Monday, 8 October 2012

DIA Tidur Dengan Nyenyak TAPI Tak Sakitkan HATI Orang...


Baik jadi DIA. Langsung tak menyakitkan hati orang. Releks je DIA tidur. Mukanya jelas tunjukkan yang DIA langsung takde masalah... Betul, dua tiga kali Abe kejut pun DIA selamba ROCK je buat DERD.

Seharian harini Abe duk asyik bercakap pasal topic tidur je. Korang pun tahu kenapa kan? Hurmmmm... Bukan tak nak melupakan, tapi makin nak lupa, makin tak terLUPA... Makin Abe nak wat DERD macam DIA, makin tak dapat wat DERD... Apakena dengan Abe ni, datang bulan kot? Uwaaaaaaaaaa, takkan lah datang bulan...? Mustahil... Sebab kenapa Abe takdapat lupa entahlah, Abe pun tak tahu... Nak tak nak, kena settle jugak ni... Macamana nak settle? Kena jumpa... Tadi dapat panggilan, MEREKA nak berTENGGEK lagi malam ni... Panggilan dijawab & jawapannya... FULLSTOP!!! Enough is ENOUGH...

*sapa2 yang agak2nya WELLFARE kat sini, bolehlah PM Abe ye... MEREKA nak hinggap malam ni je... PLEASE... Abe? Tak sanggup dah... SERIK

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tak Lalu MAKAN Gara-Gara PONTIANAK BerTENGGEK...



Panas & Geram dalam dada Abe ni dah mula surut. Malah bila Abe pikir balik, salahnya jatuh pada diri Abe jugak kot, sebab Abe tak tapis dulu Latarbelakang PONTIANAK dedua olang kelmarin tu... Seadanya Abe terima je TENGGEKKAN diorang... Istigfar banyak2, alhamdulillah makin reda dah... CUMA.....

Bila Abe tengok balik keadaan bilik, MASYAALLAH... Geram tu datang pulakkkkkkkkkkkkkk... Kecikl hati berbaur geram, marah & rasa nak paku je tengkuk Pontianak seKelamin tu, BIAR JADI MANUSIA NORMAL yang tahu norma hidup... Satu mende yang Abe lupa nk buang smalam, pampers bawah sinki... Pagi tadi, masam semacam, satu umah Abe cari. Tup2, jumpa bawah sinki. Grrrrrrr... Pada Si Ponti, jangan risau ye, identiti korang Abe rahsiakan walaupun ada permintaan daripada diorang (sahabat2 Abe) untuk berkenalan dengan korang, hurmmmm...
baca lagi  Klik TAJUK ENTRI ni

Tetamu Tak Di Undang... Hinggap Umpama PONTIANAK...



Hadir tak dijemput, pulang tak berHantar... Hinggap umpama Pontianak, bertenggek tak reti bahasa. Pastu belah ikut suka hati, grrrrrrrrr. Abe geram tahap cipan rini. Astagfirullahaladzim, mengucap panjang Abe rini. Sepanjang pagi Abe asyik duk menyumpah seranah sampai hati dah naik PANAS. Meletup letup... Entri ni takdak kena mengena langsung pasal Mistik, jauh skali pasal Hantu... Lebih2 lagi pasal PONTIANAK. Memang takde kena mengena langsung...

Ni Abe nak story cikit pasal apa yang berlaku kat umah Abe seharian semalam... Malam semalam adalah Abe terima call dari sorang member ni, yelah member lama. Macam biasa, Abe layan je la... Tup2, tetibe dia ckp nk tumpangkan kawan dia kat umah Abe semalaman. Dalam kepala otak Abe smlm, kawan dia tu lelaki laaaaaaa... Terus Abe cakap OK je... Almaklumlah, orang dah mintak tolong, mcm biasa Abe ni IKHLAS nak tolong... Alik2, dalam kul 12, baliklah Abe ke rumah...
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 7 October 2012

HAJI & HAJJAH: Bersihkanlah Hati Termasuk Ketika Nak Hadapi Pilihanraya


"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32 

Lama dah Abe tak menulis sendiri macam ni. Tetiba jah petang ni terasa pulok Abe nak berkongsi sikit dengan korang semua. Loni ini musim haji, sudah ramai jemaah termasuk saudara mara kita berangkat ke Tanah Suci. Ritu Abe adalah jugak gi ke Tabung Haji Kelana Jaya hantar sorang Sahabat, sayu je Abe tengok dia. Bilalah pulak Abe akan dapat peluang macam dia... Tadi Abe adalah baca dalam 'paper', dalam 'paper' gitau, jika berpandukan kuota satu peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara, ada 28,000 jemaah haji dari Malaysia.

Boleh dikatakan semua orang menunaikan Rukun Islam kelima berharap mendapat haji mabrur (kecualilah mereka yang pergi dengan ada niat lain) yang balasannya tiada lain, kecuali syurga. Abu Hurairah menyatakan Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Dosa yang berlaku di antara dua umrah adalah dihapuskan dan tidak ada balasan bagi haji mabrur (haji yang diterima) melainkan syurga.” (Bukhari dan Muslim) 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

SERAM: Hantu Perempuan Dengan Bayinya...


