Monday, 1 October 2012

MESTI BACA: 13 Alasan Untuk Tidak Menutup Aurat...


Salam...

Abe kembali berkongsi lagi pepagi yang sejuk ni....Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka?

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA.. Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

SUBHANALLAH: Walaupun Di Lahirkan TANPA TELINGA, Bayi Ini TIDAK PEKAK


Salam... Pepagi ni Abe nak kongsikan dengan korang semua tentang salah satu Petanda Kuasa Sang Pencipta, ALLAH S.W.T. Ianya kisah tentang kelahiran seorang anak tanpa indra pendengar, yakni telinga, dilahirkan di Dusun Molawahu, Desa Bakti, Kecamatan Pulubala, Kabupaten Gorontalo. Anak tak bertelinga tersebut, Ibrahim Noho, ditemukan sejumlah wartawan setelah mendapat laporan dari salah seorang warga yang berasal dari daerah itu. Ibrahim Noho, yang merupakan anak bongsu dari 4 bersaudara dan merupakan anak dari pasangan Tune Noho dan Ceno Bilondatu, memiliki keunikan tersendiri pada bahagian kepalanya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 30 September 2012

MACAM-MACAM: Mayat tidak diterima bumi di Pahang...


Salam

Hari ni Abe kembali bekongsi lagi, TAPI kali ni, BUKAN Kisah Benar.. Ingat ye, ini BUKAN Kisah Benar.. Ceritanya macam ni, kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya. Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. 

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri. Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.
baca lagi KLIK SINI
Saturday, 29 September 2012

PELIK: (Syirik) Pokok Kelapa Bercabang 6 Yang Dikatakan KERAMAT Lokasinya Di MALAYSIA?



Syirik.... Ungkapan PERTAMA yang keluar daripada mulut Abe bila pertama kali Abe dengar pasal ni dari sahabat Abe tadi. Lokasi pokok kelapa yang dikatakan KERAMAT ni adalah di Banting, Selangor. Kononnya dikatakan tempat ramai orang duk 'ngangkung' nak dapatkan nombor ekor. Karut semua tu... Abe takdak tanya lebih pada dia sebab memang Abe tak berminat langsung untuk ambil tahu. Dengar perkataan KERAMAT saja pun dah cukup Abe tak berminat. Abe kongsi dengan korang di sini BUKAN bermaksud Abe nak suruh korang semua cari lokasi pokok ni. Tuuan UTAMA Abe tak lain tak bukan adalah untuk mengingatkan diri Abe sendiri & sesama kita yang beragama Islam ni tentang bahana SYIRIK iaitu percaya kepada benda2 macam ni... Kita kena ingat, TAK BAU SYURGA sekiranya SYIRIK ni.. Nauzubillah...
Published with Blogger-droid v2.0.9

SERAM: (Gambar) Pontianak Terakam Di 'Parking Lot' Di PUTRAJAYA...



Salam Pagi Sabtu... Ngantuk punya pasal, mata Abe dah makin lali... Tengah belek2 Blog ni, tetiba lak Ex-Student Abe ada hantar gambar ni kat Abe... Dia hantar melalui WhatsApp Abe... Bila Abe bukak, sekaligus taklah dapat cam gambar apa ni sepertimana dakwaannya.. Bila tengok dua tiga kali, memang seakan wujud satu imej Pontianak yang terakam pada gambar ni... Katanya, gambar ini dirakam sendiri olehnya... Ketika itu katanya 'benda' ni sedang memandang betul2 padanya... Benar ataupun tidak, wallahualam... Tapi dulu Abe ada pernah buat entri pasal Pontianak di Putrajaya.. Mungkin inikah 'pontianak' tersebut?
Published with Blogger-droid v2.0.9

DUIT OH DUIT!!!.... Zaman Sekarang Dah Lain, Duit Makin Mahal


Demam Bajet 2013 dah mula semalam. Rata2 ari ni orang duk cakap pasal Bajet 2013 je... Kat mana2 Abe pegi, semua topic perbincangan adalah pasal Bajet... Bajet, bajet, bajet...

Duit makin mahal. Zaman sekarang ni, nak buat apa, mesti gerak dengan duit. Pergi kanan duit, pergi kiri duit. Pusing kanan duit, pusing duit. Pendek kata, segala-galanya duitlah... Semalam, KakiSembang dah citer pasal hantaran MAHAL menyebabkan bebanan pada bakal pengantin lelaki. Abe setuju sangat dengan pandangan KakiSembang... Sungguh, nak ikut trend punya pasal, alik2 jadi mende2 yang tak diingini... Sapa mau jawab? Huhuhuhuhu, duit punya hal...

