik gambar tersebut juga diperolehi.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Tuesday, 18 September 2012

EKSKLUSIF: (Gempar) Gambar Ular Kepala 7




Gambar ular berkepala tujuh beredar di dalam Internet baru-baru ini. Gambar ini dikatakan diambil sebelum Hari Raya Korban tahun lepas. Diambil oleh seorang pelombong di Maran. Dikatakan juga saksi sempat mengambil gambar sebelum bertempiaran lari.

Gaya-gayanya penampakan yang aneh seperti ini biasanya gangguan makhluk halus/jin/iblis. Tengok lokasi gambar ini diambil, alur air. Tempat lembab dan berair sentiasa menjadi tumpuan 'makhluk lain' melepak.

Suka Abe nak mendengar pendapat korang pula mengenai gambar ini.

TERKINI: Bayi Yang Di Campak Dari Tingkat 3 Semalam TELAH DI CAMPAKKAN HIDUP-HIDUP?



Nauzubillah... Kenapa KEJAM sangat Si Ibu muda ni? Mengeluh panjang Abe bila baca 'Paper' Utusan jap tadi... Tu laporan daripada Pakar Forensik Hospital yang cakap Bayi tersebut mati akibat kecederaan yang serius pada kepala akibat terhentak... Si Ibu yang KEJAM ni pada Abe terAMAT AMAT bodoh, takde langsung perikemanusiaan... Masa nak 'buat keje' dulu tak pulak fikir akibat bila ada anak... Tak faham lah Abe macamanalah fikiran dia tu... TerGamak betul... Ibu binatang pun sayangkan anaknya, nikan pulak manusia... NAUZUBILLAH...

Kalau korang nak baca secara terperinci, korang kena dapatkan Utusan Malaysia, muka surat 4

Published with Blogger-droid v2.0.9

EKSKLUSIF: Kulit Buku Dari Kulit Manusia


Kulit buku ini diperbuat daripada kulit manusia yang di lapah daripada seorang hamba abdi yang meninggal dunia semasa zaman Revolusi Peranchis. Pemilik asalnya adalah seorang bangsawan Peranchis dan telah mendermakan buku ini kepada perpustakaan di Kota Leeds, UK kerana tidak tahan menghadapi gangguan yang aneh setiap malam

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

SUBHANALLAH: (Gambar) Keajaiban Bayi Dalam Kandungan Lahir Memegang Tangan Doktor...


Gambar menakjubkan ini dirakamkan oleh jurugambar akhbar USA Today ketika proses kelahiran seorang bayi yang baru mencecah usia kandungan 21 minggu. Bayi lelaki itu yang diberi nama Samuel mengeluarkan tangan kecilnya dari lubang bedah rahim ibunya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Monday, 17 September 2012

KEJAM: Campak Bayi HINGGA MATI Dari Tingkat Tiga Flat



KEJAM...anggota polis memeriksa mayat bayi yang dicampak dari tingkat tiga.
PETALING JAYA: Kejam apabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam. Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan mayatnya ditemui seorang penduduk di kawasan itu, Jundi Mat, 35, yang pada mulanya menyangka ia bungkusan sampah yang dibuang penduduk di blok berkenaan.

“Saya sangka bungkusan yang dibaling dari tingkat atas itu sampah berisi nasi basi yang dibuang penduduk di sini kerana perkara itu sering berlaku, namun sebaik diperiksa saya terkejut apabila ia rupa-rupanya mayat bayi,” katanya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

MESTI BACA: Biodata Idola Seluruh Umat Manusia, RASULULLAH S.A.W


Tidak dapat dinafikan, Rasulullah SAW atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah merupakan seorang manusia yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul di dalam sejarah kehidupan manusia. Dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini. Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

MESTI BACA: Tips Memilih Rakan Menurut Islam


Ramai yang menganggap bahawa seorang individu yang memilih kawan adalah tergolong dari golongan yang cerewet dan ‘perasan bagus’, malah ada yang mengkritik tindakan seumpama itu dengan mengada-ngada serta tidak wajar dijadikan amalan. Namun hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa Islam sebenarnya menggariskan kepada umatnya untuk memilih di dalam menjalin persahabatan.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” 

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KISAH BENAR: Bagaimana Pakar Anatomi Thailand Memeluk Islam


”Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (QS. An-Nisa: 56)

Bagi sebahagian besar umat Islam, ayat di atas terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran yang menjelaskan pedihnya siksa neraka bagi orang-orang yang tidak beriman. Namun tidak demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi. Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KISAH BENAR: GUGUR Anak Suka-Suka? MANUSIA ATAU BINATANG MEREKA INI?


          Pengguguran Anak di Singapura....Sanggupkah korang semua lihat gambar di atas, rasa nak menitis air mata...

Sedihnya Abe bila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura dengan pengguguran anak di Singapura. Tujuan Abe tulis entri ni sebab Abe rasa kesal sangat dengan realiti dunia sekarang. Mulanya, Abe keberatan menyiarkan gambar ini. Abe akui ianya ngeri dan mungkin akan mengejutkan korang semua. Tetapi setelah berfikir panjang, Abe dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. Abe amat berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan sekali pun.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 16 September 2012

Lukisan Dibeli Dengan Harga RM21 Di Pasar Lambak Bernilai Lebih RM300,000.00


WASHINGTON: Seorang wanita dari Virginia membayar AS$7 (RM21.24) untuk sebuah lukisan Renoir yang dibeli di pasar lambak, akan menjual lukisan itu dengan harga yang tinggi, bulan ini.

Lukisan itu dinilai pada harga AS$75,000 hingga AS$100,000 (RM227,535 hingga RM303,380) menurut pelelong Potomack Co, yang menguruskan penjualan lukisan Paysage Bords de Seine oleh pelukis impresionis Pierre-Auguste Renoir. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

MACAM-MACAM: Inspektor Polis Bermadu Kasih Dengan Isteri Seorang Pegawai Polis Yang Lain Ditangkap


PADANG BESAR – Hasrat seorang pegawai kanan polis yang ingin bermadu kasih bersama kekasih gelapnya yang juga isteri seorang pegawai polis musnah selepas dia diserbu Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM). Suspek juga disahkan positif mengambil dadah. Suspek yang berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu dicekup ketika sedang berdua- duaan kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan mencurigakan di rumah isteri rakan yang berusia 38 tahun di sebuah taman perumahan di sini.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

TERKINI: Kerajaan AS Telah Menahan Lelaki Yang Di Syaki Menerbitkan Filem Hina RASULULLAH S.A.W


Seorang lelaki disyaki menghasilkan filem Innocense of Muslims dibawa keluar dari rumahnya oleh pihak berkuasa AS, semalam. – Foto ihsan

[DIKEMAS KINI] LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada Internet. Nakoula, 55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com