Biasa kita dengar cerita seorang wanita perempuan menumpang kereta di waktu malam di jalan-jalan yang sunyi.. Mendukung seorang bayi. Biasanya menumpang ke tanah perkuburan. Yang biasa berlaku, bayi yang didukungnya adalah sekeping batu nisan. Kalau dalam kes teksi, duit tambang yang dibayarnya adalah kepingan daun kering. Kemudian untuk kes-kes yang lebih menyeramkan perempuan yang menumpang kereta ini akan mengilai sehingga menyebabkan kemalangan. Ada juga cerita yang didengar di mana bayi tersebut ditinggalkan di dalam kereta, dan apabila diperiksa ia sebenarnya batu nisan yang berlumuran darah!
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Saturday, 6 October 2012

MESTI BACA: Mengapa MANUSIA Gagal Kawal NAFSU Dari BerZINA...


Hikmah larangan berzina sudah dimaklumi umum. Akibat buruknya juga terbukti hari ini, kes pembuangan bayi serta pembunuhan pasangan kekasih adalah bertitik tolak daripada perlanggaran perintah Allah. Walaupun Islam sudah menggariskan cara hidup yang sempurna merangkumi semua aspek, ada segelintir pihak mahu melanggarnya. Maka timbullah pelbagai kejadian tidak diingini dan tidak dapat diterima fitrah manusia.

Zina adalah perbuatan keji yang boleh mengaibkan pemilik maruah diri, keluarga dan agama. Zina juga membawa kerosakan pada bumi. dan dapat dilihat dalam perkembangan sosial sekarang, hubungan intim tidak lagi menjadi asing dalam budaya hidup moden. Akibatnya, janin digugurkan dan anak yang tidak sah taraf lahir, dibuang merata malah dibiarkan mati. Perbuatan ini boleh disamakan dengan pembunuhan yang balasannya juga adalah nyawa, mengikut hukum Tuhan.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

EKSKLUSIF: (Gambar) Pontianak TERAKAM Di Kamera SPEEDTRAP AES (Kamera ST1M), Putrajaya


Khabarnya kamera speedtrap ni ada infrared, sebab malam-malam pun boleh ambik gambar. Pastu pulak, Kamera AES nikan ada Flash yang terang benderang. Tak mustahil la terambik gambar hantu sekali. Lokasi gambar ni adalah sekitar Presint 9 sehingga ke Presint 11, Putrajaya. Alaaaaaa, lokasi Kemera AES tu... Korang tahu tak pasal Kamera AES? Kemera yang POPULAR tuuuuuuuuuuu... POPULAR ke? 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Friday, 5 October 2012

INGAT: Jangan Asyik HANYA Nampak Kesalahan Orang


Jangan asyik mencari kesalahan orang, cerminlah diri sendiri selalu agar rasa diri ini hanya hamba yang hina tanpa pertolongan Allah. Sedar la diri bahawa kita semua bukan orang yang sempurna....Jangan hanya tahu cari salah orang...

MESTI BACA: Nilai & Harga Sebuah KEMAAFAN


Suatu ketika, pernahkah kita merasa seolah-olah ada sesuatu yang menganggu ruang fikiran kita. Kita mencari-cari di mana arah punca gangguan itu. Hati kita terasa seperti berbuat silap. Tapi semakin kita mencari, semakin pula kusut ruang fikir kita. Pada satu saat yang lain, pernah kah kita tertanya sendiri, kenapa hati tidak tenang? Kenapa hati terasa masih lagi gelisah? Kenapa fikiran selalu saja melayang mengenang perkara-perkara pahit? Kenapa selalu saja rasa sendu dan duka, kadang melarat dari pagi membawa ke petang. Sedangkan tangan masih ditadah, masih lagi berbicara doa pada Allah. Meminta itu ini, mengadu begitu begini. Memohon agar diampunkan semua dosa dan kesalahan diri. Namun hati, masih juga buntu dalam menemui erti ketenangan yang sebenar.

Kita muhasabah.... 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Thursday, 4 October 2012

SERAM: HANTU LANGSUIR Hinggap Di Balkoni Di Presint 11 Putrajaya?



Lama dah Abe dengar pasal ni, cuma Abe diamkan je. Korang ingat tak entri Abe sebelum ni, pasal Pontianak di Parking Lot? Kisah tu jugak berlaku di Presint 11 kalu korang nak tahu... Samada ianya khabar angin atau memang betul2 wujud entiti seperti yang didakwa, wallahualam... Kalau korang ada maklumat, gtau je Abe ye... Kita sama2 bongkarrrrrr... Kisah pasal Langsuir Hinggap ni, seronok jugak kalau di bongkarrrr... Hurmmm
Published with Blogger-droid v2.0.9

Cara Jawab TELEFON Yang Paling KURANG Sesuai...



Cara jawab telefon yang kurang sesuai..ini merupakan cara-cara jawab telefon yang kurang diamalkan.. mungkin dah boring jawab telefon agaknya:-

1.soalan:haloo..may speak to mk please?
jawapan:maap,sini bukan balai polis.

2.soalan:haloo,siapa disana?
jawapan:ntah,saya kat sini manalah saya tau sapa kat sana.

3.soalan:haloo,boleh saya bercakap dengan ayah awak?
jawapan:nak cakap dengan dia,cakap jelah..buat apa tanya dengan saya.

4.soalan:haloo,boleh sambungkan ke 404?
jawapan:maap cik,nombor tak boleh disambung..hanya boleh ditolak campur.

5.soalan:haloo,mak ada rumah?
jawapan:mak saya takda rumah,ayah saya jer ada rumah sebab dia ja yg beli rumah.