Kalu zaman dulu2, masa duit belum mahal, bila ada 50sen dalam tangan dah dapat beli air bungkus dah... Sempatlah nak hilangkan dahaga tekak. Hari ni, dengan duit 50 sen hanya boleh bayar nak masuk tandas awam je... Ada ke patut, hurmmmm... Tapi inilah hakikatnya, dunia sekarang...zaman sekarang

Published with Blogger-droid v2.0.9
Friday, 28 September 2012

TERKINI: Keputusan BAJET 2013


Abe kongsikan dekat sini antara beberapa keputusan bajet 2013 tadi ini. Antara yang Abe ingat jelah...hehehehe

1) Rebat RM 200.00 untuk pembelian telefon pintar untuk belia berumur 21 - 30 tahun. Hah, bab ni Abe dah terlepas, huhuhu

2) Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia diteruskan dengan menaikan kadar dari RM 200.00 ke RM 250.00 untuk para pelajar IPTA/S. Cukup ke?
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KISAH BENAR: Lelaki YAHUDI Mendapat Hidayah PELUK ISLAM...


“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.
baca lagi KISAH BENAR yang penuh Hidayah ni, Klik TAJUK ENTRI ni

GEMPAR: (Gambar) Penampakan Hantu Di Politeknik Melaka


Gambar hantu ini dikirimkan oleh saudara Fauzan Bakri. Hanya disertakan lokasi sahaja dan takde cerita di sebalik gambar ini. Dikatakan diambil di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer di Politeknik Merlimau, Melaka.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Thursday, 27 September 2012

KISAH BENAR: Mengapa Aku Harus Menikahimu...


Ini adalah kisah seorang pemuda yang baru mengenali dirinya dalam memilih calon isteri, kisah ini tak dapat Abe nak dipastikan fakta atau tidak, namun semoga pelajaran yang ada didalamnya dapat bermanfaat bagi kita semua, terutama Muslimah yang belum menikah semoga menjadi renungan.

Dia sangat baik, taat (pada orang tuanya), berpendidikan baik, orang tuanya menyuruhnya untuk segera menikah disebabkan umurnya sudah meningkat 30an. Mereka, orang tuanya, telah melihat banyak calon isteri untuknya dan dia telah menolaknya semua. Orang tuanya berfikir, mungkin saja ada seseorang yang lain yang berada di fikirannya.Namun setiap kali orangtuanya membawa seorang wanita ke rumah, pemuda itu selalu mengatakan “dia bukanlah orangnya!” Pemuda itu menginginkan seorang gadis kampung yang pegangan agamanya dengan baik (solehah). Suatu malam, orang tuanya mengatur sebuah pertemuan untuknya untuk bertemu dengan seorang gadis yang solehah dan mengamalkan agamanya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

PANAS: Kes Remaja Hamil Luar Nikah: 'Satu Kelahiran Setiap Hari'


KLANG: Semakin ramai remaja Malaysia hamil luar nikah dengan beberapa hospital utama mencatatkan sekurang-kurangnya satu kes setiap hari. Menurut Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Mohamad Farouk Abdullah, kira-kira 12,000 anak luar nikah dilahirkan di hospital tersebut.

"Kami ingat kes remaja hamil luar nikah hanya berlaku di Klang tetapi senario sama turut dihadapi enam hospital pakar di Selangor," katanya. "Remaja berusia 12 tahun merupakan remaja termuda melahirkan anak di hospital ini," kata Dr Mohamad Farouk pada seminar 'Pregnant by Choice, Not by Chance or Force'. Ia dianjurkan hospital tersebut sempena bulan Perancangan Keluarga. Kementerian Kesihatan merekodkan kira-kira 18,652 kelahiran oleh remaja berusia di bawah 19 tahun pada 2011 berbanding hanya 5,962 kes pada separuh kedua 2010. Pegawai perubatan kebajikan sosial HTAR, Nurul Azira Mahamad Jafar berkata, dia menguruskan sekurang-kurangnya satu kes remaja hamil luar nikah setiap hari pada tahun ini.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

TERKINI: Mahkamah Tetapkan 23 Oktober Sambung Bicara KES BUNUH Sosilawati




SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 dan 25 Okt ini untuk menyambung perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan tarikh itu ketika kes berkenaan disebut di hadapannya, hari ini. Beliau juga menetapkan tarikh sambung perbicaraan seterusnya dari 6 hingga 9 Nov dan 3 hingga 7 Dis ini. 


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff memaklumkan bahawa Mahkamah Rayuan pada 13 Sept lepas menolak rayuan empat tertuduh, N.Pathmanabhan, T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan terhadap keputusan Akhtar mengetepikan sapina yang mereka keluarkan kepada tiga timbalan pendakwa raya termasuk beliau untuk menjadi saksi perbicaraan.


baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

SAH: Bomoh Batin Dituduh RO-GOL


SEREMBAN: Seorang lelaki yang dilepas tanpa dibebaskan dengan bon jaminan RM15,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebelum ini, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang wanita di sebuah rumah di daerah ini, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Sombhah Abdullah, 48, mengangguk faham, tetapi tidak mengaku bersalah serta meminta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sendiri didakwa merogol mangsa berusia 50 tahun dari Pulau Pinang di sebuah rumah di daerah ini, antara jam 3 dan 3.30 petang, 28 Ogos lalu.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

PANAS: Polis Tahan Lelaki Yang RO-GOL Wanita Selepas Temuduga



Aduyai, kes rogol kebelakangan ni makin menjadi2. Abe bukak paper tu, ada. Bukak paper ni, ada jugak... hurmmm... Hari2 ada pulak tu, kes lain2 pulak tu... Apa nak jadi dah pun Abe tak tahu... Mungkin sebab utama, nafsu tak dapat di kawal. Wallahualam... Ni kes yang TERBARU Abe baca dari myMetro, Abe share dengan korang...

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang merogol dan merompak wanita selepas sesi 'temuduga' yang dilakukan di dalam bilik hotel, ditahan polis awal hari ini di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata hasil risikan polis, lelaki berusia 29 tahun itu yang diklasifikasikan sebagai perogol bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, ditahan di rumahnya pada 2 pagi ketika sedang tidur. Beliau berkata modus operandi lelaki itu ialah mengiklankan tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan di internet, khas untuk golongan wanita sahaja. 


Suspek akan menghubungi mangsa yang kononnya disenaraikan pendek bagi mengatur sesi temuduga di hotel-hotel mewah dengan meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mangsa sendiri.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

TERKINI: Kes khalwat PALING TINGGI Dicatat Di Pahang



KUANTAN: Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama tahun ini. Kesalahan khalwat dicatat paling tinggi dengan jumlah sebanyak 948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan-kesalahan lain (60). 

Menurut Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan, MUIP akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala sosial daripada terus menular. 

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

EKSKLUSIF: (Gambar) Duit Kertas CHINA 100yuen Mempunyai Simbol LU-CAH...


Cuba letakkan Wang Kertas CHINA duit 100yuen di bawah Mikroskop. Atau boleh jugak gunakan kanta pembesar berkapasiti tinggi, Kemudian terus perhatikan satu persatu imej pada duit tersebut. Korang akan lihat gambar seperti di bawah ni. Agak terkejut jugaklah Abe sekaligus tengok gambar ni tadi, huhuhuhuhu...
Wednesday, 26 September 2012

TERKINI: Isu Rakyat Malaysia Menghina Rasulullah S.A.W Di Facebook - Gopinath Jayaratnam Tampil Beri Penjelasan


Akaun Facebook Gopinath lelaki india yang menghina Nabi Muhammad

Belum habis dengan isu filem Innocence of Muslims, negara dikejutkan sekali lagi dengan tindakan seorang pengguna facebook yang turut menghina Rasulullah SAW dan Islam. Tiba-tiba nama dan gambar Gopinath Jayaratnam jadi popular di FB malam tadi. Ini disebabkan kerana tulisannya telah menghina Rasulullah SAW di akaun FB miliknya. Dengarnya rumahnya pun telah diserang. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KEJAM: Bayi 1 Bulan Di Ro-Gol & Dipukul Sehingga Hampir Mati




LONDON : Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati. Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Tuesday, 25 September 2012

EKSKLUSIF: "SEMBAHYANG MEMBUAT HATIKU TENANG", Kata: Zinedine Yazid Zidane bekas pemain Perancis


Tidak ada yang meragukan bila Zinedine Yazid Zidane adalah pemain bola sepak Muslim paling berjaya di Eropah, bahkan dunia. Meski ramai pemain bola sepak Muslim yang berjaya mengadu nasib di liga-liga Eropah, tapi belum ada yang mampu menyamai prestasi Zidane di kancah sepak bola Benua Biru.
baca lagi info mengenai Zinedine Zidane, Klik TAJUK ENTRI ni

MACAM-MACAM: Remaja 11 Tahun DI TANGKAP Kerana Mengancam Gurunya Dengan Melukiskan Gambar Pistol


image
Seorang remaja 11 tahun ditangkap polis kerana mengancam guru dengan gambar pistol dan tongkat (dailymail.co.uk). Remaja bernama Tim dari Arvada, Colorado, yang dijemput polis di rumahnya untuk ditahan setelah membuat sebuah gambar bertuliskan 'guru harus mati'.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

NGERI: (Gambar) Budak Perempuan MATI Di Gigit Anjing Di Taman Permainan..