6.soalan:boleh saya bercakap dengan siti?
jawapan:maap,nombor yang anda dail tidak mahu beri perkhidmatanya..terimakasih!

7.soalan:haloo,tolong panggilkan MK saya nak bercakap dengan dia.
jawapan:sila panggil sendiri,saya sibuk ya amat sibuk..maap!

8.soalan:halloo....
jawapan:haloo..pusat pesakit mental disini..anda ingin mendaftar?
9.soalan:halloo..saya nak tumpang bertanya..
jawapan:maap,ini bukan kaunter pertanyaan.
10.soalan:halloo..betul ker ini nombor 0146654988?
jawapan:sila dail sekali lagi..kalau saya masih jawab betul lah tu.
11.soalan:Assalamualaikum...
jawapan:waalaikumsalam..(tuppp..pappp..terus matikan telefon..kita wajib jawab salam jer kawan2)-:
bengang n bangang kalau terkena cmni.. Credit: Mentenet Kedek
Published with Blogger-droid v2.0.9

MESTI BACA: Inilah Yang Terjadi Pada Tubuh Badan Kita Di Alam Kubur...


Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melewati beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa sejak malam pertama masuk ke kuburan hingga 25 tahun selepas itu.

Malam Pertama
Di kuburan pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam ini saling bergelut dan menjaganya di dunia. Dua hajat, yang kerananya Allah azza wa jalla membuat manusia rugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kuburan. Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai make up, dan alat-alat kecantikan membuatnya memiliki ragam pesona, nanti tubuh manusia hanya akan mempunyai satu warna saja.

Malam Kedua

Di kuburan, mulailah ahli-ahli badan mayat seperti limpa, hati, paru-paru dan perut.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KURANG AJAR: Selepas Amerika & Perancis, Kini JERMAN Pula Terbitkan Majalah HINA ISLAM


Salam

Pepagi ni Abe adalah terbaca tentang satu isu ni. Ia tentang sebuah Majalah JERMAN bertajuk Titanic yangmana ianya telah turut serta join Amerika & Perancis untuk sama2 Hina Rasulullah SAW kita. Muka depan Majalah ni edisi Oktober telah memaparkan gambar Bettina Wulff, isteri bekas President Jerman, Chritian Wulff dimana dia telah dirangkul oleh seseorang yang berserban dan telah memegang pisau.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Wednesday, 3 October 2012

EKSKLUSIF: Jadual Separuh Akhir Piala Malaysia 2012



Jadual Separuh Akhir Piala Malaysia 2012 | Setelah tamat perlawanan dalam suku akhir semalam, akhirnya hanya tinggal empat kumpulan yang akan berentap dalam pusingan Separuh Akhir Piala Malaysia 2012 iaitu Selangor, Kelantan, ATM dan Lions XII. Perlawanan separuh akhir pertama dijadualkan bermula pada 5 dan 6 Oktober 2012 manakala separuh akhir kedua pula diadakan pada 11 dan 12 Oktober 2012. Jadual perlawanan Separuh Akhir pertama dan kedua adalah seperti jadual di bawah. Jangan lupa like dan share post ini untuk dikongsikan bersama dengan rakan yang lain.

JADUAL SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2012
Separuh Akhir Pertama (5 dan 6 Oktober 2012)
KELANTAN
0
vs
0
SELANGOR
LIONS
0
vs
0
ATM
Separuh Akhir Kedua (11 dan 12 Oktober 2012)
SELANGOR
0
vs
0
KELANTAN
ATM
0
vs
0
LIONS


*Kesemua perlawanan dijadualkan bermula jam 8.45 malam

NGERI: (Gambar) Sayang Punya Pasal, LELAKI CINA Ni Telah 'MENYIMPAN' Mayat Anaknya Dalam 'FREEZER' Selama 6 Tahun...



Seorang ayah di China melakukan hal yang membuat terkejut semua jirannya. Lelaki bernama Tian Xueming itu mendedahkan kepada jirannya kalau selama enam tahun terakhir ia menyimpan jasad si putera, yang meninggal ketika berusia 18 tahun, di peti sejuk atau penyejuk beku. Si putera yang bernama Qinyuan meninggal kerana mengidap leukemia.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

TERKINI & PANASSSS: Mahkamah Benarkan Kerajaan Negeri Kelantan Timbulkan Persoalan Undang-Undang Berhubung Tuntutan Royalti Minyak Daripada Petronas & Kerajaan Persekutuan



Mahkamah Persekutuan membenarkan Kerajaan Kelantan menimbulkan beberapa persoalan undang-undang berhubung tuntutan pembayaran royalti minyak daripada Petronas dan kerajaan persekutuan. Oleh kerana tiada bantahan, lima panel hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif membenarkan permohonan itu. Anggota panel lain termasuk Hakim Ahmad Maarop, Zainun Ali, Sulong Matjeraie dan Jeffrey Tan Kok Wha. Kerajaan Kelantan diwakili oleh Tommy Thomas manakala Petronas diwakili oleh Cecil Abraham dan Rishwant Singh. Azizah Nawawi, ketua bahawa sivil di Pejabat Peguam Negara mewakili kerajaan.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Tuesday, 2 October 2012

DASYAT: (Gambar) Iklan Macam Ni Pun Ada Jugak? Dasyat, Dasyat...


Dasyat sungguh iklan ni. Sesiape berminat boleh la tepon.. Abe tak tau dia punya tarikh tutup.. Cuma Abe dapat tengok, kertas yang digunakan tidak bermutu la.. Cuba la buat banner elok sikit... Mesti ramai yang minat... 

*Desparade bebnor dah ni kot, hurmmmmm...

TERKINI: Ponteng Sekolah Untuk Berzina Dengan Kekasih Di Rumah Sendiri



Georgetown : Ketika umat Islam bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat, seorang remaja lelaki 16 tahun bersama pasangannya yang berusia 17 tahun, asyik memadu asmara di bilik tidur rumah gadis berkenaan di Kepala Batas dekat sini, Jumaat lalu.

Remaja perempuan itu mengambil kesempatan ketiadaan bapanya yang keluar bekerja untuk membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah.

Difahamkan, gadis berkenaan kerap membawa teman lelakinya itu ke rumah, namun kejadian Jumaat lalu, mereka dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 12:15 tengah hari.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

NAUZUBILLAH: (Gambar) Ulamak, Tuan Guru Nik Aziz DIHINA & DIFITNAH. Sebenci2 kita ngan seseorang tu pun janganlah sampai sebegini..


Sebenci2 kita ngan sesorg tu pun janganlah sampai sebegini..Ya Allah..bukakan hati2 mereka dan ampunkan dosa mereka atas kesalahan ini jika mereka memohon keampunan pada orang yg mereka terkhilaf juga padaMU ya ALLAH. Orang yang edit ni memang la tersilap banyak dan memang dia tidak tahu dosa dan pahala. Mengaibkan orang dengan cara yang sedemikian walaupun niat nak bergurau memang tidak baik. dan boleh menjatuhkan maruah dan reputasi sesaorang terlebih2 lagi seorang yang dikira lebih berilmu dari kite yang jahil ni. Semoga Allah membuka pintu hati mereka ini yang tidak tahu menilai mana baik dan mana buruk dan juga mana cara nak bergurau..
Monday, 1 October 2012

MESTI BACA: 13 Alasan Untuk Tidak Menutup Aurat...


Salam...

Abe kembali berkongsi lagi pepagi yang sejuk ni....Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka?

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA.. Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

SUBHANALLAH: Walaupun Di Lahirkan TANPA TELINGA, Bayi Ini TIDAK PEKAK


Salam... Pepagi ni Abe nak kongsikan dengan korang semua tentang salah satu Petanda Kuasa Sang Pencipta, ALLAH S.W.T. Ianya kisah tentang kelahiran seorang anak tanpa indra pendengar, yakni telinga, dilahirkan di Dusun Molawahu, Desa Bakti, Kecamatan Pulubala, Kabupaten Gorontalo. Anak tak bertelinga tersebut, Ibrahim Noho, ditemukan sejumlah wartawan setelah mendapat laporan dari salah seorang warga yang berasal dari daerah itu. Ibrahim Noho, yang merupakan anak bongsu dari 4 bersaudara dan merupakan anak dari pasangan Tune Noho dan Ceno Bilondatu, memiliki keunikan tersendiri pada bahagian kepalanya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 30 September 2012

MACAM-MACAM: Mayat tidak diterima bumi di Pahang...


Salam

Hari ni Abe kembali bekongsi lagi, TAPI kali ni, BUKAN Kisah Benar.. Ingat ye, ini BUKAN Kisah Benar.. Ceritanya macam ni, kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya. Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. 

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri. Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.
baca lagi KLIK SINI
Saturday, 29 September 2012

PELIK: (Syirik) Pokok Kelapa Bercabang 6 Yang Dikatakan KERAMAT Lokasinya Di MALAYSIA?



Syirik.... Ungkapan PERTAMA yang keluar daripada mulut Abe bila pertama kali Abe dengar pasal ni dari sahabat Abe tadi. Lokasi pokok kelapa yang dikatakan KERAMAT ni adalah di Banting, Selangor. Kononnya dikatakan tempat ramai orang duk 'ngangkung' nak dapatkan nombor ekor. Karut semua tu... Abe takdak tanya lebih pada dia sebab memang Abe tak berminat langsung untuk ambil tahu. Dengar perkataan KERAMAT saja pun dah cukup Abe tak berminat. Abe kongsi dengan korang di sini BUKAN bermaksud Abe nak suruh korang semua cari lokasi pokok ni. Tuuan UTAMA Abe tak lain tak bukan adalah untuk mengingatkan diri Abe sendiri & sesama kita yang beragama Islam ni tentang bahana SYIRIK iaitu percaya kepada benda2 macam ni... Kita kena ingat, TAK BAU SYURGA sekiranya SYIRIK ni.. Nauzubillah...
Published with Blogger-droid v2.0.9

SERAM: (Gambar) Pontianak Terakam Di 'Parking Lot' Di PUTRAJAYA...