Salam pagi...

Abe dapat maklumat lagi dari seorang sahabat pasal kes kanan2 perempuan yang mati akibat di gigit anjing. Sadis Abe dengar berita ni... Pastu Abe xfikir panjang lagi terus Abe mintak dia emailkan gambar2 kejadian. Dia mintak email Abe pastu tak sampai 2 minit, terus sampai kat tangan Abe gambar2 tu. MasyaAllah, memang terus ngucap panjang Abe tengok gambar ni. Difahamkan, kejadian ni bukan berlaku di Malaysia... Tu je maklumat yang Abe ada...

*moral daripada gambar2 ni, ibubapa kena kontrol anak2 daripada keluar bersendirian bermain. terutamanya di kawasan2 permainan kanak2 yang berdekatan hutan.
lagi gambar Klik TAJUK ENTRI ni 

TERKINI: Seorang Lelaki Perancis Mengaku Telah MEMENGGAL KEPALA Editor Kartun Hina Nabi



Pria Prancis Mengaku Penggal Leher Pembuat Kartun Nabi
Polis Perancis menangkap seorang lelaki yang mengaku sudah membunuh seorang editor surat khabar Charlie Hebdo yang mengandungi kad Nabi Muhammad SAW. Lelaki itu ditangkap setelah ia mengwarwarkan telah membunuh editor karikatur Nabi tersebut di salah satu laman web jihad. Keterangan tersebut didengari di salah satu sumber Mahkamah Perancis. Dalam laman jihad tersebut, lelaki itu mengaku sudah membunuh dan memenggal kepala editor yang bertanggung jawab atas terbitnya kartun Rasulullah SAW tanpa pakaian.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Monday, 24 September 2012

MESTI BACA: Marahnya Kita...


Assalamualaikum...

Diharapkan semua Sahabat Abe berada dalam keadaan sihat sejahtera dan mendapat keberkatan Allah. Malam ni Abe berkongsi lagi ilmu yg telah dikongsikan oleh Pemimpin Abe tadi. Maaf Tuan, Abe tumpang kongsi ilmu dari perkongsian Tuan. Baru-baru ini seluruh dunia digemparkan dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.

Tahniah kepada korang jika korang tergolong dikalangan mereka yang berasa amat marah dengan kejadian tersebut. Namun begitu adakah cukup dengan sekadar berasa marah tersebut? Sesungguhnya wahai teman-teman sekalian, peristiwa penghinaan terhadap Rasulullah ini sepatutnya menjadi titik tolak untuk kita semakin mencintai Rasulullah s.a.w. Bagaimanakah rasa cinta dan kasih terhadap Rasullullah s.a.w. ini dapat kita zahirkan?
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

EKSKLUSIF: JUTAWAN Pengasas BANK AL-RAJHI (Sulaiman Al-Rajhi) Memilih Untuk ‘Miskin’ Ke Jalan ALLAH S.W.T


Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia. Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi. Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia. Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.

Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia. Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
'Wawancara EKSKLUSIF' yang meng'insaf'kan bersama Al Rajhi, Klik TAJUK ENTRI ni

'Kematian untuk Amerika, Kematian untuk Israel'



'Kematian untuk Amerika, Kematian untuk Israel'
Tngahari ni, sedang Ab belek2 Internet, terbaca pula mengenai artikel ni. ia menceritakan tentang deonstrasi Seluruh Umah Islam di seluruh dunia. seperti beritkut. Teriakan 'Kematian untuk Amerika, Kematian untuk Israel, Kematian untuk Musuh-musuh Islam', tak berhenti bergema di seluruh negara-negara Islam dunia. Teriakan itu datang dari Seluruh Umat Islam ekoran penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam dua minggu kebelakangan ni. Umat Islam seluruh dunia bangkit berikutan pengedaran filem 'Innocence of Muslims' yang diarahkan warga Amerika Syarikat keturunan Mesir, Sam Bacile atau Nakoula Basseley Nakoula. Dalam filem itu Sam Bacile menggambarkan perwatakan Nabi Muhammad SAW sebagai seseorang yang kejam, oportunis dan kaki perempuan.

Padahal, semua ulama sepakat mengharamkan menggambar Rasulullah SAW, apalagi memfilmkannya. Dan yang dilakukan Bacile jauh lebih dikesali kerana membayangkan Rasulullah mempunyai akhlak buruk.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

NAUZUBILLAH: Alim Ulamak Kesayangan Kita, TUAN GURU NIK AZIZ Telah Di Hina Lagi...