Salam Pagi Sabtu... Ngantuk punya pasal, mata Abe dah makin lali... Tengah belek2 Blog ni, tetiba lak Ex-Student Abe ada hantar gambar ni kat Abe... Dia hantar melalui WhatsApp Abe... Bila Abe bukak, sekaligus taklah dapat cam gambar apa ni sepertimana dakwaannya.. Bila tengok dua tiga kali, memang seakan wujud satu imej Pontianak yang terakam pada gambar ni... Katanya, gambar ini dirakam sendiri olehnya... Ketika itu katanya 'benda' ni sedang memandang betul2 padanya... Benar ataupun tidak, wallahualam... Tapi dulu Abe ada pernah buat entri pasal Pontianak di Putrajaya.. Mungkin inikah 'pontianak' tersebut?
Published with Blogger-droid v2.0.9

DUIT OH DUIT!!!.... Zaman Sekarang Dah Lain, Duit Makin Mahal


Demam Bajet 2013 dah mula semalam. Rata2 ari ni orang duk cakap pasal Bajet 2013 je... Kat mana2 Abe pegi, semua topic perbincangan adalah pasal Bajet... Bajet, bajet, bajet...

Duit makin mahal. Zaman sekarang ni, nak buat apa, mesti gerak dengan duit. Pergi kanan duit, pergi kiri duit. Pusing kanan duit, pusing duit. Pendek kata, segala-galanya duitlah... Semalam, KakiSembang dah citer pasal hantaran MAHAL menyebabkan bebanan pada bakal pengantin lelaki. Abe setuju sangat dengan pandangan KakiSembang... Sungguh, nak ikut trend punya pasal, alik2 jadi mende2 yang tak diingini... Sapa mau jawab? Huhuhuhuhu, duit punya hal...

Kalu zaman dulu2, masa duit belum mahal, bila ada 50sen dalam tangan dah dapat beli air bungkus dah... Sempatlah nak hilangkan dahaga tekak. Hari ni, dengan duit 50 sen hanya boleh bayar nak masuk tandas awam je... Ada ke patut, hurmmmm... Tapi inilah hakikatnya, dunia sekarang...zaman sekarang

Published with Blogger-droid v2.0.9
Friday, 28 September 2012

TERKINI: Keputusan BAJET 2013


Abe kongsikan dekat sini antara beberapa keputusan bajet 2013 tadi ini. Antara yang Abe ingat jelah...hehehehe

1) Rebat RM 200.00 untuk pembelian telefon pintar untuk belia berumur 21 - 30 tahun. Hah, bab ni Abe dah terlepas, huhuhu

2) Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia diteruskan dengan menaikan kadar dari RM 200.00 ke RM 250.00 untuk para pelajar IPTA/S. Cukup ke?
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KISAH BENAR: Lelaki YAHUDI Mendapat Hidayah PELUK ISLAM...


“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.
baca lagi KISAH BENAR yang penuh Hidayah ni, Klik TAJUK ENTRI ni

GEMPAR: (Gambar) Penampakan Hantu Di Politeknik Melaka


Gambar hantu ini dikirimkan oleh saudara Fauzan Bakri. Hanya disertakan lokasi sahaja dan takde cerita di sebalik gambar ini. Dikatakan diambil di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer di Politeknik Merlimau, Melaka.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Thursday, 27 September 2012

KISAH BENAR: Mengapa Aku Harus Menikahimu...


Ini adalah kisah seorang pemuda yang baru mengenali dirinya dalam memilih calon isteri, kisah ini tak dapat Abe nak dipastikan fakta atau tidak, namun semoga pelajaran yang ada didalamnya dapat bermanfaat bagi kita semua, terutama Muslimah yang belum menikah semoga menjadi renungan.

Dia sangat baik, taat (pada orang tuanya), berpendidikan baik, orang tuanya menyuruhnya untuk segera menikah disebabkan umurnya sudah meningkat 30an. Mereka, orang tuanya, telah melihat banyak calon isteri untuknya dan dia telah menolaknya semua. Orang tuanya berfikir, mungkin saja ada seseorang yang lain yang berada di fikirannya.Namun setiap kali orangtuanya membawa seorang wanita ke rumah, pemuda itu selalu mengatakan “dia bukanlah orangnya!” Pemuda itu menginginkan seorang gadis kampung yang pegangan agamanya dengan baik (solehah). Suatu malam, orang tuanya mengatur sebuah pertemuan untuknya untuk bertemu dengan seorang gadis yang solehah dan mengamalkan agamanya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

PANAS: Kes Remaja Hamil Luar Nikah: 'Satu Kelahiran Setiap Hari'


KLANG: Semakin ramai remaja Malaysia hamil luar nikah dengan beberapa hospital utama mencatatkan sekurang-kurangnya satu kes setiap hari. Menurut Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Mohamad Farouk Abdullah, kira-kira 12,000 anak luar nikah dilahirkan di hospital tersebut.

"Kami ingat kes remaja hamil luar nikah hanya berlaku di Klang tetapi senario sama turut dihadapi enam hospital pakar di Selangor," katanya. "Remaja berusia 12 tahun merupakan remaja termuda melahirkan anak di hospital ini," kata Dr Mohamad Farouk pada seminar 'Pregnant by Choice, Not by Chance or Force'. Ia dianjurkan hospital tersebut sempena bulan Perancangan Keluarga. Kementerian Kesihatan merekodkan kira-kira 18,652 kelahiran oleh remaja berusia di bawah 19 tahun pada 2011 berbanding hanya 5,962 kes pada separuh kedua 2010. Pegawai perubatan kebajikan sosial HTAR, Nurul Azira Mahamad Jafar berkata, dia menguruskan sekurang-kurangnya satu kes remaja hamil luar nikah setiap hari pada tahun ini.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

TERKINI: Mahkamah Tetapkan 23 Oktober Sambung Bicara KES BUNUH Sosilawati




SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 dan 25 Okt ini untuk menyambung perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan tarikh itu ketika kes berkenaan disebut di hadapannya, hari ini. Beliau juga menetapkan tarikh sambung perbicaraan seterusnya dari 6 hingga 9 Nov dan 3 hingga 7 Dis ini. 


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff memaklumkan bahawa Mahkamah Rayuan pada 13 Sept lepas menolak rayuan empat tertuduh, N.Pathmanabhan, T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan terhadap keputusan Akhtar mengetepikan sapina yang mereka keluarkan kepada tiga timbalan pendakwa raya termasuk beliau untuk menjadi saksi perbicaraan.


baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

SAH: Bomoh Batin Dituduh RO-GOL


SEREMBAN: Seorang lelaki yang dilepas tanpa dibebaskan dengan bon jaminan RM15,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebelum ini, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang wanita di sebuah rumah di daerah ini, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Sombhah Abdullah, 48, mengangguk faham, tetapi tidak mengaku bersalah serta meminta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sendiri didakwa merogol mangsa berusia 50 tahun dari Pulau Pinang di sebuah rumah di daerah ini, antara jam 3 dan 3.30 petang, 28 Ogos lalu.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

PANAS: Polis Tahan Lelaki Yang RO-GOL Wanita Selepas Temuduga



Aduyai, kes rogol kebelakangan ni makin menjadi2. Abe bukak paper tu, ada. Bukak paper ni, ada jugak... hurmmm... Hari2 ada pulak tu, kes lain2 pulak tu... Apa nak jadi dah pun Abe tak tahu... Mungkin sebab utama, nafsu tak dapat di kawal. Wallahualam... Ni kes yang TERBARU Abe baca dari myMetro, Abe share dengan korang...

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang merogol dan merompak wanita selepas sesi 'temuduga' yang dilakukan di dalam bilik hotel, ditahan polis awal hari ini di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata hasil risikan polis, lelaki berusia 29 tahun itu yang diklasifikasikan sebagai perogol bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, ditahan di rumahnya pada 2 pagi ketika sedang tidur. Beliau berkata modus operandi lelaki itu ialah mengiklankan tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan di internet, khas untuk golongan wanita sahaja. 


Suspek akan menghubungi mangsa yang kononnya disenaraikan pendek bagi mengatur sesi temuduga di hotel-hotel mewah dengan meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mangsa sendiri.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

TERKINI: Kes khalwat PALING TINGGI Dicatat Di Pahang



KUANTAN: Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama tahun ini. Kesalahan khalwat dicatat paling tinggi dengan jumlah sebanyak 948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan-kesalahan lain (60). 

Menurut Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan, MUIP akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala sosial daripada terus menular. 

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

EKSKLUSIF: (Gambar) Duit Kertas CHINA 100yuen Mempunyai Simbol LU-CAH...


Cuba letakkan Wang Kertas CHINA duit 100yuen di bawah Mikroskop. Atau boleh jugak gunakan kanta pembesar berkapasiti tinggi, Kemudian terus perhatikan satu persatu imej pada duit tersebut. Korang akan lihat gambar seperti di bawah ni. Agak terkejut jugaklah Abe sekaligus tengok gambar ni tadi, huhuhuhuhu...
Wednesday, 26 September 2012

TERKINI: Isu Rakyat Malaysia Menghina Rasulullah S.A.W Di Facebook - Gopinath Jayaratnam Tampil Beri Penjelasan


Akaun Facebook Gopinath lelaki india yang menghina Nabi Muhammad

Belum habis dengan isu filem Innocence of Muslims, negara dikejutkan sekali lagi dengan tindakan seorang pengguna facebook yang turut menghina Rasulullah SAW dan Islam. Tiba-tiba nama dan gambar Gopinath Jayaratnam jadi popular di FB malam tadi. Ini disebabkan kerana tulisannya telah menghina Rasulullah SAW di akaun FB miliknya. Dengarnya rumahnya pun telah diserang. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KEJAM: Bayi 1 Bulan Di Ro-Gol & Dipukul Sehingga Hampir Mati




LONDON : Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati. Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Tuesday, 25 September 2012

EKSKLUSIF: "SEMBAHYANG MEMBUAT HATIKU TENANG", Kata: Zinedine Yazid Zidane bekas pemain Perancis


Tidak ada yang meragukan bila Zinedine Yazid Zidane adalah pemain bola sepak Muslim paling berjaya di Eropah, bahkan dunia. Meski ramai pemain bola sepak Muslim yang berjaya mengadu nasib di liga-liga Eropah, tapi belum ada yang mampu menyamai prestasi Zidane di kancah sepak bola Benua Biru.
baca lagi info mengenai Zinedine Zidane, Klik TAJUK ENTRI ni

MACAM-MACAM: Remaja 11 Tahun DI TANGKAP Kerana Mengancam Gurunya Dengan Melukiskan Gambar Pistol


image
Seorang remaja 11 tahun ditangkap polis kerana mengancam guru dengan gambar pistol dan tongkat (dailymail.co.uk). Remaja bernama Tim dari Arvada, Colorado, yang dijemput polis di rumahnya untuk ditahan setelah membuat sebuah gambar bertuliskan 'guru harus mati'.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

NGERI: (Gambar) Budak Perempuan MATI Di Gigit Anjing Di Taman Permainan..


Salam pagi...