PENGHINANYA MENYERUPAI BA**
Abe BUKAN AHLI POLITIK atau Pro pada mana2 PARTI POLITIK. Cuma pagi ni Abe terdetik untuk menulis & berkongsi. Sedih sangat Abe pagi ni, sedih sebab memikirkan bagaimanakah nanti si Id*** Bin ZulK**** ni nak menjawab di hadapan ALLAH S.W.T di Padang Masyar nanti, huhuhuhuhu. Pada Abe kalau nak diikutkan perasaan marah ni, nak je Abe andaikan gambar yang disebelah Tuan Guru Nik Aziz yang namanya **h** Bin Z******* pemilik gambar tersebut, huhhuuhhu. Mungkin asal gambarnya elok kot macam manusia biasa tapi disebabkan kelakuannya, perangainya, sikapnya, cakapnya dan pemikirannya gambarnya jadi macam tu, Abe agaklah. Tapi bila Abe fikir balik, berdosa kalau Abe mengumpamakan orang dengan BA**, Abe tarik balik perasaan geram & marah ni...

baca & lagi cerita dan gambar lain yang berkaitan, Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 23 September 2012

RENUNGAN: Pukul 3 Hingga 5 Pagi Waktu Mustajab Untuk Bertaubat


Sesungguhnya Allah, seperti yang tersebut dalam surah an-Nisa: 27 menyatakan kesungguhanNya untuk menerima taubat setiap hamba-Nya. Walaupun mereka yang tunduk, kalah oleh runtunan hawa nafsu berusaha untuk menyimpang, berpaling jauh daripada Allah, tidak mahu bertaubat.

Perlu diinsafi dan disedari bahawa Allah itu amat suka dengan mereka yang bertaubat (al-Baqarah: 222), biar beta pa banyak dosa yang dilakukan oleh seorang hamba yang beriman. Sesungguhnya Allah itu amat menerima taubat hamba-Nya (an-Nisa: 15 & 63).
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

MESTI BACA: Formula Mengubati ‘Penyakit’ Mulut Celupar Daripada Rasulullah SAW


Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap ‘lepas’?

Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian. Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KISAH BENAR: Dari Seorang Penjual KELAPA SALAI Menjadi Seorang MENTERI BESAR SELANGOR


Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api. Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa orang perkerja.

Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun. Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KECAMAN DUNIA: (Gambar) Balasan ALLAH S.W.T Kepada Nakoula Basseley (Penerbit FILEM 'Innocence Of Muslims') & Keluarga Di Dunia


Ahli keluarga Nakoula Basseley Nakoula, warga California yang menulis dan menghasilkan filem anti-Islam, Innocence of Muslims, hidup tak tenang setelah filem itu menuai kemarahan muslim di pelbagai negara. Mereka memutuskan meninggalkan rumah Selasa dinihari, dengan kawalan polis, untuk mula hidup dalam persembunyian. Nakoula Basseley Nakoula belum kembali ke rumahnya di Cerritos, California, sejak diwawancara Jumaat larut malam oleh pegawai persekutuan tentang peranannya dalam pembuatan filem itu. Karyanya telah mencetuskan protes ganas anti-Amerika di seluruh dunia.

Saat meninggalkan rumah, ahli keluarga Nakoula menutupi seluruh wajahnya. Mereka kemudian naik ke kereta polis untuk bergabung dengan Nakoula di sebuah tempat yang dirahsiakan. "Mereka memutuskan bahawa mereka akan lebih selamat keluar dari rumah itu sehingga boleh bergerak dan hidup normal," kata Steve Whitmore, juru bicara polis. "Yang kami lakukan adalah menjemput mereka dan menyatukan mereka dengan Nakoula," seperti dipetik Tempo online dari ABC News Selasa (18/9).
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

SERAM: (Gambar) Pontianak Tunjuk Muka Di Sebalik Tangga?



Ni kes ni Abe tak tahu apa motifnya. Gambar ni klasifikasinya sebagai penampakan hantu ke ataupun kes make-up yang terlampau. Sekali tengok, nampak jugak macam penari opera cina pun ada, hurmmmmmmm... Ataupun, muka Tepung. Maksudnya, bajet jadi hantu. Pesanan Abe, bagi anak-anak gadis sunti di luar sana, jangan pakai bedak muka tebal sangat, nanti akan disangka hantu.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Saturday, 22 September 2012

Rezeki Tu Milik ALLAH S.W.T, Bukan Ditentukan Oleh MANUSIA. Tolong Buang Perasaan Dengki & Iri Hati JIKA Perasaan Itu DATANG...


Setelah banyak berkongsi & jauh Abe merenung, Abe terfikir, kehidupan kita sebagai Umat Manusia di dunia ni bagaimana ya? Perhubungan kita dengan sesama manusia. Status kewangan dan sebagainya, hmmm.. Masih ada dikalangan kita yang masih gundah gulana memikirkan tentang masalah kewangan ya? Janji ALLAH TAALA, rezeki tu akan ada JIKA kau berusaha mencarinya. Entah kenapa, hari ni Abe rasakan satu perasaan KESAL & Sedih TerAmat memikirkan bagaimana boleh Iri Hati & Dengki WUJUD dalam diri ada antara kita. Bila DENGKI wujud, perhubungan silaturahim direnggangkan tanpa KAMU sedari. Sampaikan tidak bertegur sapa sebab DENGKI dah kuasai diri...

Abe sedar hari ni, Abe berada dalam situasi Abe dipinggirkan sebab mungkin Iri Hati beraja dalam diri manusia sekeliling. Tapi apa2 yang terjadi ni tidak sedikitpun mematahkan semangat Abe untuk terus bersahabat & terus berusaha mencari rezeki. Syaratnya, Abe tak pernah ada niat untuk menganiayai sahabat2 Abe. Tolonglah buang jauh2 Perasaan DENGKI & Iri Hati tersebut. Kalau mungkin hari ni IANYA BUKAN REZEKI KAMU, MUNGKIN LAIN KALI, Rezeki itu milik kamu... DENGAN SYARAT, kamu BERUSAHA MENCARI REZEKI tersebut. Jangan hanya duduk goyang kaki, malas & tunggu je Rezeki itu hadir sendiri... Tawakkal memanglah perlu, pokon pangkalnya, USAHA kena ADA oleh KAMU...
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

SERAM: (Gambar) Lagi Gambar Hantu Yang Berjaya Di RAKAM


Gambar Hantu kali ini dikirimkan oleh seorang sahabat Abe. Gambar ini diambil di Kampung Mengkarak, Bera, Pahang. Pengirim berkata ketika gambar diambil memang takde entiti putih kat sebelah budak tu. Pengirim menyertakan teks berikut.. err.. Abe harap korang semua biasa dengan loghat Pahang:
Koi dapat gambo ni dari seorang rodong Kampong koi di dalam daeroh Bera ni, dia ckp semasa gambo ni ditangkap mmg takde pun perempuan/kanak2 baju putih tu sdg berjalan kat situ,masa tu dah nak senja, budak kecik yg cangkung tu demam pada malam tu..wallahualam.. perhatikan kaki nye seperti tak jijak ke bumi..aokme nilaikan lah..wallahualam.
baca lagi & lagi GAMBAR, Klik TAJUK ENTRI ni
Friday, 21 September 2012

SERAM: (Gambar) Hantu POCHONG, 'REAL' punya...



Gambar kali ini dihantar oleh Mie dari.. err.. dia tak bagitau Abe. Katanya, gambar ini real. Pochong ni mula-mula ngeri jugak Abe tengok. Tapi macam palsu pun ada. Siap mata bercahaya lagi. Tapi dari aspek serius muka brade ni bergambar, nampak macam real.

Kata Mie:
"Ini real punye pocong. Korang kaji la logik ke tak gambar nih"
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

EKSKLUSIF: (Gambar) Pautan BERITA SEBENAR: Tangan HANTU Ganggu Gadis Sedang Mandi Air Terjun


Kaji punya kaji, searching punya searching, akhirnya Abe terjumpa jugaklah sumber sebenar gambar ni dalam Internet... Entri Abe ni susulan daripada 'entri' Abe petang tadi... Ni Abe sertakan bersama keratan daripada sumber Abe tu.. Berikut adalah teks sebenar dari pautan berita mengenai kejadian ini yang disiarkan dalam akhbar The Borneo Post:

SIBU: Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit. Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang menyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Thursday, 20 September 2012

SERAM: (Gambar) Tangan HANTU Ganggu Gadis Sedang Mandi Air Terjun



Ini ada satu berita gempar dari Sibu, Sarawak yang berlaku lama dulu. Dikatakan gadis ini tiba-tiba pengsan setelah gambarnya diambil. Dan setelah diteliti gambar tersebut didapati ada penampakan objek berupa tangan misteri yang kelihatannya seperti cuba mencekik gadis berkenaan. Meneliti gambar yang disertakan oleh berita ini, didapati memang benar kelihatan jari-jemari berkedut-kedit dan berkuku panjang seolah-olah hendak mencakik gadis ini.

Ada juga kemungkinan gambar hantu ini mungkin terjadi akibat biasan cahaya dari air sungai. Rupanya sungguh real dan menakutkan. Biasan dari air tidak selalunya menghasilkan ralat fotografi ber-dimensi sebegini. Satu lagi faktor adalah persoalan di mana adakah gadis ini pengsan setelah melihat
gambar ini atau sebelumnya? Kenapa gadis ini pengsan? Adakah kerana sudah dicekik hantu?