Abe dapat maklumat lagi dari seorang sahabat pasal kes kanan2 perempuan yang mati akibat di gigit anjing. Sadis Abe dengar berita ni... Pastu Abe xfikir panjang lagi terus Abe mintak dia emailkan gambar2 kejadian. Dia mintak email Abe pastu tak sampai 2 minit, terus sampai kat tangan Abe gambar2 tu. MasyaAllah, memang terus ngucap panjang Abe tengok gambar ni. Difahamkan, kejadian ni bukan berlaku di Malaysia... Tu je maklumat yang Abe ada...

*moral daripada gambar2 ni, ibubapa kena kontrol anak2 daripada keluar bersendirian bermain. terutamanya di kawasan2 permainan kanak2 yang berdekatan hutan.
lagi gambar Klik TAJUK ENTRI ni 

TERKINI: Seorang Lelaki Perancis Mengaku Telah MEMENGGAL KEPALA Editor Kartun Hina Nabi



Pria Prancis Mengaku Penggal Leher Pembuat Kartun Nabi
Polis Perancis menangkap seorang lelaki yang mengaku sudah membunuh seorang editor surat khabar Charlie Hebdo yang mengandungi kad Nabi Muhammad SAW. Lelaki itu ditangkap setelah ia mengwarwarkan telah membunuh editor karikatur Nabi tersebut di salah satu laman web jihad. Keterangan tersebut didengari di salah satu sumber Mahkamah Perancis. Dalam laman jihad tersebut, lelaki itu mengaku sudah membunuh dan memenggal kepala editor yang bertanggung jawab atas terbitnya kartun Rasulullah SAW tanpa pakaian.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Monday, 24 September 2012

MESTI BACA: Marahnya Kita...


Assalamualaikum...

Diharapkan semua Sahabat Abe berada dalam keadaan sihat sejahtera dan mendapat keberkatan Allah. Malam ni Abe berkongsi lagi ilmu yg telah dikongsikan oleh Pemimpin Abe tadi. Maaf Tuan, Abe tumpang kongsi ilmu dari perkongsian Tuan. Baru-baru ini seluruh dunia digemparkan dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.

Tahniah kepada korang jika korang tergolong dikalangan mereka yang berasa amat marah dengan kejadian tersebut. Namun begitu adakah cukup dengan sekadar berasa marah tersebut? Sesungguhnya wahai teman-teman sekalian, peristiwa penghinaan terhadap Rasulullah ini sepatutnya menjadi titik tolak untuk kita semakin mencintai Rasulullah s.a.w. Bagaimanakah rasa cinta dan kasih terhadap Rasullullah s.a.w. ini dapat kita zahirkan?
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

EKSKLUSIF: JUTAWAN Pengasas BANK AL-RAJHI (Sulaiman Al-Rajhi) Memilih Untuk ‘Miskin’ Ke Jalan ALLAH S.W.T


Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia. Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi. Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia. Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.

Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia. Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
'Wawancara EKSKLUSIF' yang meng'insaf'kan bersama Al Rajhi, Klik TAJUK ENTRI ni

'Kematian untuk Amerika, Kematian untuk Israel'



'Kematian untuk Amerika, Kematian untuk Israel'
Tngahari ni, sedang Ab belek2 Internet, terbaca pula mengenai artikel ni. ia menceritakan tentang deonstrasi Seluruh Umah Islam di seluruh dunia. seperti beritkut. Teriakan 'Kematian untuk Amerika, Kematian untuk Israel, Kematian untuk Musuh-musuh Islam', tak berhenti bergema di seluruh negara-negara Islam dunia. Teriakan itu datang dari Seluruh Umat Islam ekoran penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam dua minggu kebelakangan ni. Umat Islam seluruh dunia bangkit berikutan pengedaran filem 'Innocence of Muslims' yang diarahkan warga Amerika Syarikat keturunan Mesir, Sam Bacile atau Nakoula Basseley Nakoula. Dalam filem itu Sam Bacile menggambarkan perwatakan Nabi Muhammad SAW sebagai seseorang yang kejam, oportunis dan kaki perempuan.

Padahal, semua ulama sepakat mengharamkan menggambar Rasulullah SAW, apalagi memfilmkannya. Dan yang dilakukan Bacile jauh lebih dikesali kerana membayangkan Rasulullah mempunyai akhlak buruk.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

NAUZUBILLAH: Alim Ulamak Kesayangan Kita, TUAN GURU NIK AZIZ Telah Di Hina Lagi...


PENGHINANYA MENYERUPAI BA**
Abe BUKAN AHLI POLITIK atau Pro pada mana2 PARTI POLITIK. Cuma pagi ni Abe terdetik untuk menulis & berkongsi. Sedih sangat Abe pagi ni, sedih sebab memikirkan bagaimanakah nanti si Id*** Bin ZulK**** ni nak menjawab di hadapan ALLAH S.W.T di Padang Masyar nanti, huhuhuhuhu. Pada Abe kalau nak diikutkan perasaan marah ni, nak je Abe andaikan gambar yang disebelah Tuan Guru Nik Aziz yang namanya **h** Bin Z******* pemilik gambar tersebut, huhhuuhhu. Mungkin asal gambarnya elok kot macam manusia biasa tapi disebabkan kelakuannya, perangainya, sikapnya, cakapnya dan pemikirannya gambarnya jadi macam tu, Abe agaklah. Tapi bila Abe fikir balik, berdosa kalau Abe mengumpamakan orang dengan BA**, Abe tarik balik perasaan geram & marah ni...

baca & lagi cerita dan gambar lain yang berkaitan, Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 23 September 2012

RENUNGAN: Pukul 3 Hingga 5 Pagi Waktu Mustajab Untuk Bertaubat


Sesungguhnya Allah, seperti yang tersebut dalam surah an-Nisa: 27 menyatakan kesungguhanNya untuk menerima taubat setiap hamba-Nya. Walaupun mereka yang tunduk, kalah oleh runtunan hawa nafsu berusaha untuk menyimpang, berpaling jauh daripada Allah, tidak mahu bertaubat.