Lain kali kalau mandi sungai haruslah berhati-hati. Kita tak tahu dan tak nampak apakah yang sedang memerhatikan kita dari dasar sungai. Keselamatan juga harus diutamakan. Jangan ingat nak berseronok je.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Wednesday, 19 September 2012

TERKINI: Bergambar Dengan Makhluk Halus (Jin ISLAM)?


"Ini gambar seorang bekas anak murid Abe yang sedang bergambar dengan makhluk halus baik... kalu perhati betul2... ada 'benda' kiri dan kanan lelaki tu"



Gambar dikirimkan melalui PM Facebook Abe. Cuba perhatikan dengan teliti. Adakah gambar hantu itu kelihatan?

EKSKLUSIF: (Gambar) Hantu Penanggal Di Tangkap Di Kuala Kangsar?




Gambar hantu terkini ini dikirimkan oleh seorang Sahabat Abe tadi. Menurut dia, gambar hantu penanggal ini tersebar di laman sosial Facebook dan disertakan dengan teks berikut:


Astaghfirullah hal azim, masih ada lagi manusia yang menggamalkan syirik kepada Allah swt.Makhluk Penanggal ini berjaya ditangkap oleh penduduk di Kuala Kangsar, Perak. Gambar hantu penanggal ini menyerupai ciri-ciri hantu yang dikatakan sebagai 'Hantu Penanggal' dengan isi dalam perut yang kelihatan, paru-paru dan tali perut jelas dapat dilihat dalam gambar ini. Seperti biasa kesahihan gambar ini masih belum dapat dipastikan. Abe pun tak ada kepakaran dalam bab2 mengesahkan mende2 macam ni...

Apa kata anda?

EKSKLUSIF: (Gambar) Mayat Yang Di Awet



Sesetengah orang ingin hidup selama-lamanya, semua tu kepercayaan karut pada fikiran Abe. Mayat tidak ditanam dan diawetkan. Menimbulkan rasa ngeri kepada sesiapa yang melihatnya. 


SERAM: Sumpahan Gambar Gadis CINA Tahu 1920an


Baiklah korang semua. Kali ini Abe benar-benar serius. Telah banyak kali Abe dengar cerita pasal satu gambar lama yang dikatan telah disumpah, jadi, pepagi segini, terdetik di hati Abe untuk kongsikan dengan korang semua. Ramai juga yang menghantarkan email meminta Abe untuk memaparkan cerita ini. Gambar diambil sekitar tahun 1920an di tanah besar Cina. Setelah menyiasat lebih kurang, maka gambar tersebut ditemui dan cerita di sebalik gambar tersebut juga diperolehi.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Tuesday, 18 September 2012

EKSKLUSIF: (Gempar) Gambar Ular Kepala 7




Gambar ular berkepala tujuh beredar di dalam Internet baru-baru ini. Gambar ini dikatakan diambil sebelum Hari Raya Korban tahun lepas. Diambil oleh seorang pelombong di Maran. Dikatakan juga saksi sempat mengambil gambar sebelum bertempiaran lari.

Gaya-gayanya penampakan yang aneh seperti ini biasanya gangguan makhluk halus/jin/iblis. Tengok lokasi gambar ini diambil, alur air. Tempat lembab dan berair sentiasa menjadi tumpuan 'makhluk lain' melepak.

Suka Abe nak mendengar pendapat korang pula mengenai gambar ini.

TERKINI: Bayi Yang Di Campak Dari Tingkat 3 Semalam TELAH DI CAMPAKKAN HIDUP-HIDUP?



Nauzubillah... Kenapa KEJAM sangat Si Ibu muda ni? Mengeluh panjang Abe bila baca 'Paper' Utusan jap tadi... Tu laporan daripada Pakar Forensik Hospital yang cakap Bayi tersebut mati akibat kecederaan yang serius pada kepala akibat terhentak... Si Ibu yang KEJAM ni pada Abe terAMAT AMAT bodoh, takde langsung perikemanusiaan... Masa nak 'buat keje' dulu tak pulak fikir akibat bila ada anak... Tak faham lah Abe macamanalah fikiran dia tu... TerGamak betul... Ibu binatang pun sayangkan anaknya, nikan pulak manusia... NAUZUBILLAH...

Kalau korang nak baca secara terperinci, korang kena dapatkan Utusan Malaysia, muka surat 4

Published with Blogger-droid v2.0.9

EKSKLUSIF: Kulit Buku Dari Kulit Manusia


Kulit buku ini diperbuat daripada kulit manusia yang di lapah daripada seorang hamba abdi yang meninggal dunia semasa zaman Revolusi Peranchis. Pemilik asalnya adalah seorang bangsawan Peranchis dan telah mendermakan buku ini kepada perpustakaan di Kota Leeds, UK kerana tidak tahan menghadapi gangguan yang aneh setiap malam

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

SUBHANALLAH: (Gambar) Keajaiban Bayi Dalam Kandungan Lahir Memegang Tangan Doktor...