Perlu diinsafi dan disedari bahawa Allah itu amat suka dengan mereka yang bertaubat (al-Baqarah: 222), biar beta pa banyak dosa yang dilakukan oleh seorang hamba yang beriman. Sesungguhnya Allah itu amat menerima taubat hamba-Nya (an-Nisa: 15 & 63).
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

MESTI BACA: Formula Mengubati ‘Penyakit’ Mulut Celupar Daripada Rasulullah SAW


Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap ‘lepas’?

Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian. Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KISAH BENAR: Dari Seorang Penjual KELAPA SALAI Menjadi Seorang MENTERI BESAR SELANGOR


Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api. Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa orang perkerja.

Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun. Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KECAMAN DUNIA: (Gambar) Balasan ALLAH S.W.T Kepada Nakoula Basseley (Penerbit FILEM 'Innocence Of Muslims') & Keluarga Di Dunia


Ahli keluarga Nakoula Basseley Nakoula, warga California yang menulis dan menghasilkan filem anti-Islam, Innocence of Muslims, hidup tak tenang setelah filem itu menuai kemarahan muslim di pelbagai negara. Mereka memutuskan meninggalkan rumah Selasa dinihari, dengan kawalan polis, untuk mula hidup dalam persembunyian. Nakoula Basseley Nakoula belum kembali ke rumahnya di Cerritos, California, sejak diwawancara Jumaat larut malam oleh pegawai persekutuan tentang peranannya dalam pembuatan filem itu. Karyanya telah mencetuskan protes ganas anti-Amerika di seluruh dunia.

Saat meninggalkan rumah, ahli keluarga Nakoula menutupi seluruh wajahnya. Mereka kemudian naik ke kereta polis untuk bergabung dengan Nakoula di sebuah tempat yang dirahsiakan. "Mereka memutuskan bahawa mereka akan lebih selamat keluar dari rumah itu sehingga boleh bergerak dan hidup normal," kata Steve Whitmore, juru bicara polis. "Yang kami lakukan adalah menjemput mereka dan menyatukan mereka dengan Nakoula," seperti dipetik Tempo online dari ABC News Selasa (18/9).
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

SERAM: (Gambar) Pontianak Tunjuk Muka Di Sebalik Tangga?



Ni kes ni Abe tak tahu apa motifnya. Gambar ni klasifikasinya sebagai penampakan hantu ke ataupun kes make-up yang terlampau. Sekali tengok, nampak jugak macam penari opera cina pun ada, hurmmmmmmm... Ataupun, muka Tepung. Maksudnya, bajet jadi hantu. Pesanan Abe, bagi anak-anak gadis sunti di luar sana, jangan pakai bedak muka tebal sangat, nanti akan disangka hantu.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Saturday, 22 September 2012

Rezeki Tu Milik ALLAH S.W.T, Bukan Ditentukan Oleh MANUSIA. Tolong Buang Perasaan Dengki & Iri Hati JIKA Perasaan Itu DATANG...


Setelah banyak berkongsi & jauh Abe merenung, Abe terfikir, kehidupan kita sebagai Umat Manusia di dunia ni bagaimana ya? Perhubungan kita dengan sesama manusia. Status kewangan dan sebagainya, hmmm.. Masih ada dikalangan kita yang masih gundah gulana memikirkan tentang masalah kewangan ya? Janji ALLAH TAALA, rezeki tu akan ada JIKA kau berusaha mencarinya. Entah kenapa, hari ni Abe rasakan satu perasaan KESAL & Sedih TerAmat memikirkan bagaimana boleh Iri Hati & Dengki WUJUD dalam diri ada antara kita. Bila DENGKI wujud, perhubungan silaturahim direnggangkan tanpa KAMU sedari. Sampaikan tidak bertegur sapa sebab DENGKI dah kuasai diri...

Abe sedar hari ni, Abe berada dalam situasi Abe dipinggirkan sebab mungkin Iri Hati beraja dalam diri manusia sekeliling. Tapi apa2 yang terjadi ni tidak sedikitpun mematahkan semangat Abe untuk terus bersahabat & terus berusaha mencari rezeki. Syaratnya, Abe tak pernah ada niat untuk menganiayai sahabat2 Abe. Tolonglah buang jauh2 Perasaan DENGKI & Iri Hati tersebut. Kalau mungkin hari ni IANYA BUKAN REZEKI KAMU, MUNGKIN LAIN KALI, Rezeki itu milik kamu... DENGAN SYARAT, kamu BERUSAHA MENCARI REZEKI tersebut. Jangan hanya duduk goyang kaki, malas & tunggu je Rezeki itu hadir sendiri... Tawakkal memanglah perlu, pokon pangkalnya, USAHA kena ADA oleh KAMU...
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com