Gambar menakjubkan ini dirakamkan oleh jurugambar akhbar USA Today ketika proses kelahiran seorang bayi yang baru mencecah usia kandungan 21 minggu. Bayi lelaki itu yang diberi nama Samuel mengeluarkan tangan kecilnya dari lubang bedah rahim ibunya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Monday, 17 September 2012

KEJAM: Campak Bayi HINGGA MATI Dari Tingkat Tiga Flat



KEJAM...anggota polis memeriksa mayat bayi yang dicampak dari tingkat tiga.
PETALING JAYA: Kejam apabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam. Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan mayatnya ditemui seorang penduduk di kawasan itu, Jundi Mat, 35, yang pada mulanya menyangka ia bungkusan sampah yang dibuang penduduk di blok berkenaan.

“Saya sangka bungkusan yang dibaling dari tingkat atas itu sampah berisi nasi basi yang dibuang penduduk di sini kerana perkara itu sering berlaku, namun sebaik diperiksa saya terkejut apabila ia rupa-rupanya mayat bayi,” katanya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

MESTI BACA: Biodata Idola Seluruh Umat Manusia, RASULULLAH S.A.W


Tidak dapat dinafikan, Rasulullah SAW atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah merupakan seorang manusia yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul di dalam sejarah kehidupan manusia. Dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini. Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

MESTI BACA: Tips Memilih Rakan Menurut Islam


Ramai yang menganggap bahawa seorang individu yang memilih kawan adalah tergolong dari golongan yang cerewet dan ‘perasan bagus’, malah ada yang mengkritik tindakan seumpama itu dengan mengada-ngada serta tidak wajar dijadikan amalan. Namun hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa Islam sebenarnya menggariskan kepada umatnya untuk memilih di dalam menjalin persahabatan.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” 

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KISAH BENAR: Bagaimana Pakar Anatomi Thailand Memeluk Islam


”Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (QS. An-Nisa: 56)

Bagi sebahagian besar umat Islam, ayat di atas terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran yang menjelaskan pedihnya siksa neraka bagi orang-orang yang tidak beriman. Namun tidak demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi. Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

KISAH BENAR: GUGUR Anak Suka-Suka? MANUSIA ATAU BINATANG MEREKA INI?


          Pengguguran Anak di Singapura....Sanggupkah korang semua lihat gambar di atas, rasa nak menitis air mata...

Sedihnya Abe bila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura dengan pengguguran anak di Singapura. Tujuan Abe tulis entri ni sebab Abe rasa kesal sangat dengan realiti dunia sekarang. Mulanya, Abe keberatan menyiarkan gambar ini. Abe akui ianya ngeri dan mungkin akan mengejutkan korang semua. Tetapi setelah berfikir panjang, Abe dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. Abe amat berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan sekali pun.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Sunday, 16 September 2012

Lukisan Dibeli Dengan Harga RM21 Di Pasar Lambak Bernilai Lebih RM300,000.00


WASHINGTON: Seorang wanita dari Virginia membayar AS$7 (RM21.24) untuk sebuah lukisan Renoir yang dibeli di pasar lambak, akan menjual lukisan itu dengan harga yang tinggi, bulan ini.

Lukisan itu dinilai pada harga AS$75,000 hingga AS$100,000 (RM227,535 hingga RM303,380) menurut pelelong Potomack Co, yang menguruskan penjualan lukisan Paysage Bords de Seine oleh pelukis impresionis Pierre-Auguste Renoir. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

MACAM-MACAM: Inspektor Polis Bermadu Kasih Dengan Isteri Seorang Pegawai Polis Yang Lain Ditangkap


PADANG BESAR – Hasrat seorang pegawai kanan polis yang ingin bermadu kasih bersama kekasih gelapnya yang juga isteri seorang pegawai polis musnah selepas dia diserbu Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM). Suspek juga disahkan positif mengambil dadah. Suspek yang berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu dicekup ketika sedang berdua- duaan kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan mencurigakan di rumah isteri rakan yang berusia 38 tahun di sebuah taman perumahan di sini.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

TERKINI: Kerajaan AS Telah Menahan Lelaki Yang Di Syaki Menerbitkan Filem Hina RASULULLAH S.A.W


Seorang lelaki disyaki menghasilkan filem Innocense of Muslims dibawa keluar dari rumahnya oleh pihak berkuasa AS, semalam. – Foto ihsan

[DIKEMAS KINI] LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada Internet. Nakoula, 55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com